BREAKING NEWS

Bahaya menanti penggemar Chinadoll...


Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.

Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup ‘berkhidmat’ di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.

Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.

Ini dibuktikan apabila siasatan polis mendapati ada antara wanita terbabit mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV.

Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.

Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.

“Mereka mengaku ke Malaysia untuk mencari duit sebanyak mungkin dan berbuat demikian hingga penghujung nyawa, walaupun menyedari menghidap Aids atau pembawa virus HIV,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Berdasarkan siasatan, katanya, kebanyakan wanita terbabit menguruskan sendiri kemasukan ke negara ini dan dengan kos tidak sampai RM500, mereka mampu membawa pulang RM36,200 selepas hanya ‘bekerja’ 20 hari. Itu juga menjadi punca ramai wanita asing gemar ‘cari makan’ di Malaysia.

“Lazimnya wanita, terutama dari China, diberikan gred iaitu A, B atau C. Di Malaysia, kebanyakan wanita terbabit sebenarnya cuma gred C, manakala gred A atau B mengisi keperluan di negara sendiri atau negara maju lain.

“Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa.

“Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari tanpa mengetahui status lelaki ditiduri, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit berjangkit.

“Lebih mengecewakan, ada antaranya terus menjalankan aktiviti itu walaupun menyedari mereka berpenyakit.

“Ini tidak termasuk status kesihatan lelaki asing yang meniduri mereka ketika masih dikategorikan gred A atau B di negara lain sebelum ini,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, setakat ini warga China, Thailand, Indonesia dan Vietnam masih mendominasi kegiatan maksiat di negara ini berdasarkan statistik diperoleh D7 hasil tangkapan pada 2010 dan 2011, meskipun wujud pekerja seks dari negara baru seperti Uganda dan beberapa negara Timur Tengah.

Katanya, ada antara negara terbabit mencatatkan penurunan, manakala ada juga yang menunjukkan peningkatan dan ia dipercayai didorong beberapa faktor, terutama bahasa.

“Sebagai contoh pada 2010, jumlah tangkapan membabitkan wanita China sebanyak 6,199 orang manakala pada 2011 jumlahnya menurun kepada 5,795 berbanding Vietnam yang mencatat peningkatan kepada 812 tangkapan (2,823 orang) pada 2011 berbanding 2,105 orang pada 2010,” katanya.

Secara kasar, katanya, polis mendapati kebanjiran wanita Vietnam disebabkan mahir berbahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa itu yang memudahkan mereka berurusan dengan pelanggan.

“Jika wanita China, pelanggan yang tidak pandai berbahasa Mandarin atau Hokkien terpaksa membuat tawaran melalui kalkulator (menaip angka) untuk meminta diskaun dan ia merumitkan, berbanding hanya menyebut angka dalam bahasa Inggeris dengan wanita dari Vietnam.

“Ia seakan-akan lucu, tetapi itulah fenomena yang berlaku berdasarkan pengamatan polis dalam beberapa serbuan sebelum ini,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, berdasarkan hitungan kasar, wanita warga asing menawarkan perkhidmatan serendah RM180 untuk sekali perkhidmatan dan jika didarab dengan 10, ia menjadi RM1,800 jika mereka ‘bekerja’ dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Jumlah RM1,800 jika dikumpul selama 20 hari menjadikan pendapatan mereka RM36,000 dan selepas ditolak perbelanjaan makan, minum serta sewa rumah, mereka masih mampu membawa pulang RM30,000.

“Itu bagi mereka yang tidak mengamalkan cara hidup mewah dan jika berbelanja RM10,000 sebulan sekalipun, mereka masih mampu membawa wang ke negara asal sebelum kembali semula ke Malaysia untuk mengumpul kemewahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kehadiran pelancong sebegini, terutama yang mempunyai cop keluar masuk lebih daripada dua kali ke negara ini, dipantau supaya kegiatan seperti itu dapat dibendung, selain merekodkan cap jari pelancong bagi mengelak identiti mereka dipalsukan.


p/s: Nasihat ikhlas dari gua buat brader Anwar.., jauhilah maksiat.. Amalkan hidup sihat demi kesejahteraan diri dan keluarga...

Adam Adli mengamuk di Kedah.., gambar Azizan jadi mangsa 'rogol' Mahasewel..


Selepas gambar Najib jadi mangsa kerakusan nafsu bodoh Mahasewel Adam Adli dan gengnya.., sekarang ni gambar MB PAS Kedah, Azizan Razak pula 'dirogol' dengan 'kejamnya'..

Nampaknya, Adam Adli dan SMM membuktikan bahawa Mahasewel bukan hanya mampu menunjukkan kebangangan dorang di tiang bendera PWTC, tapi mahasewel-mahasewel tersebut mampu jadi bangang dimana-mana sahaja..

Apa kata puak-puak PAS khususnya PAS Kedah terhadap kejadian ni? Berani ke dorang 'tegur' Adam Adli dan geng mahasewelnya?

Kalau Pemuda Umno nak ludah.., Pemuda PAS berani buat apa? Takkan nak jentik pun tak berani kot?





Toreh muka isteri kerana cemburu.. WTF!!


Seorang lelaki yang berang telah melakarkan tatu di wajah isterinya berupa dua patah perkataan di dalam bahasa cina dengan menggunakan pisau bagi menghalang lelaki lain daripada mengorat isterinya itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu bagaimanapun telah ditahan oleh pihak Polis kerana perbuatan kejamnya itu.

Wei Shengxiong dan isterinya yang berusia 26 tahun hanya mahu dikenali sebagai Xiao Wei, telah mendirikan rumahtangga selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak lelaki.

Malangnya si suami sering kali mengesyaki isterinya dipikat oleh lelaki-lelaki lain yang minat kepadanya.

Semuanya bermula dalam tahun 2001 apabila isterinya Xiao Wei yang bekerja sebagai seorang pekerja kilang telah bekerja lewat masa (over time) dan langsung tidak pulang ke rumah.

Sebulan kemudian, dia didapati mengandung. Si suami menganggap anak yang dikandungkan isterinya bukan dari benihnya, lalu membawa si isteri untuk ujian DNA.

Sejak dari hari itu, pasangan itu sering kali betengkar antara satu sama lain.
Menurut pihak Polis, 30 Mac lalu petengkaran mereka berlaku lagi.

Wei menghentakkan kepala isterinya ke arah dinding dan menyebabkan si isteri terjatuh ke atas lantai apabila hilang pertimbangan dan kawalan badannya.

Si suami mengikat tangan isteri serta menyumbat mulutnya dengan tuala agar tidak menjerit dengan kuat bagi mengelakkan didengari oleh jiran-jiran mereka.

Dia mengheret isterinya ke dapur lalu mengambil pisau dan melakarkan perkataan Xian Jian (hina) di pipi isterinya itu.

Si suami mengurung isterinya di dalam rumah sehingga keesokan harinya apabila bapa saudara Wei menemuinya lantas membawa ke balai polis untuk membuat laporan jenayah yang berlaku.

Anwar salahkan Wall Street Journal pulakk...


Seakan tersepit dengan desakan pelbagai pihak berhubung kenyataan kontroversinya mengenai keselamatan Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendakwa jawapannya kepada soalan Wall Street Journal (WSJ) mengenai isu itu adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.

"Saya ditanya (WSJ), Anwar kamu kenapa benci sangat, musuh sangat Israel, tiap-tiap kali keluar kenyataan kutuk keganasan Israel. Itu soalan daripada WSJ kepada saya.

"Saya kata, saya kecam sebab Israel ganas, zalim dan tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin. Dan dicatat di situ (laporan WSJ) Anwar sedia terima Israel," katanya pada program ceramah di Markas Pas Cawangan Kampung Mengkasar di sini malam tadi.

Laporan WSJ Asia bertarikh 26 Januari yang menyiarkan kenyataan Ketua Pembangkang itu turut boleh dibaca di http://online.wsj.com/ yang memetik:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahannya:

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."

Dalam ceramahnya malam tadi itu, Anwar turut membidas pimpinan UMNO serta media arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan TV3 kerana dikatakan tidak memetik keseluruhan perenggan kenyataannya berhubung isu Israel yang dilaporkan dalam WSJ itu.

Selain itu, Anwar turut mengakui wujud perbezaaan pendapat di antara beliau dan Pas berhubung konflik Israel dan Palestin yang mana parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu menolak sama sekali kewujudan negara Yahudi itu.

Sedangkan, beliau melihat penyelesaian isu Palestin berdasarkan kewujudan dua negara seperti mana yang dinyatakan dalam inisiatif Pelan Damai Raja Arab Saudi, Raja Abdullah 2002 yang mana Israel mesti berundur dari wilayah Arab dan jika mereka berundur maka perlu beri hak kepada rakyat Palestin dan balasannya keselamatan Israel akan dijaga.

Posing bogel untuk mintak derma... Bijak atau bodoh?


Seorang gadis China membuat sensasi berpose bogel di internet. Gadis berusia 19 tahun yang berstatus masih pelajar bernama Xiao Yun ini, mendedahkan tubuh moleknya dengan alasan untuk mencari dana bagi korban gempa bumi yang terjadi di daerah asalnya di Provinsi Sichuan, China.

Namun, aksi nekad Xiao Yun yang juga menyebut dirinya sebagai ‘Little Cloud’, menerima kecaman dari berbagai pihak di China. Dia memposting kurang lebih 100 foto dalam berbagai pose, baik mengenakan pakaian mahupun tanpa sehelai benang pun.

Dia mengatakan, dirinya berfoto bogel bukan demi mencari wang atau popular, tapi agar boleh menarik perhatian orang-orang untuk memberikan sumbangan bagi daerahnya yang rosak teruk akibat gempa bumi.

Berani ke Anwar sahut cabaran Najib ni?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan senarai kabinet bayangan mereka bagi mengkukuhkan lagi sistem dua parti negara.

Beliau berkata, PR gentar untuk mengumumkan barisan kabinet bayangannya kerana mereka tidak bersatu padu dan tidak berupaya mencapai kata sepakat berhubung pembahagian jawatan potfolio utama antara parti gagasan tersebut.

"Mereka tidak berani. Mereka tidak tahu bagaimana, apa yang boleh ditawarkan. Apa jawatan untuk ditawarkan kepada Haji Hadi. Jika anda mempunyai masalah dengan Haji Jadi, di mana anda mahu letak Mat Sabu? Anda tempatkan beliau dalam kabinet bayangan sebagai Menteri Pendidikan? Bencana yang menunggu," katanya mengenai kedua-dua pemimpin Pas terbabit.

Jadi, ia hanya kumpulan individu dan parti yang tidak dapat mendorong keyakinan rakyat. Tetapi, oleh kerana mereka telah mengutuk, memperlekehkan kita, adakalanya rakyat tidak namppak hakikat sebebnar," ujarnya lagi.

Beliau bercakap demikian di majlis pembukaan persidangan "Kaum Cina Malaysia Di Persimpangan'" anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP) di Hotel Berjaya Times Square. - Antarapos.

Guan Eng tempah tiket balik Melaka.. Jawatan KM Penang dikosongkan.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng mungkin terpaksa bersara dari arena politik apabila cabarannya supaya UMNO membuktikan bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di sini dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan.

UMNO negeri semalam mendesak Setiausaha Agung DAP itu mengotakan janji selepas berjaya mengemukakan beberapa bukti yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan terhadap proses tender terbuka tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.

"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.

"Ini sudah cukup membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana tiada ketelusan dalam pentadbirannya seperti slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT)," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Guan Eng semalam mencabar Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau juga sedia berbuat sama sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Zainal Abidin menambah, selain itu, terdapat laporan menunjukkan bahawa penilaian terhadap tanah terbabit hanya dibuat pada 3 Oktober 2011, iaitu selepas tarikh tutup tender.

Jelasnya, selagi Guan Eng tidak memberi penerangan lengkap bagaimana proses tender itu dibuat, ia dilihat sebagai rundingan terus.

"Sampai hari ini, Guan Eng belum sebut berapa ramai pihak yang masuk tender, siapa yang menilainya dan siapa di dalam jawatankuasa pemilihan tender berkenaan.

"Maklumat yang kita dapat hanya dua syarikat yang membuat permohonan. Ini jarang berlaku dalam negara ini iaitu hanya dua syarikat masuk tender terbuka," ujarnya.

Abdul Rahman ketika dihubungi AntaraPos.com semalam menyifatkan Guan Eng terlalu emosi apabila perkara itu didedahkan.

Malah menurut beliau, jawapan seumpama itu tidak wajar keluar daripada mulut seorang Ketua Menteri.

"Saya tengok dari segi jawapan beliau, dia lebih emosi. Emosi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan mengenai penjualan tanah tersebut.

Penjualan tanah tersebut banyak kontroversi dan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri. Ini bukan soal nak kenakan beliau, kita nak tahu sama ada penjualan itu dibuat secara telus atau tidak,"katanya.

Pelayan SUPER SEKSI di Restoran Jepun..



Memang gila.. Restoran di Jepun ni mempunyai pelayan yang boleh digekar SUPER SEKSI. Kalau korang sekali tengok, mungkin nampak macam biasa-biasa saja.. Tapi kalau perhatikan betul-betul.., boleh 'gila' beb..

Apa taknya.., pelayan SUPER SEKSI tersebut bukanlah pompuan biasa.. Dorang tu semua adalah pondan!

So.., sapa yang berasa teruja tu eloklah cepat-cepat sedar diri.. Jangan jadi macam 'manusia anugerah Tuhan' sorang tu yang tak kenal beza lelaki dan pompuan... Hahahaha...


Video Luna Maya goda lelaki dalam bilik.., kini tersebar...


Luna Maya tampil seksi menggoda seorang lelaki dalam sebuah video berdurasi 1 minit 18 saat.

Setelah cukup lama tak membintangi iklan, Luna Maya kini kembali sebagai salah satu 'wanita paling digilai' lelaki.

Dalam iklan terbaru yang dibintanginya, Luna Maya tampil seksi dalam sebuah bilik bersama Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta. Mereka berempat cuba menggoda lelaki dalam iklan produk parfume AXE tersebut.

Di awal video ditampilkan seorang lelaki yang hendak masuk tidur, namun sempat menyemburkan perfume ke seluruh tubuhnya. Tak lama selepas itu, bidadari mulai muncul dan mendekatinya, menggoda dan bermain-main dengan gerakan yang seksi.

Di akhir video, Luna Maya pun muncul membawa shower puff dengan renungan menggoda.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online