BREAKING NEWS

Bisnes yang paling untung di China.. Jual "ChinaDoll"


Tahukah korang antara syarikat yang paling cepat mencatatkan keuntungan dan berkembang di China adalah syarikat pembuat anak patung seks? Mungkin ia kedengaran seperti satu fakta yang karut, tetapi itulah hakikatnya.

Permintaan ‘melampau-lampau’ daripada penggemar alat permainan ini dari seluruh dunia telah membuatkan syarikat Ningbo Yamei yang terletak di wilayah Zhejiang mencatat keuntungan dan prestasi luar biasa di negara komunis tersebut.

Syarikat itu baru memulakan perniagaaan kira-kira tiga tahun lalu dengan menghasilkan sejenis anak patung seks.

Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, syarikat itu telah mereka bentuk 13 jenis anak patung lagi untuk memenuhi ‘citarasa penggunanya.



Dari hanya sebuah syarikat kecil, kini Ningbo Yamei berjaya menjual lebih 50,000 anak patung seks tahun lepas. Purata harga anak patung ini ialah kira-kira RM57 sebuah.

Kira-kira 15 peratus daripada produk mereka dieksport ke luar negara seperti Jepun, Korea dan Turki. Ternyata manusia semakin gila dan obses dengan seks sehinggakan anak patung pun boleh jadi alat pemuas hawa nafsu.

Yang pasti, selagi manusia semakin ‘gila’ dengan perbuatan tersebut, syarikat seperti Ningbo Yamei akan terus ‘gila’ mencatatkan keuntungan!

Giliran Chua Soi Lek 'kencing' atas Buku Jingga... Kahkahkahh...


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan
ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.

Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.

"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.

Chua berkata demikian ketika berucap di persidangan masa depan politik masyarakat Cina di Kuala Lumpur hari ini.


p/s: Ahmad Maslan patut malu pada Chua Soi Lek... Apa kelas bakul sampahkan Buku Jinggay tu.. Chua Soi Lek lagi hebat sebab terus 'kencingkan' Buku Jinggay tu beb... Hahahaha... Padan muka Pakatan!! 

Video porno kanak2 10 tahun tersebar.. Apa nak jadi ni?


BUTTERWORTH: Penyebaran video klip lucah ke telefon bimbit melalui sistem bluetooth, termasuk membabitkan pelaku kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan wanita bertudung di sekitar pekan ini membimbangkan orang ramai.

Mereka bimbang jika tidak dikawal, bahan lucah itu turut dimiliki pelajar sekolah.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an berkata, sejak kebelakangan ini makin banyak video klip lucah dimuat turun dalam telefon bimbit melalui Bluetooth dan mudah dimiliki sama ada oleh golongan remaja atau dewasa.

“Ada pelaku dalam klip video lucah membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun serta wanita bertudung yang dikatakan ustazah

“Bayangkan apa akan berlaku jika bahan berkenaan diperoleh anak muda kerana kebanyakannya memiliki telefon bimbit.


p/s: Dunia dah semakin gila.. Kalau dulu kita tahu ada gejala bohsia yang membabitkan golongan remaja, sekarang ni dah menular ke bebudak sekolah rendah..

Apa nak jadi ni beb...? Mungkin inilah akibatnya apabila kebanyakan para ilmuan agama sibuk nak join politik..

Sekarang ni sapa nak tegur kegilaan sosial dalam masyarakat? Takkan nak suruh Anwar tegur kot? Dia pun 2x5 jugak...

Gambar Anwar naik motor ke ceramah.. Sebijik macam bangla...


Sekatan polis yang cuba menghalang orang ramai ke Markas PAS di sini, Pahang malam semalam tadi, tidak menghalang Anwar Ibrahim untuk ke tempat ceramah.

Penuh kesungguhan, Ketua Umum KEADILAN itu meredah kesesakan lalu lintas dengan menaiki motosikal sejauh tiga kilometer untuk tiba di lokasi ceramah di Kampung Mengkasar.

Mengikut jurugambar Keadilan Daily, Yuisriah Yusuf, Anwar membonceng motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mengikuti ceramah berkenaan.

“Ia menyebabkan ceramah bermula lewat. Anehnya, sebaik Anwar tiba, polis menghenti sekatan,” katanya, menambah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menaiki motosikal atas sebab sama.

Sekatan polis dibuat berhampiran lokasi ceramah hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer. Kesesakan itu dikatakan berlarutan lebih sejam.

Mengikut Yuisriah, polis juga cuba menghentikan ceramah Anwar atas alasan melebihi waktu sedangkan Ketua Pembangkang itu lambat tiba di lokasi berikutan kesesakan akitan sekatan polis tetapi diteruskan selepas rundingan dibuat.


p/s: Lawak betul gua tengok aksi Anwar naik motor tu.. Kalau orang tak kenal.., mesti dorang ingat bangla karpet yang bonceng motor tu... Hahahahaha...

Artis cun dibelasah akibat cemburu buta..


Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.

Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami.

Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3.

“Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. “Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007.

Menurut sumber, pelakon itu dipukul suami sebaik tiba di rumah.

“Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri.

“Bagaimanapun, suaminya menarik baju mangsa sebelum menghentak kepala di almari menyebabkan pelakon terbabit jatuh,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu.

“Suami mangsa yang melihat isterinya itu mengalami kesukaran bernafas berhenti berbuat demikian dan kesempatan itu diambil pelakon terbabit keluar dari rumah bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun,” katanya.

Katanya, pelakon berkenaan membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya dan difahamkan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Guan Eng.., bila lu mau letak jawatan??


Datuk Zainal Abidin Osman hari ini mendesak Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng supaya mengotakan janjinya untuk bersara dari dari kancah politik, sekaligus meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri di negeri ini.

Zainal yang juga merupakan Pengerusi Umno negeri berkata demikian didalam satu sidang media bagi membuktikan bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara sebenarnya dilakukan secara rundingan terus dan bukannya secara tender terbuka.

Zainal juga memberitahu pihak media bahawa Umno P.Pinang mempunyai beberapa bukti tentang tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu yang dijual oleh kerajaan negeri dengan harga RM1.1 billion secara rundingan kepada Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya.

Beliau juga mendedahkan yang hanya dua buah syarikat sahaja yang menyertai tender tersebut.

"Dalam erti kata sebenar, tender terbuka untuk pembelian tanah ini tak berlaku kerana hanya dua buah syarikat sahaja yang menyerta tender tersebut. Mengapa kerajaan negeri tidak mempamerkan nama syarikat dan juga harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender ditutup?"

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini telah mencabar Zainal dan Umno negeri untuk membuktikan dakwaan bahawa tanah di Bayan Mutiara dijual secara rundingan dan bukannya secara tender terbuka.

Dan jika Zainal dan Umno negeri dapat membuktikan dakwaan tersebut, Lim Guan Eng berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri P.Pinang. - UtaraNews

Bukti Nik Aziz dah jadi kuda Anwar...


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab kontroversi berkaitan kenyataannya tentang Israel, yang disiarkan dalam Wall Street Journal bulan lalu.

"Saya akan mendengar (penjelasan Anwar) tapi saya menyerahkan kepada Anwar untuk menjelaskan kepada orang ramai," kata Menteri Besar Kelantan di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, kenyataannya hanya sebagai mewakili Pas manakala Anwar pula mewakili PKR.

Ekoran pendirian Dewan Ulama Pas awal minggu ini, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kuala Lumpur, Isnin ini.

Ketika diminta mengulas pendirian Anwar mempertahankan kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, itu Ketua Pembangkang punya pasal.


p/s: Habislahhh.., kalau Pok Nik dah jadi kuda kayu Anwar.., anak-anak buah Pok Nik jadi apa gamaknya yee? Jadi taik kuda saja lah kot? Hahahahaha...

Gara2 video lucah.., artis wanita melayu ini diugut untuk dicederakan..

Tengok cincin tu.., sama tak?

Gara-gara gambar bogel palsunya tersebar di laman sesawang hiburan tempatan, pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, Noor Melia Aimiellia Zaidi atau Melia, 18, diugut mahu dicederakan.

Melia ketika dihubungi di sini, semalam berkata, gara-gara gambar palsu terbabit, ada antara saudara-maranya mengugut mahu memukulnya sekiranya didapati gambar itu benar dirinya.

“Saya tidak tahu menahu mengenainya sehinggalah pagi tadi (semalam) ada pihak produksi memberitahu mereka tidak dapat mengambil saya berlakon kerana bimbang digam stesen televisyen gara-gara gambar bogel dan klip video selama 30 minit sudah tersebar.

“Kebetulan saya baru habis penggambaran drama Titisan 13 episod untuk RTM, dan sudah tentu kenyataan ada stesen televisyen mahu ‘gam’ saya cukup membimbangkan,” katanya.

Jelas Melia lagi, dia sudah pun menyaksikan gambar terbabit, tetapi tidak dapat melihat klip video dimaksudkan. Malah, gambar terbabit sudah pun ditunjukkan kepada ibu bapanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online