BREAKING NEWS

TERKINI !! Guan Eng akan letak jawatan kerana skandal RM10 billion..


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersedia melepaskan jawatannya sekiranya dakwaan fitnah pemimpin Umno negeri itu berhubung penjualan tanah Bayan Mutiara di Batu Kawan tidak dilakukan secara tender terbuka.

"Apabila Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menjual tanah Bayan Mutiara seluas 102.3 ekar (67.5 ekar tanah dan 35 ekar tanah tebusguna melalui tambak laut) melalui tender terbuka pada tahun 2010.

"Satu harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi telah ditetapkan. Harga rizab sebanyak RM200 kaki persegi adalah tinggi telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada 7 April 2010 sungguhpun Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 5 November 2009 menganggarkan harga penilaian adalah sebanyak RM65 kaki persegi.

"Apabila tender terbuka yang dijalankan ditutup pada 31.12.2010, keputusan berani Kerajaan Negeri dibuktikan tepat dan benar apabila harga tender terbuka yang paling tinggi adalah sebanyak RM240 kaki persegi atau RM1.07 bilion.

"Saya kecewa apabila harga anggaran penilaian sebanyak RM65 kaki persegi yang disediakan oleh Jabatan Penilaian Harga yang dikeluarkan Kementerian Kewangan tidak dilaporkan oleh media English dan Melayu." jelas lim dalam kenyataan medianya.

Kenyataan tersebut ekoran minggu lalu, Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan mendakwa kerajaan Pulau Pinang melakukan urusan tanpa tender terbuka.

Selain itu turut didakwa harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50% lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi.

Dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.

Sehubungan itu Lim mencabar Zainal Abidin dan Abdul Rahman mengemukakan bukti fitnah tersebut. Lim turut mencabar Umno serta kroni-kroni mereka mendapatkan tanah dikawasan tersebut pada harga yang lebih rendah dari itu.

Kena ugut sebab baca Quran di Kelantan.. Apa sudah jadi?


Akibat memperdengarkan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara, seorang penjaga Madrasah Nur Iman di Lebuh Raya Salor dekat sini, menerima ugutan.

Mangsa yang dikenali sebagai Hassan berusia 50-an memberitahu, dia menerima surat ugutan rumahnya akan dibakar sekiranya alunan ayat suci al-Quran tersebut terus diperdengarkan ketika awal pagi.

Menurutnya, surat berbaur ugu­tan berkenaan diletakkan dalam peti surat rumahnya yang terletak bersebelahan madrasah itu dan disedari selepas pulang daripada bersarapan jam 7.30 pagi pada 31 Januari lalu.

“Berdasarkan surat itu, ada di antara individu tertentu yang tidak berpuas hati dengan cara kami memperdengarkan bacaan al-Quran sebelum azan subuh.

Bacaan kira-kira 15 minit sebelum azan ini dikatakan mengganggu orang yang masih tidur termasuk anak-anak kecil,” katanya kepada ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, ahli jawatankuasa masjid, Muhamad Yusof berkata, Jaheaik pernah menyiasat berhubung perkara itu dan tidak melarang supaya berhenti memasangnya.

Bagaimanapun katanya, bermula semalam pihaknya memperlahankan alunan bacaan tersebut kerana mengambil kira daripada penerimaan surat tersebut.

Hasan Ali cabar Anwar...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu dengan jelas tentang pendirian pakatan pembangkang sama ada mereka akan menjalin hubungan secara langsung dengan Israel atau sebaliknya.

Beliau berkata, ketua pembangkang itu perlu berbuat demikian kerana rakyat negara ini termasuk di luar negara masih tertanya-tanya mengenai kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) tentang sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

“Saya hendak beritahu beliau agar dapat terangkan bahawa pakatan pembangkang tidak akan menjalinkan hubungan langsung atau tidak langsung dengan Israel,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan bertemu Anwar di Kuala Lumpur dalam waktu terdekat.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, sehingga kini masih belum dihubungi oleh Anwar atau pemimpin PKR lain berkenaan desakannya agar Ketua Pembangkang itu menarik balik kenyataannya berhubung isu Israel.

Nik Abdul Aziz dijadualkan berada di ibu negara pada minggu depan bagi menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja Melayu.

Kisah blogger miskin, Nora Danish dan Maya Karin...


Suatu hari ketika blogger miskin sedang update blog, dia berasa lapar dan terus keluar membeli makanan. Setibanya dia dirumah, blogger itu kehilangan laptopnya kerana di ambil orang.

Lalu dia menangis dan berdoa, sehingga seorang Pendeta Tua muncul dan seraya bertanya.., “Mengapa kamu menangis?”

Si blogger sambil teresak-esak menceritakan bahawa laptop tersebut adalah sumber mata pencariannya untuk menulis. Dan ia telah di curi orang ketika dia keluar membeli makanan..

Lalu Pendeta tu seketika mnghilang dan muncul kembali membawa laptop emas.

“Apakah ini laptopmu?”tanya sang Pendeta..

“Bukan.... ” jawab blogger itu.

Lalu Pendeta tu menghilang lagi dan muncul kembali membawa laptop perak.

“Apakah ini laptop mu?” tanya sang Pendeta lagi.
“Bukan saya punya laptop tu Pendeta...” blogger itu tetap mnggelengkan kepalanya.

Setelah menghilang kembali dalam beberapa minit, Pendeta tu datang lagi dan kali ini membawa laptop buruk dan lusuh jenama cap ayam.., tapi masih boleh berfungsi..

“Apakah ini laptopmu?”

“Ya Pendeta, memang benar ini laptop saya”. jawab blogger miskin tu sambil tersenyum senang.

Lalu sang Pendeta Tua berkata, "kamu ni terbukti orang yang jujur, kerana itu.., aku akan memberikan ketiga-tiga laptop ini untukmu sebagai upah kejujuranmu” .

Blogger miskin tersebut itu sangat bersyukur dan sangat gembira...

Beberapa hari kemudian, ketika blogger miskin tu sedang update blog dan check facebook, dia mendapati aweknya sudah berlaku curang dan secara senyap-senyap kahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuan sang blogger miskin.

Lagi sekali si blogger miskin menangis dan berdoa kepada Tuhan tentang nasib malangnya..

Kemudian, seperti yang dijangka.., Pendeta Tua hari tu pun muncul.

”Mengapa kamu menangis lagi? Dapat laptop emas dan perak pun tak cukup lagi ke?” tanya Pendeta..

“Kekasih saya yang satu-satunya sangat saya cintai telah curang dengan orang lain di facebook, dan mereka sudah menikah dan meninggalkan saya.., sebab itulah saya berasa sangat sedih Pendeta.."

Macam biasa.., orang Tua tu pun menghilang dan muncul kembali dengan membawa Maya Karin..

“Apakah kamu mahu menerima Maya Karin ni sebagai pengganti kekasihmu?”

Dengan pantas sang blogger miskin itu pun angguk kepala sambil ternganga mulut tengok Maya Karin... “Ya Pendeta..., aku mahu.., aku mahuu”.

Lalu Pendeta Tua amat marah dan berkata “Ternyata kamu dah mula rakus serta tamak haloba.. Kemana perginya kejujuranmu semasa kehilangan laptop dulu? Apakah kamu tidak ingin kekasih mu yang sangat kamu cintai dulu kembali kepadamu? "

Blogger miskin itu dengan takut dan gementar pun berkata..

“Pendeta yang bijaksana.., seandainya saya tadi menjawab tidak, tuan akan kembali dengan membawa Nora Danish.. Dan kalau masa tu pun saya menjawab tidak, Pendeta mesti akan kembali membawa kekasih saya yang asli."

"Dan masa tu jika saya menjawab ya dan mengakui pompuan yang last tu adalah kekasih saya, mesti tuan Pendeta akan memberikan ketiganya untuk menjadi isteri saya.."

"Tuan Pendeta kena faham.., saya ini cuma blogger miskin…!!! Tak mungkin saya boleh membahagiakan tiga orang isteri sekaligus..."

"So.., dapat Maya Karin pun oklahh... Saya akan membahagiakan dia semampu saya walaupun saya miskin."

"Lainlah kalau macam Anuwar tu, bukan saja bini.., Chinadoll dan jantan jambu pun dia simpan.." kata blogger miskin tersebut.

Pendeta tua kehilangan kata-kata.. Sambil menghilang.., dalam hatinya berkata-kata.. " Susah betul berurusan dengan blogger ni.., semua nak di'spin'nya..


p/s: Moral of the story.., rezeki jangan ditolak.., dan jangan suka ambil hak orang lain... Maya Karin mesti setuju dengan gua...

PANASS !!! Gambar Nora Danish lagi..


Panas.., asyik dan mengujakan.. Itu je yang boleh gua cakap tentang Nora Danish ni.. Rugi betul sapa yang 'lepaskan' pelakon cun ni dulu.. Rugi banget!!

Korang tengoklah sendiri gambar-gambar terbaru ni.. Gambar ni diambil di Majlis Doa Selamat dan Pelancaran filem AKU TERIMA NIKAHNYA yang dibintangi oleh Adi Putra dan Nora Danish.

Jom baca sikit sinopsis filem romantik drama ni..

Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa(Nora Danish) . Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.

Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.

Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.

Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti.

Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.

Alamak.., cerita pasal rumahtangga laa.. Ni dah kira di luar genre cerita wajib tonton gua.. Tapi Nora Danish punya pasal.., gua akan cuba beli DVD cerita ni nanti..






Nga Kor Meng tak bersalah.. Kronisme dalam DAP.


Jawatankuasa Disiplin DAP mendapati timbalan bendahari parti itu, Nga Kor Ming tidak bersalah terhadap dakwaan menyalahgunakan kuasa sebagai exco kerajaan negeri untuk mempengaruhi proses tender Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu berkata ia telah memanggil Nga, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, enam bekas ahli exco dan tiga ahli MBI yang menganggotai lembaga tender ketika itu, dalam membuat keputusan tersebut.

Nizar dan anggota exco terbabit menafi mengesyorkan kepada MBI supaya melantik Ethan & Elton Sdn Bhd - sebuah syarikat di mana isteri Nga, Wong Seow Ching, mempunyai kepentingan - untuk kontrak Lounge Suit.

Tiga ahli majlis tersebut - Frankie Wong dan Simon Ng dari DAP, Khairuddin Abd Malik dari PAS - memberitahu jawatankuasa displin bahawa mereka tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk Nga, dalam melantik Ethan & Elton.

"Tidak timbul Isu penyalahgunaan kuasa oleh Nga. Status Nga sebagai ADUN dan anggota exco tidak menghalang isterinya daripada menjadi rakan kongsi syarikat. Selain itu, Nga tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam syarikat tersebut.

"Hanya akan terdapat konflik kepentingan jika Nga menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi keputusan lembaga tender," kata jawatankuasa itu.


p/s: Kalau kawan-kawan baik sendiri yang jadi saksi, dah tentu-tentu Nga akan didapati tak salah.. Kenapalah bodoh sangat Jawatankuasa disiplin DAP tu yee.., nak bohong pencacai PAS bolehlaaa... Sebab dorang tu mana pernah cerdik.. Hahahahaha..

FAKTA!!! Blogger Pakatan tak sebijak Blogger Kerajaan.



Gua betul-betul kesian.., setiap gambar fitnah yang dikeluarkan oleh puak-puak Pakatan untuk hentam kerajaan, mesti kantoi gilababi punya..

Gua tak tahu ilmu apa yang dorang pakai.. Ilmu kuda kayu ataupun dah memang sejak azali lagi dorang mempunyai masalah genetik lembab?

Sumpah kesian beb.. Asyik kantoi jee..., mana tahann..

Yang paling baru, untuk cover kan Imam Mahadi Anugay dorang yang kantoi ber'nandek' masa perayaan ponggal, cybertroppers dorang buat satu gambar superimposed Najib..

Tapi awal-awal kena kantoi dengan blogger GWM. Nasib baik blogger GWM yang kantoikan.., kalau blogger Badut Rakyat, confirm kena maki kaw-kaw punya..

So.., hari tu pencacai Amenoworld kata gambar Anugay ber'nandek' di Kuil tu adalah gambar superimposed jugak.. Sekarang gua tunggu dorang kantoikan gambar tu..

Mampu ke puak-puak penjilat Anugay buat? Ke tak mampu? Mengaku je lah bahawa cybertroppers pro BN lebih hebat dari lu orang di PR...

Bukan saja pro BN lebih hebat.., malah lebih hensem macam si blogger RBF tu... Hahahahahaha....


Peserta wanita sanggup 'buka-buka' untuk hadir ujibakat...

Gambar Hiasan je..

Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Nill mendedahkan ada peserta wanita yang sanggup 'buka-buka' hanya untuk sertai ujibakat program realiti..

Memang dahsyatlah kalau dah sampai sanggup 'buka' macam tu.. Hebat sangat ke rancangan ujibakat tu sampaikan maruah diri sanggup diketepikan?

Nak tahu cerita selanjutnya.., jom kita baca cerita Pak Nill..

==============================================================

Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung kerana nak kejar glamour!. Ada yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat "Program realiti ON AIR" ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Feb lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro.

Kata Aznil, ada peserta sanggup tidur di dalam kereta semata-mata mahu mendapatkan borang untuk menyertai uji bakat program yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan.

Ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online