BREAKING NEWS

Urut sambil berbogel... Hanya di Selangor...


Mengurut pelanggan secara bogel. Itu tawaran istimewa yang disediakan sebuah premis urut kepada pelanggannya.

Pemilik premis di Bandar Puteri, Puchong Selangor di sini, boleh diibaratkan ‘tidak makan saman’ kera­na pernah diserbu polis, bulan lalu. Bagaimanapun, kedegilan pemilik premis itu memaksa polis melakukan sekali lagi serbuan, awal pagi semalam.

Ketika serbuan dilakukan, seorang tukang urut wanita warga asing sedang berbogel semasa mengurut seorang pelanggan.

Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, dalam serbuan itu, lapan wanita warga Thailand, Filipina dan China diberkas.

“Wanita itu menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai tukang urut. Kita percaya premis ini menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggannya,” katanya.

Izwan berkata, sebuah spa di kawasan berhampiran turut diserbu kerana dipercayai menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggannya.

Menurutnya, premis ini menggunakan konsep susun atur dalaman umpama hotel lima bintang untuk keselesa­an pelanggan.

“Empat wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan juga diberkas,” katanya.

Dalam serbuan berikut­nya, sebuah pusat karaoke turut diserbu kerana menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Katanya, tiga lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis di ketiga-tiga premis tersebut serta semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan.

Oooo..., Karpal Singh tak faham rupanyaaa....


Pas Kelantan menganggap Pengerusi DAP, Karpal Singh keliru dan salah faham sehingga menyebabkan beliau mempersoalkan pendirian Pas berhubung sambutan Hari Kekasih.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pendirian parti itu mengenai sambutan Hari Kekasih hanya ditujukan kepada orang Islam dan perkara itu yang perlu difahami oleh Karpal.

“Mungkin ada kekeliruan di pihak Karpal sebab bila kita bercakap mengenai Hari Kekasih, kita bercakap dari sudut dan perspektif agama serta ditujukan kepada masyarakat Islam sahaja.

“Boleh jadi dia salah faham sebab dia ingat kita tujukan kepada semua orang. Sebenarnya orang bukan Islam kita tidak melarang mereka menyambutnya kerana itu hak masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Amar diminta mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta Pas mengkaji balik hubungan mereka dengan pakatan pembangkang disebabkan kenyataan Karpal itu.

Mingguan Malaysia baru-baru ini melaporkan kenyataan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menyelar tindakan Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Ini berikutan kenyataan Karpal seperti dilaporkan media baru-baru ini yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih semalam kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Tambah Mohd. Amar, Karpal perlu tahu bahawa apa sahaja pandangan mengenai sambutan Hari Kekasih sama ada daripada pemimpin Pas, ulama atau Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dilihat khusus kepada orang Islam sahaja dan tidak menghalang agama lain.


p/s: PAS memang parti banghal.. Patutlah memanjang kena buli dalam Pakatan. Alasan yang dorang guna dalam isu ni memang alasan bodoh.. Tipu ahli PAS boleh laa...

Gambar Mahasewel Adam Adli mengadap Nabi PAS...


Lama tak dengar cerita budak mahasewel Adam Adli ni kann.. Gua ingatkan anak ikan Anwar ni dah migrate ke Indonesia macam Hilmi Malek tu sebab kena buang kolej.., tapi ada lagi kat sini ropanya..

Yang paling baru gua dengar, bebudak mahasewel ni tengah plan nak langgar Ostad Zizan di Kedah..

Katanya 19hb ni dorang nak gempur Wisma Darul Aman untuk tunjukkan student power.. Hahahaha.. Student Power??? power apa? Power menyalak dan menganjing boleh laa...

Apapun, ada orang kirim kat gua gambar makhluk sewel sedang berjumpa dengan Nabi PAS.. Gua rasa, mahasewel tu nak cuci dosa agaknya..Pasal tu lah jumpa Pok Nik..

Maklumlah.., kat Malaysia ni mana ada orang lain yang boleh 'ampunkan dosa'.. Hanya Pok Nik sorang je yang mampu beb..

Tak percaya? Cuba tanya Eli Wong dan Teo Nie Ching.. Mesti dorang setuju dengan gua...

Proton akan hasilkan kereta bentuk Lamborghini?


Gua yakin, ramai yang tertunggu-tunggu pelancaran model baru Proton yang dikatakan akan menjadi 'kegilaan' di Malaysia.

Dengan dilengkapi pelbagai teknologi baru termasuk akses internet dalam kereta dan gadget-gadget setanding kereta eropah, model baru Proton tu nanti mesti jadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Tapi hari ni, gua terjumpa dengan satu lagi model Proton yang dinamakan Evolusi G. Design kereta tu memang superb.., setanding dengan Lamborghini beb..

Walaupun model ni hanyalah sekadar 'concept car', ia tak mustahil akan jadi kenyataan satu hari nanti.

Kalau di India dorang dah mampu hasilkan 'supercar' dorang sendiri, takkan Malaysia tak mampu hasilkan kereta macam tu melalui Proton?

Cuba korang bayangkan, rakyat Malaysia satu hari nanti naik kereta buatan sendiri yang setaraf designnya dengan Lamborghini.. Pergghh.., mantop beb!

Lepas ni kalau nak tackle awek.., just naik Proton je.. Biar kereta yang berbicara... Hahahahaha....



Israel puji Anwar dalam Jerussalem Post.. KANTOII...


Sepanjang pengetahuan gua, majalah Jerussalem Post milik Israel tu tak pernah puji pemimpin dari asia terutama pemimpin-pemimpin Islam.

Tapi dah beberapa kali dorang tu puji Anwar Ibrahim dalam artikel dan juga penulisan dalam majalah tu. Ini membuktikan bahawa, Anwar Ibrahim dan juga Israel memang ada 'hubungan sulit'.

Buat apa yahudi-yahudi di Jerussalem Post tu nak peduli pasal Anwar kalau Anwar tak ada hubungan apa-apa dengan dorang? (BACA SINI..)

So, tak heranlah kalau Anwar selama ni memang selalu menyokong Israel sama ada melalui pertemuan didalam mesyuarat luar negara, ataupun melalui kenyataan-kenyataan akhbar.

Yang paling baru, Anwar sokong Israel didalam Wall Street Journal. Buat apa Anwar beria-ia tunjukkan sokongan pada regim zionis tu kalau dia tak mempunyai kepentingan?

Dan sebagai seorang Islam, takkan Anwar dah lupa tentang kezaliman Israel pada rakyat Palestin yang seagama dengan dirinya?

Jadi, memang patutlah Israel 'sayang' sangat pada Anwar. Bagi dorang, Anwar tu merupakan kaldai yang baik untuk dorang suruh buat kerja-kerja kotor di Asia Tenggara.

PANASS!!! Heroin filem melayu berlakon filem porno?


Mak aihhh..., dah tak ada ke filem atau drama dalam negara ni sampaikan pelakon wanita sorang ni sanggup beraksi dalam video porno?

Gossip tentang hal ni sedang panas diperkatakan dalam blog-blog hiburan. Kononnya, heroin sebuah filem melayu tu berlakon dalam video separa lucah.

Gua pun tak kenal sapa heroin pompuan tu. Itu bermakna, dia tak femes walaupun pernah berlakon filem. Dan filem dia pun gua tak pernah tengok..( Gua cuma tengok filem Maya Karin je beb..)

Tajuk filem yang dimaksudkan tu adalah Karipap-karipap cinta.. Bunyi tajuk pun dah macam gampang.., cerita mesti tak best punyalahh.. Patutlah tak dapat sambutan.

Tapi kalau betul ada aksi dia berlakon video separa lucah, gua pun teringin nak tengok jugak.. Bukannya apa.., cuma nak mengesahkan saja.. Tak lain dari tu.. Hehehe..

Dan gua harap, Johan Asa'ri boleh tolong dakwahkan heroin tu kalau betul dia terkhilaf.. Cuma.., jangan pulak berdakwah atas riba sambil peluk-peluk pulak..

Lain jadinya nanti tu beb... Hahahahaha...

Tun Mahathir dedahkan taktik Anwar dan Yahudi..


Dakwaan kononnya Malaysia juga mempunyai hubungan dengan Israel adalah satu taktik yang dilihat cuba menyelamatkan imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tidak mustahil dakwaan itu dikeluarkan oleh Israel sendiri sebagai sokongan kepada Anwar yang kini dikecam banyak pihak ekoran kenyataan beliau menyokong rejim Zionis itu baru-baru ini.

''Saya melihat pendedahan statistik mengenai perniagaan antara Malaysia dan Israel itu adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menyokong Anwar. Malah, tidak mustahil ia dilakukan oleh rakan-rakan Anwar di negara itu sendiri kerana beliau sememangnya 'kawan baik' Israel.

''Tetapi pada hakikatnya, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel," kata beliau kepada pemberita selepas sesi bertemu dengan pelajar dan kakitangan Universiti Perdana di Serdang.

Dr. Mahathir berkata demikian sebagai reaksi kepada desakan pelbagai pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat yang meminta Anwar membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang mengeluarkan kenyataan beliau itu.

Bagaimanapun beberapa blog propembangkang yang dilihat cuba menyelamatkan imej Anwar mendakwa, terdapat bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Menurut Dr. Mahathir, kenyataan Anwar yang menyokong Israel itu menunjukkan bahawa beliau adalah individu yang tidak boleh dipercayai.

Tambah beliau, Anwar juga merupakan individu yang boleh menjelma menjadi pelbagai 'jenis' manusia serta tiada pegangan tetap mengenai apa sahaja.

''Kalau dengan orang Cina, dia (Anwar) jadi orang Cina, kalau dengan orang Melayu, dia jadi orang Melayu, kalau dengan orang Islam, dia jadi ulama.

"Bila dengan Israel, dia menyokong Israel," katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Malaysia menghentikan penghantaran minyak masak ke Iran tetapi tidak ke Israel, Dr. Mahathir berkata, perkara itu perlu disahkan kebenarannya oleh kerajaan.

Begitupun kata beliau, apa yang perlu difahami ketika ini juga adalah hakikat bahawa kerajaan menerima tekanan yang cukup kuat daripada kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa perkara.

"Jika kita tidak ikut, banyak halangan dan ugutan yang akan dikenakan seperti menghalang bank-bank negara itu menjalankan perniagaan di sini.

"Kita sebenarnya tidak bebas walaupun kita sudah merdeka," katanya.

Pok Nik suruh Anwar buat kenyataan terbuka.. Isu Israel dan isu sembah api..


Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Beliau yang dipetik Utusan Malaysia berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

"Kalau dia (Anwar) hendak berjumpa (saya) tidak ada apa, kami cukup sokong orang yang duduk atas kebenaran, tidak merasa gerun.

"Cuma sebab dia buat kenyataan terbuka, saya hendak jawab secara sulit tidak betul, isu terbuka, jawab juga mesti terbuka supaya orang ramai dapat tahu," kata menteri besar Kelantan itu dipetik akhbar milik Umno itu lagi.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian yang memetik sumber dalaman PKR berkata, Anwar dijadualkan bertemu Nik Aziz dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu berkenaan.

Akhbar itu melaporkan perjumpaan kedua-dua pemimpin berkenaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

“Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz).

“Perbincangan yang mendalam akan diadakan bersama Tok Guru bagi menjelaskan isu ini,” petik sumber itu kepada Sinar.

Berlian keluar dari pusat gadis.. Manyak untung wooo.


Kalau sebelum ni kita pernah dengar ada cerita pasal gadis yang mampu keluarkan kaca dari matanya di Malaysia, sekarang ni di Indonesia lagi hebat beb..

Seorang gadis dari Jawa Timur, Siti Erniawati yang berumur 20 tahun didakwa mampu mengeluarkan batu berlian dari pusatnya sendiri.

Kejadian aneh tu telah menjadi buah mulut penduduk tempatan dan kini telah tersebar luas dinegara tersebut.

Batu-batu kecil seakan berlian tu keluar dari pusat gadis tersebut dengan pelbagai bentuk serta saiz. Keluarga gadis terbabit mendakwa batu jernih itu adalah berlian tulen yang mampu mencecah harga puluhan juta rupiah.

Ketika ditemubual wartawan tempatan, Erni menceritakan bahawa batu tersebut akan keluar tiga kali sehari dan sehingga kini, sudah 26 butir batu tersebut dikumpulnya.



p/s: Kaya lah family budak tu kalau betul batu yang keluar dari pusatnya adalah berlian.. Tapi, gua nampak macam batu biasa je.. Saja nak cari populariti murahan kot?

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online