BREAKING NEWS

Dewa AnuwaNuraGay turun di Kinta Valley, Batu Gajah Perak.. Ammakk!!!


Gempar beb.. Hari ni semua blog pro kerajaan main gambar Dewa AnuwanuraGay yang turun di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak.

Gua pun tak sangka peristiwa 'ajaib' macam tu boleh berlaku di negara ni.. Gila lahh.., 'seorang Dewa' boleh turun dari 'kayangan' sempena Perayaan Ponggal beb..


Mahsyurlah nama Malaysia nanti sehingga ke negara India. Kat sana mana pernah jadi macam ni.. Benda-benda ajaib macam ni hanya jadi di Malaysia.. Malaysia Boleh!!!

Gua tengok, dengan tersebarnya gambar Dewa AnuwanuraGay oleh blog RBF, semua penyokong Pakatan dah macam ayam kena penyakit hawar..


Telor blogger-blogger dorang semuanya dah sentap masuk ke perut akibat terlampau terkejut.. Cuma blogger Amenoworld saja meroyan macam orang mati anak..

Nak kata apa lagi beb.., nak kata tipu, kejadian dewa turun tu benar berlaku. Nak kata superimposed.., gambar Dewa AnuwanuraGay pakai nandek tu memang disahkan tulen.


Siap ada video Dewa tu berjoget sambil bernyanyi lagi beb.. Mana blogger Pakatan Najis nak sorokkan muka dorangg... malu bebb..

So.., kita tunggu puak apa kata pemimpin-pemimpin PAS pasal isu Dewa AnuwanuraGay ni.. Hari tu bukan main dorang bantai Najib tak ingat dunia..


Dan kita tunggu jugak ulasan Tok Mufti.. Kalau Najib setakat pakai kalung bunga dan berada diluar kuil, Dewa AnuwanuraGaytu siap sembah api dan diarak seratus meter naik kereta lembu..

Kalau Najib dikatakan gadai akidah, yang mangkuk satu tu gadai apa pulak? Sila jawab Tok Mufti... Kita layan video duluuu... Yennasolleyy.. Padiyapaaaa.. Ammakkk..!!!

Artis melayu berdakwah atas riba perempuan.. WTF!


Gua terbaca komen sorang artis lelaki dalam Mstar pasal usaha dia berdakwah melalui lakonan. Bagi gua, berdakwah tu memang bagus, cuma yang tak bagusnya, apa kejadahnya berdakwah sambil peluk dan tidur atas riba pompuan?

Kalau nak bagi kenyataan selamatkan diri sekalipun, takkan lah berdakwah dijadikan sebagai alasan untuk halalkan benda yang tak halal? Lu belajar dari sapa ni beb? Dari Nik Aziz ke?

Pelakon Johan Arrif As'ari, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz di negara seberang.

Johan berkata, berdakwah tidak semestinya memerlukan dia memakai jubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.

"Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini," tegasnya.


Gua cuba nak bersangka baik dengan statement dari Johan ni, dan gua dah cuba sehabis mungkin untuk berprasangka positif.. Tapi gua gagal beb..

Gua tak nampak dimana rasionalnya lu nak campurkan 'usaha dakwah' dan berpeluk serta tidur atas riba pompuan tu sebagai satu kaedah yang berkesan. Nak melingkup lagi ada laaa..

Tambah Johan, sebagai seorang pelakon juga, dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yang leka dengan gejala-gejala sosial.

"Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri.

"Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan," katanya lagi
.

So.., kalau dah ada niat suci nak berdakwah pada generasi muda tu, jangan pulak pilih cara yang salah. Gua takut nanti habis semua peminat Johan ni 'beramal' sambil berpeluk dan tidur atas riba pompuan..

Try belajar dari Ustaz Don Daniyal.. Tak pun.., ikut je Azhar Idrus.. Jangan ikut Mat Sabu dah laaa... Nanti bukan setakat tidur atas riba.., dalam kain pun dicerobohnya nanti..

Maklumlahhhh..., komunis. Hahahahaha....

Ahli Lembaga Disiplin Umno ditangkap khalwat? Biar betul beb...


Ada satu cerita yang sedang panas dimainkan oleh puak-puak Pakatan mengatakan, seorang ahli lembaga disiplin Umno telah ditangkap khalwat baru-baru ni..

Betul atau tak, hanya puak-puak PAS yang tukang sebar cerita ni saja yang tau. Kononnya, ahli Umno tu bergelar Dato'.., tapi tak tahulah Dato yang mana satu.

Biasanya, puak-puak khawarijj PAS tu memang pandai merekacipta fitnah. Jadi kita tunggu je lah samaada dorang berani tak dedahkan cerita ni.., itu pun kalau betul lah..

Kalau tak betul.., apa kata Umno saman je dorang tu semua. Biar mencirit dorang lari tak ingat dunia.. Hahahaha...


Memang gempar! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat? dengan lelaki cina lak tu!

menurut sumber yg amat boleh dipercayai, ahli lembaga yg bergelar Dato' ni (aku rahsiakan namanya dulu atas sebab2 kemaslahatan) telah ditangkap khalwat pada 13 januari 2012 yg lalu di unit tingkat 4 kondominium Kojaya Ampang, jalan kolam air jam 3.18 pagi.

ketika diserbu, dato' tersebut menyatakan bahawa pasangannya, yg juga merupakan sorg lelaki berbangsa cina, merupakan sorg convert muslim (muallaf) dan mereka telah bernikah tetapi gagal menunjukkan bukti pernikahan mereka.

difahamkan, dato' tersebut telah dipanggil oleh JAIS untuk sebutan kesnya pada 22 januari lalu tetapi dato' tersebut tidak menghadirkan diri. oleh itu, mahkamah syariah kajang telah menetapkan tarikh sebutan baru kes khalwat itu pada 23 februari ini.

spekulasi bertiup bahawa ketidakhadiran dato' tersebut pada panggilan sebutan pertama 22 januari lalu adalah kerana dia mungkin sedang berusaha untuk mendapatkan sijil pernikahan dari thailand untuk mengaburi keadaan ketika sebutan kesnya nanti. - Sumber

TERKINI! Azmin tuduh Wall Street Journal ditaja oleh UMNO/BN.. [video]


Bila Nik Aziz alaihissalam desak Anwar tarik balik statement sokong Israel atau saman WSJ, ramai puak-puak pencacai Anwar sudah naik angin.

Gua dari semalam lagi tunggu kenyataan dari penjilat tegar Anwar iaitu Azmin Ali. Dan akhirnya, hari ni keluar jugak komen dari dia untuk defend Anwar.

Masa jawab soalan dari wartawan, Azmin kata Anwar akan jumpa Nik Aziz selepas balik dari THAILAND. Wohaaa!! Anwar buat apa di THAILAND tu? Cari doll-doll lagi ke?

Then, Azmin kata sokongan Anwar terhadap Israel tu bukan lah satu isu besar. Semuanya adalah fitnah jahat yang DITAJA oleh UMNO/BN.

Walawehh..., pusing-pusing kot mana pun, Umno/BN jugak yang salah. Kira dahsyatlah juga Najib tu ye sebab boleh taja Wall Street Journal..

Kalau macam tu hebat Najib punya pengaruh, confirm PRU13 ni BN akan menang besar dan Pakatan akan bungkus beb..

So.., lepas ni Pakatan jangan mimpilah nak sambung menjajah Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor. Gua yakin Najib dan BN akan sapu bersih semua masa PRU.

Kalau WSJ pun Najib boleh taja.., apa sangatlah nak menang pilihanraya beb.. Bukan gua kata, Azmin yang kata... Hahahahaha..

Sam Ketot maki hamun bekas Perdana Menteri..


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai bersikap lidah bercabang didalam isu Israel yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika mengulas dakwaan berkenaan perkara tersebut, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Samsul Iskandar Md Akin menegaskan bahawa Mahathir terdesak untuk memastikan BN berkuasa apabila mendakwa Israel berminat untuk menukar kerajaan Malaysia melalui Pakatan Rakyat.

“Ini hujah hipokrit Mahathir, sesebuah negara yang bertukar pentadbirannya tidak semestinya akan mengikut telunjuk Amerika atau Israel.

“Tiada kaitan dengan permintaan mana-mana negara jika pentadbiran bertukar kerana ia berlaku daripada kebangkitan rakyatnya,” katanya yang mengaitkan kenyataan Mahathir itu sebagai usaha untuk memastikan BN terus kekal berkuasa.

Samsul Iskandar juga memberitahu bahawa sikap Mahathir yang seperti talam dua muka didalam isu hubungan kerajaan Malaysia dengan Israel jelas membuktikan bekas Perdana Menteri itu tak lagi relevan didalam membicarakan soal politik negara.

“Beliau adalah ahli politik lidah bercabang, langsung tidak berintegriti, Apakah beliau lupa semasa menggunakan khidmat Israel untuk mendekati Amerika?

“Mahathir kini sudah tiada pendirian yang tetap berhubung isu Israel,” ujarnya seperti yang dilaporkan didalam media rasmi Keadilan. - UtaraNews


p/s: Anak sapalah yang kurang ajar sangat nih? Kalau Sam ketot tu nak bodek Anwar sekalipun, tak payahlah meroyan kutuk Mahathir sampai macam tu..

Kalau tak kerana Mahathir, Malaysia tak akan makmur macam sekarang.. Kalau tak kerana kebijaksanaan negarawan tersohor tu, rakyat Malaysia tak boleh hidup senang lenang..

So.., Samsul Iskandar ni dah buktikan bahawa pemimpin PKR memang biadap serta tak tahu mengenang budi. Macam ni nak jadi pemimpin ke? Boleh blah laaa...



p/s2: Ada makhluk yang perasan best dan tak suka gua main cerita artis, gossip dan isu semasa dalam blog MPP ni, siap komen perli dan bagi gua saham neraka lagi.. Baii.., lu tak suka jangan baca laa.. Lu jangan tunjuk HIPOKRIT sangat! Macam lah selama ni komen lu bagus sangat maki hamun orang. Lagipun, lu ada ke bayar upah gua untuk menulis? FREE beb kerja ni!! Terima kasih pun tak pernah.., ada hati nak kutuk gua! Lu sapa nak ajar gua? Boleh jalan lahhh!! Lu tak tahu apa yang gua tahu beb!!!

Klip video lucah mirip Manohara kembali panas..


Klip video lucah wanita mirip model terkenal, Manohara Odelia Pinot kembali panas dan menjadi rebutan di Indonesia menerusi telefon bimbit, lapor sebuah portal hiburan disana.

Manohara yang merupakan bekas isteri Tengku Temenggong Kelantan, ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen lanjut.

Ketika diminta pendapatnya berhubung video selama 11 minit itu, Manohara berkata..,
“Mungkin itu kebetulan mirip saja,” kata model yang jadi bintang klip video dan drama itu.


Mungkin semua ini berpunca dari satu khabar angin yang mendakwa Manohara sudah berkahwin dengan seorang gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam secara rahsia.

Berita tersebut hangat diperkatakan selepas gambar mesra Manohara memakai blaus putih jarang yang menutupi badannya dan gabenor di atas sebuah bot tersebar luas di internet.

Walaubagaimanapun pengurus kepada model berusia 18 tahun itu, Tintin tampil menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa walaupun rapat.

Nik Nazmi nak hadiahkan cermin kepada Najib.


Jika sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut apabila pembangkang membangkitkan isu hubungan Malaysia- Israel menerusi khidmat Apco Worldwide, kini beliau cuba berlagak hero menyatakan pendiriannya yang anti Israel.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib seolah lupa bahawa kerajaan pernah membayar RM77 setahun bagi mengguna pakai khidmat firma Israel tersebut.

Kerajaan juga katanya, mengupah FBC Media sebanyak 19.6 juta euro (RM84 juta) untuk memperbaiki imej Najib di peringkat antarabangsa.

“Isunya di sini, Najib perlu cermin diri dulu sebelum mengeluarkan kenyataan, beliau perlu sedar apa yang dicakapnya.

“Ini adalah satu sikap Najib yang memangnya hipokrit terutamanya ketika mahu ‘membersihkan’ dririnya daripada dakwaan mempunyai hubungan dengan Israel,” katanya kepada Keadilandaily.


p/s: Nik Nazmi ni nak suruh Najib cerminkan diri? Patutnya dia suruh Anwar buat benda yang sama dulu.. Hahahaha..

Perdana Menteri Palestin kecam Anwar..


Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan sokongannya untuk mempertahankan Negara Israel seperti dilaporkan Wall Street Journal (WSJ).

Kekecewaan rakyat Palestin itu disampaikan oleh Ismail Haniyeh kepada Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia, Nasharuddin Mat Isa, di Kuwait baru-baru ini.

Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok daripada PAS, seperti dilaporkan Bernama berkata Ismail dan rakyat Palestin keliru dan bimbang setelah Anwar membuat kenyataan kepada WSJ bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Ismail Haniyeh adalah pemimpin utama kumpulan Hamas di Palestin.

Selepas Hamas berjaya merampas Gaza daripada Fatah pada 14 Jun 2007, beliau telah dipecat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (pro Amerika Syarikat), walaupun dari segi hakikat Presiden Palestin itu tiada mempunyai kuasa untuk memecat atau membubarkan kabinet Ismail Haniyeh.

Oleh kerana itu Ismail Haniyeh menolak pembubaran dan pemecatan itu kerana tidak termaktub dalam perlembagaan Palestin.

Haniyeh dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16 Februari 2006 selepas Hamas menang dalam Pilihan Raya Legislatif Palestin 25 Januari 2006 dan beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 29 Mac 2006.

Namun, sekali lagi, Haniyeh terpaksa meletak jawatan pada 15 Februari 2007 kerana pembentukan kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah.

Akhirnya, beliau sekali lagi dipilih dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Palestin pada 18 Mac 2007.

Dari kaca mata Israel, Ismail Haniyeh dianggap sebagai tokoh yang berbahaya kerana tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan enggan mematuhi syarat Israel supaya meletakkan senjata.

Oleh itu Israel melakukan sekatan ekonomi dengan tidak menyerahkan lebih USD600 juta wang cukai milik sah warga Palestin di Gaza.

Kisah Mustafa Kamal Ataturk... Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara.


Mustafa Kamal Atatürk (1881-10 November 1938) adalah pengasas Republik Turki Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.

Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.

Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik.

Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau.

Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.

Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

Video Oral Seks Shakira bakal disebarkan..


Siapa yang tak kenal dengan penyanyi latin yang cukup mahsyur dengan lagu 'Hips Dont Lie' dan juga 'Waka Waka Africa' ini..

Shakira merupakan penyanyi seksi yang mampu membuatkan sesiapa saja terpukau dengan nyanyiannya. Berasal dari Colombia, Shakira kini terkenal di seluruh dunia dengan imej irama latin.

Disebalik popularitinya, penyanyi yang kini berpasangan dengan pemain bolasepak Kelab Barcelona iaitu Gerard Pique itu sedang dilanda masalah.


Shakira kini diugut dengan satu rakaman video Oral Seks bersama Gerard. Individu yang membuat ugutan tersebut tak lain ialah pengawal peribadinya sendiri.

Seperti yang dilaporkan didalam laman caughtoffside.com, video tersebut bakal tersebar jika Shakira tidak menyerahkan sejumlah wang kepada pengugutnya.


p/s: Susah jugak jadi popular ni yee.. Nasib baiklah gua ni tak popular, kalau tak.., nak masuk tandas pun mesti susah..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online