BREAKING NEWS

Mayat bayi dalam baldi di Kolej Kelantan.


Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Kampung Kandis, Telong, Bachok Kelantan hari ni.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira jam 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej terbabit.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi terbabit.


p/s: Sedih sungguh gua bila tengok mayat baby tu.. Nyawa dah jadi tak bernilai satu sen pun pada remaja-remaja hari ni.. Sedap-sedap buat 'projek'.., lepas tu selamba buang bayi merata-rata..

Anjing pun lagi bagus rasanya dari perangai puak-puak yang suka buang bayi tu !

Naib Presiden Umno desak PAS keluar Pakatan..


Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata adalah lebih baik PAS keluar daripada Pakatan Rakyat daripada meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal.

"Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang di Kampung Paya Jaras Hilir di Sungai Buluh.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya itu dan menyaman The Wall Street Journal sekiranya kenyataan itu telah diputar belit oleh media berkenaan.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata PAS perlu sedar rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang bukan hendak memperjuangkan agama Islam tetapi hanya memberi keutamaan kepada hal politik dan duniawi, katanya.

Beliau berkata isu penindasan Israel bukan hanya melibatkan orang Islam semata-mata tetapi juga penganut agama lain seperti Kristian, yang juga kehilangan tanah, harta benda dan orang yang mereka sayangi.

Mohd Shafie berkata Barisan Nasional konsisten dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel.

Penyokong BN kena TUMBUK di ceramah Anwar.


Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.

Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.


Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat.

SERAMM!!! Hantu muncul didalam bilik KARAOKE... [VIDEO]


Apa perasaan korang bila tengah syok-syok menyanyi, muncul pulak hantu secara tak dijangka dibelakang sofa? Confirm meroyan sakan kan..

Inilah yang berlaku pada mangsa yang malang ni.. Memang menyeramkan beb.. Cuba bayangkan.., dah la bilik tu gelap.., hantu pulak muncul.., dan pintu tiba-tiba tak boleh buka.. Mampus beb..

Kejadian ni berlaku di Indonesia.. Dan ia tak mustahil boleh berlaku di Malaysia.

So pada sesapa yang gila berkaraoke tu, harap berhati-hatilah yee.. Bacalah apa yang patut sebelum melangkah masuk ke bilik gelap tu..

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteriii... Jom layan videonya...

Latheefa Koya dan Surendran akan berdemo depan kedutaan Arab Saudi.


Sebelum ni kita dah tengok betapa marahnya wakil Pakatan dua ekor tu bila Kerajaan hantar balik penulis Arab yang hina Nabi..

Dua ekor monyet Pakatan tu kata tindakan Malaysia sangat kejam dan zalim serta tak mengiktiraf kebebasan bersuara..

Sekarang ni Arab Saudi pulak dah tangkap penulis celaka tu dan dia bakal dikenakan hukuman. Apakah Latheefa Koya dan N Surendran akan buat demonstrasi depan Kedutaan Arab Saudi sebagai tanda protes?

Puak-puak Pakatan taknak turun ke jalanraya untuk buat tunjuk perasaan ke? Ajak lah sekali budak-budak Mahasewel SMM tu untuk berbaring atas jalan nanti..

Gua yakin, kalau Latheefa 'upah' Ambiga jadi kepala tunjuk perasaan, confirm puak-puak PAS bertakbir sakan..

Riyadh - Wartawan Arab Saudi yang dikehendaki di negara itu atas komen menghina Nabi Muhammad ditahan selepas dihantar pulang dari Malaysia dan akan menghadapi dakwaan hina Islam, lapor media, semalam.

Hamza Kashgari “ditahan sebaik dia tiba di Riyadh malam kelmarin”, lapor akhbar berbahasa Inggeris Arab News. “Sumber berkata Hamza ditemani oleh pihak berkuasa Saudi dalam penerbangannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaled di Riyadh,” lapor akhbar itu.

Dia akan “menghadapi dakwaan hina Islam”. Hamza, 23, ditahan di Malaysia minggu lalu selepas melarikan diri dari Arab Saudi ekoran bimbang nyawanya terancam selepas mesej di Twitter mengenai Nabi Muhammad yang ditulisnya mencetuskan kemarahan ramai. - AFP

18SX: Gadis berbogel LIVE untuk promosi sabun mandi..


Sebuah perusahaan kosmetik di negara China telah mengadakan promosi produk terbaru dorang dengan kaedah yang amat mengejutkan.

Syarikat yang mengeluarkan produk sabun mandian berbentuk spray tersebut telah mengupah tiga wanita muda untuk tampil bertelanjang bulat dikhalayak ramai untuk mempromosikan sabun tersebut.

Dengan hanya lilitan tuala di kepala, tiga wanita muda berkenaan tanpa rasa malu mempertontonkan tubuh bogel dorang yang diselaputi buih mandian.

Lebih ganas lagi, wanita-wanita muda tersebut menjemput penonton lelaki membantu melumurkan sabun mandian ditubuh mungil mereka.

So.., kat negara ni, tak ada ke syarikat sabun nak tiru promosi macam ni? Gua cadangkan, mungkin boleh ambik Eli Wong untuk jadi model mandian..

Dia kan dah biasa dengan aksi ekstrem macam tu... Model lelaki pulak, boleh ambik Bang Nuar.. Mesti laris giler produk tu nanti.... Hahahahaha...


Anwar hilang akal.. Ugut batalkan Pilihanraya Umum.


Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan pilihan raya Umum akan datang sekiranya masih gagal membersihkan daftar pemilih.

Katanya, daftar pemilih yang meragukan itu dibangkit sejak tahun lalu, namun SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara gagal menyelesaikan isu itu.

“Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.

“Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat Keadilan (KEADILAN), selepas mesyuarat Pakatan Rakyat, kelmarin.

Menurutnya, di Selangor umpamanya, berlaku peningkatan jumlah pengundi di beberapa kawasan parlimen seperti Subang sebanyak 35 peratus daripada 84,000 pengundi kepada 114,000 pengundi.

Di Kota Raja pula katanya, berlaku kenaikan sebanyak 29.5 peratus sementara di Puchong pula berlaku kenaikan 25 peratus pertambahan pengundi.

Beliau juga membangkitkan isu pemindahan pengundi di Wilayah Persekutuan apabila seramai 600 pengundi dikesan dipindahkan alamat mereka.



p/s: Confirm Anwar tu takut nak hadapi kekalahan Pakatan pada PRU13. Pasal tu lah dia buat alasan yang bukan-bukan. Anwar nak rakyat percaya bahawa sistem pilihanraya negara ni tak adil jika dorang kalah nanti..

Anwar akan pujuk Nik Aziz supaya terima Israel..


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan namanya.

”Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau,” katanya.

Selain itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi kenyataannya menegaskan, keselamatan Isreal bukan menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh umat Islam.

“Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.

“Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini,” katanya.

Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama WSJ memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, adalah haram bagi umat Islam menerima kewujudan negara Israel dan menegaskan bahawa PAS menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel.

“Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

“Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

“Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya,” katanya.


p/s: Alahhh..., ni semua wayang Nik Aziz sebab takut hilang sokongan dalam PAS.. Dulu Pok Nik kata Syaiton pun boleh dijadikan kawan.., so apalah sangat dengan Israel tuu..

18SG : Suami curang kena cangkul kepala...


Seorang isteri yang berang apabila mengetahui suaminya curang, telah bertindak nekad apabila 'mencangkul' kepala lelaki tersebut.

Kejadian yang berlaku di Bogota Colombia itu telah mengejutkan penduduk di kawasan berkenaan.

Maria Savez yang mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan pembantu dirumahnnya, bertindak sedemikian setelah terserempak kedua-dua mereka melakukan intim didalam bilik.


Maria yang didalam keadaan marah, telah berlari mengambil sebatang cangkul dan menyerang suaminya hingga menyebabkan cangkul tersebut terbenam di kepala lelaki itu.

Lelaki malang terbabit dikejarkan ke Hospital dan segera dibedah bagi mengeluarkan cangkul berkenaan.

Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam sebelum suami Maria kembali stabil.


p/s: Ni semua berpunca dari kegagalan menahan rasa marah. Sepatutnya, Maria Savez belajar cara mengawal rasa marah dari Wan Azizah.

Cuba tengok Kak Wan.., Anwar curang pun dia still boleh senyum dan relaks macam tak ada apa-apa yang jadi.. Hebat betul !!

Bukan saja Anwar 'digossipkan' curang dengan pompuan, tapi dengan lelaki pun Anwar bedal.. Bukan calang-calang isteri yang sanggup terima tu beb..

Tiz Zaqyah tayang bibir seksi.. Wohaa.


Nampaknya Kilafairy sudah ada pesaing dalam kategori bibir seksi iaitu Tiz Zaqyah dan Izara Aisyah.

Tiz Zaqyah dah tentu semua orang kenal dan Izara tu pulak adalah pelakon drama Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3.

Gambar bibir seksi ni telah ditampilkan sendiri di Facebook Tiz Zaqyah. Dan dalam gambar ni dorang berposing menjuihkan bibir seperti yang selalu di buat oleh Kilafairy.

Dah jadi macam Angelina Jolie lah pulak. Selama ni gua ingatkan anak pompuan Rohana Jalil je yang 'mahsyur' buat pose macam tu, rupanya Tiz dan Izara pun tak kurang meletupnya.

Tapi kalau nak dibandingkan, gua pilih Tiz Zaqyah.. Memang seksi habis bila dia buat mulut muncung macam tu.. Korang jangan jeles aaa...


Yang kat bawah ni pulak tak ada kena mengena dengan Tiz Zaqyah berbibir seksi.. Walaupun moncongnya agak sama.., tapi jaaaaauhhh berbeza beb..

Nak kata seksi tu taklahh.., tapi kalau tanya makcik Zuraidah, mungkin dia kata bibir Nuar tu seksi kot.. Hahahahaha..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online