BREAKING NEWS

Gadis melayu hina azan.. Anak sapalah nii..?


Gua terjumpa dalam Fesbuk, satu printscreen Twitter seorang pompuan yang memakai nama "melayu" tetapi secara terang-terangan menghina lauangan Azan.

Apakah yang dapat korang rasakan bila tengok perangai anak melayu kita di zaman sekarang? Dan apa pula yang korang fikir?

Gua selalu cakap, jadi melayu tu tidak semestinya menjadi Islam. Contoh terbaik kat atas tu laa.. Nama je melayu, tapi jahil tentang laungan seruan solat sendiri..

Jangan salahkan kerajaan dalam hal ni.. Dan jauh sekali untuk salahkan pemimpin. Banyak faktor dan sebab yang boleh menjadikan orang Islam sebegini bebal.

Kadang-kadang pergaulan dengan kengkawan, kesibukan ibu bapa mengejar keselesaan hidup sehingga kurang perhatian kepada anak-anak juga turut menjadi punca.

Apa perasaan korang jika ada ahli keluarga korang yang jadi begitu?. Apakah dorang tu masih mampu memberi manafaat bila ibu bapa dorang tak ada kelak?..

Fikir-fikirkan lah..

Kelantan akan bina Highway tanpa TOL... Tahniah Husam!!


Gua dengar, Husam Jamnapari dah buka kertas tawaran untuk membina Highway di Kelantan tanpa bantuan dari kerajaan pusat..

Dan untuk membuatkan highway di Kelantan tu unik, katanya ia akan dibina tanpa TOL langsung. Agaknya dorang nak membuktikan PAS Kelantan berkebajikan pada rakyat kot..?

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 hingga RM1.8 billion.

Dalam kenyataan media semalam bersama anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari 2012.

Yang gua terkilan sikit disini ialah, Husam seolah-olah nak salahkan kerajaan pusat pasal tak buat Highway di Kelantan walaupun ia dah diluluskan dalam RMK 9 dulu..

“Kita terpaksa merancang sendiri pembinaan jalan raya ini berikutan kegagalan Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawabnya hingga ke hari ini walaupun ianya telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.

Sambungnya, kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah.

Untuk pengetahuan korang, Kerajaan pusat memang nak buat highway kat negeri tu dulu.., tapi perkara tu dibantah oleh Nik Aziz dan ditetapkan syarat supaya buat highway yang tak ada TOL saja..

Sebab tu lah projek highway di Kelantan terbantut.. Pasal Nik Aziz lah yang sampai sekarang rakyat Kelantan tak merasa nak tengok highway di negeri dorang..

Jadi sekarang ni, gua harap Husam dapat buat satu kejutan.., highway pertama dalam DUNIA yang tak dikenakan sebarang TOL.. Hanya di Kelantan.

Kelate Buleh sokmo!!! Hahahaha...

Gambar artis cun kantoi minum arak?


Pelakon baru, Ika Nabila berkata dakwaan bahawa dia seorang peminum arak seperti dalam foto yang tersebar di internet merupakan satu fitnah semata-mata.

Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling.

Ika yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto berkenaan.

"Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.

"Dan air itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke.

"Saya percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya," jelasnya yang dihubungi mStar Online.

Dalam foto tersebut, Ika bersama rakan-rakannya termasuk Mimi Haris menghadiri sebuah parti sambil memegang gelas yang didakwa alkohol.

Tambah Ika, dia tahu walaupun telah memberikan penjelasan, masih ada orang yang akan percaya perkara yang tidak dilakukannya itu.

"Terpulanglah apa orang nak kata, yang penting saya telah membuat penjelasan dan tahu batas-batas sebagai seorang artis yang perlu dijaga.

"Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.

"Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita," tuturnya.


p/s: Kalau tak minum benda haram tu baguslahh.. Bukannya untung apapun minum arak tu.., dapat dosa lagi ada laa... Kan banyak lagi minuman lain yang ada dalam Malaysia ni.., minumlah sampai pecah perut...

PKR/Pakatan sokong Penulis Arab Saudi hina Islam dan Rasulullah.


Naib Presiden PKR N. Surendran mengecam tindakan Putrajaya menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari yang akan berdepan hukuman berat selepas didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Mohammad Najeeb, atau Hamza Kashgari, yang melarikan diri dari Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu sebelum ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Hamza mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan satu kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahan rakyat negara itu.

“Hari ini Hamza Kashgari telah dihantar pulang ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia di mana dia bakal berdepan hukuman mati. Kami mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kerana menghantarnya pulang untuk berdepan hukuman mati berdasarkan komen di Twitter.

“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang Malaysia,” kata Surendran dalam satu kenyataan.

Beliau menambah Mahkamah Tinggi juga telah mengeluarkan perintah sementara untuk menyekat penghantaran pulang Hamza yang berusia 23 tahun.

“Perintah itu bermakna hakim Mahkamah Tinggi telah menemui asas aduan Hamza tentang penahanan tidak sah oleh pihak berkuasa Malaysia dan penghantaran pulang juga menyalahi undang-undang. Apa alasan kerajaan untuk menghantar pulang Hamza?

“Tiada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Arab Saudi dan kesalahan yang dilakukan Hamza bukan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman bunuh di Malaysia. Tindakan itu tidak mengikut lunas-lunas perundangan dan perlembagaan,” katanya.

Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.

Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad yang disukai dan tidak disukainya.

Media negara itu melaporkan susulan tulisan lelaki itu, sebanyak 30,000 entri Twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.


p/s: Lepas ni, kalau ada lagi melayu-melayu yang sokong PKR atau Pakatan..., bermakna dia sokong hina Islam dan Rasul.

Ketua Pemuda UMNO Penang mengaku akan undi DAP.


Panas ni beb.. Kenapa pulak Ketua Pemuda UMNO Penang, Shaikh Husin nak bagi undi pada DAP pada PRU13 nanti?

Gua tak tipu beb.., Shaik Husin tu buat pengakuan secara terbuka di Speakers Corner Padang Kota Lama kelmarin.

Takkan mamak tu dah merajuk pada kepimpinan Umno negeri? Apakah Shaikh Husin merajuk sebab namanya tak dicalonkan sebagai winnable candidate di kawasan Bagan?

Nak tahu jawapanya, korang tengok video kat bawah ni sampai habis ye..

Kelucahan melampau di Kelantan.. Tubik masukk...


Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut, dikatakan telah merosakkan dikir barat Kelantan.

Selain tu, Wani juga digelar sebagai artis murahan kerana menyanyikan lagu berbentuk lucah.

” Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, ” kata Wani atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 21 yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya. ” Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini.

Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop."

”Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya.


PAS memang Parti Ajaran Sesat... Syabas MB Terengganu!!!


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan tunduk kepada desakan Pas yang memberi tempoh tiga hari agar beliau menarik balik kenyataannya mendakwa parti itu sebagai ‘parti ajaran sesat’.

Malah, Ahmad bersedia disaman oleh Pas berhubung dakwaan itu sambil menyerahkan kepada parti berkenaan untuk memilih sama ada kes itu dibawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Beliau tidak sesekali gentar dengan desakan parti tersebut kerana yakin dakwaan terhadap Pas itu mempunyai kebenaran berdasarkan banyak bukti kukuh.

“Ikut pandai dia lah (terserah pada Pas), saya tunggu (bila Pas akan saman). Saya tak akan tarik balik.

“Terserah pada dia sama ada nak bawa kes ini ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Nak saman, saman lah. Tapi dia kata kita (BN dan UMNO) macam-macam tak apa. Dia kata kita kafir tak apa,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di daerah ini hari ini.

Ahmad diminta mengulas mengenai pendiriannya berhubung desakan Pas agar beliau menarik balik kenyataannya selepas melabelkan Pas ‘parti ajaran sesat’.

Minggu lalu, Pas memberi tempoh tiga hari kepada Ahmad agar menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan ‘parti ajaran sesat’.

Amaran itu dinyatakan Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik bahawa sekiranya dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataannya, parti itu akan mengambil tindakan terhadapnya.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa Pas terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti jelas dan nyata, kata beliau, adalah ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah Pas berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub,” tegasnya.


p/s: Gua respek betul dengan MB Ahmad Said.. MB Terengganu ni memang berani bila kata secara terbuka bahawa PAS parti ajaran sesat.. Tak ada playsafe beb..

Sepatutnya dah lama pemimpin-pemimpin utama kerajaan hentam PAS macam tu.. PAS memang dah lama 'sesatkan' rakyat dengan dakyah songsang dorang..

So.., gua sokong tindakan MB Ahmad Said.. Bravo MB!!!

[VIDEO] 43 helai sejadah berdiri di Pahang..


Sebanyak 43 sejadah didapati berdiri di Maahad Tarbiyah Darul Islam di Maran Pahang baru-baru ni..

Kejadian disedari oleh beberapa pelajar di Maahad berkenaan sebelum kejadian tersebut dilaporkan kepada guru Maahad.

Sejumlah sejadah yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan secara misteri berada didalam keadaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.

Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian tanpa sebarang gangguan.

Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak awal pagi bagi melihat sendiri fenomena yang berlaku.

Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online