BREAKING NEWS

Anwar jumpa pemimpin Hamas untuk cuci dosa..


Pertemuan Anwar dengan pemimpin Hamas dan al-Qaradawi dkatakan mampu menolak kesan negatif terhadap kenyataannya berhubung Israel yang panas dalam negara.

Anwar mempunyai hubungan baik dengan al-Qaradawi, ilmuan Islam yang memberikan imej positif kepada pemimpin pembangkang itu, terutama ketika berdepan isu seperti dakwaan terlibat skandal.

Rasa kurang senang turut tercetus dalam kalangan PAS, sekutu Anwar dalam gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat.

Anwar dilihat membuat kenyataan "menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel" dalam wawancara dengan akhbar perniagaan yang menjadi salah satu rujukan utama komuniti bisnes dan politik antarabangsa itu sebagai usaha menarik sokongan Barat menjelang pilihan raya umum.

Kecaman terhadap Anwar bermula serta-merta selepas wawancara itu diterbitkan oleh akhbar Wall Street Journal.

Khaled yang akan berundur daripada jawatannya dalam Hamas menandatangani perjanjian menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Fatah di Doha, Qatar yang meletakkan Mahmoud Abbas sebagai perdana menteri dan pada masa sama kekal sebagai presiden dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan.

Perjanjian dengan Fatah itu walau bagaimanapun tidak mendapat persetujuan sepenuhnya pemimpin Hamas berpangkalan di Gaza, Palestin, termasuk Ismail Haniyeh dan Mahmoud al-Zahar, yang mengkritik perjanjian itu dan pemilihan Abbas sebagai perdana menteri.

Patung di bumper kereta untuk halau roh HANTU..


Sudah tentu korang pernah lihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta. Sedar atau tidak sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta supaya roh kanak-kanak tu rasa tenang.


Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.

Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..


*sumber xlupa.com

Rakaman video ular raksasa..? Biar betul beb..


Kelibat ular raksasa yang dirakam sedang meluncur di perairan bersalji di Iceland minggu lepas kini menjadi bualan dan perdebatan hangat dikalangan penduduk setempat.

Rakaman tersebut telah di tonton ribuan orang melalui internet dan ia telah dikaitkan dengan seekor lagenda ular raksasa iaitu "Raksasa Loch Ness", yang telah diperkatakan selama tujuh abad di negara tersebut.

Adakah ia benar-benar raksasa? Atau salah satu lagi rekayasa? The truth is out there... =)

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online