BREAKING NEWS

Cara-cara hindarkan signal ASTRO hilang masa hujan..


Dari dulu sampai sekarang, masalah utama pengguna Astro ialah signal pemancar terputus ketika hujan.. Ini menjadi misteri bukan saja kepada pelanggan astro, tetapi kepada pihak astro sendiri untuk selesaikan masalah ni..

Semua perkara ni boleh mendatangkan marah.. Ye lah kann.., cuba korang bayangkan satu situasi ketika korang sedang asyik menonton perlawanan bolasepak diantara Man U dan jugak Liverpool, tetiba je hari hujan dan siaran tergendala.., rasa macam nak hempuk je kan decoder astro tu..

So.., mungkin ini satu solution untuk mencegah perkara ni dari terus berlaku. Cuba korang semua buat macam gambar dibawah ni kepada decoder korang..


Berkesan atau tak, itu korang kena tawakal lah.. Kalau tak jadi guna payung kecik tu, apa kata korang guna payung pasar malam.. Mungkin ok kot..?

Orang tua-tua kata, usaha tu tangga kejayaan.. Kan kann kannn... Hahahaha..


p/s: Gua tak ada astro kat rumah.. Kalau nak tengok game bola, gua lepak je kat kedai mamak.., lagi best layan... Huhuhuhu..

Sekor lagi parasit dalam PAS panas punggung dengan Hasan Ali...


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno."Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.



p/s: Makin ramai nampaknya PARASIT dalam PAS tonjolkan diri bila Hasan Ali tabur 'racun serangga' diseluruh negara.. Hari tu Khalid Samad.., sekarang ni Husam pulak..

Gua jangkakan, lepas ni mesti Nizar pula yang akan bersuara hentam Hasan Ali.. Tu pun besar punya PARASIT dalam PAS...

Review Proton terbaru oleh Tun Mahathir.. TERBAEK!!!


Gua dah buat review pasal model baru Proton yang dijangka keluar pada pertengahan tahun ni.. Memang model terbaru Proton ni ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. BACA SINI..

Model terbaru ni dikatakan akan jadi model yang bakal merubah persepsi kurang baik masyarakat negara terhadap kualiti kereta Proton..

Korang bayangkanlah.., punyalah hebat penangan model terbaru ni sampaikan Tun Mahathir sendiri pun buat satu artikel mengenainya..

Jom kita baca apa kata 'bapa Proton' ni tentang model baru tersebut...


----------------------------------------------------------------------------------------

1. I stopped using Proton cars after I stepped down. I wanted to enjoy the superior quality of the high-end European and Japanese cars.

2. Proton was known for its cheap cars. The assumption is that it can never produce cars of quality as represented by European, Japanese and even Korean cars.

3. The people at Proton are unhappy over this reputation. They feel it is wrong to think that they cannot produce high end cars. It is just that the company policy was to produce run-of-the-mill cars. The Malaysian public expect Malaysian cars to be cheap. Cheap cars just cannot have the quality and the features of the more costly imports.

4. Proton people want to show that given the support they can produce quality cars.

5. The other day I test drove their latest model on the test track at Shah Alam. I can verify and assure Proton customers and Malaysians generally that this new model can match any of the Japanese or European quality cars. It was such a pleasure to drive. A foreign friend who knows cars, tested the car and says it is up to the standard of the up-market cars from Europe.

6. This car uses hot press steel body which is stronger than cold press. It has a 1.6 liter turbocharged engine equal to a 2.0 liter engine power. The engine complies with Euro-five standards.

7. A whole list of feature has been incorporated. This includes Vehicle Seek Lamp, Wiper Auto Speed, Auto side door folding mirror, Push Button Start / Stop, Sensors for Automatic Wiper and Headlamp and GPS Antenna for Navigation System.

8. Additionally it has Impact Sensing Door Lock, Continuous Variable Transmission, Security Alarm System, Immobiliser and Central Locking.

9. The automatic version has Shift Lever with Tiptronic Mode and Paddle Shifter on Steering Wheel for seven gear changes. ABS to prevent skidding and BA (Brake Assist) to increase brake pedal force.

10. There are many others features which enhances the performance of the engine and driveability of the car.

11. There will be several models with less features than I describe. But they are all superior to the other Proton cars.

12. Naturally the price would be higher though probable cheaper than imports with similar features and quality.

13. I believe this is a great car and Proton can be proud of it. Malaysians can be proud of it too. The extra Ringgit you have to spend will be worth it.

14. The car will be available in three months time.

- CheDet

Anwar dapat gelaran DEWA PORNO di Jepun...


Hebat sungguh Anwar.. Memang tak salahlah tindakan Wan Azizah memberi gelaran 'pemimpin anugerah Tuhan' kepada Ketua Umum Pakatan tersebut.

Setelah popular didalam negara kerana skandal chinadoll, kini Anwar mara selangkah lagi didalam mengejar populariti apabila aksi-aksi panasnya dimuatkan dalam majalah lucah Jepun.

Selepas ini, bolehlah Anwar menggunapakai gelaran DEWA PORNO pula.. Ye lah kann.., mana ada pemimpin Malaysia yang 'hebat' dan berani seperti beliau..

Chua Soi Lek pun tak dapat pengiktirafan macam ni tau..

So tahniah lah pada Anwar. Bukan senang nak dapat pengiktirafan dari sebuah negara maju seperti Jepun tu. Industri lucah di Jepun amat popular di seluruh dunia beb.

Maknanya, selepas ini Anwar gerenti akan dikenali oleh peminat-peminat lucah seantero dunia jugak lahh.. Hebat!!!

Gua rasa, pengikut-pengikut Anwar pasti akan turut berbangga.. Lepas ni, mesti kembang kempis hidung dorang bila bercerita pasal Anwar di kedai-kedai kopi..

Tahniah buat semua pengikut Pakatan!!! Ketua Umum korang dah popular beb setaraf dengan Maria Ozawa! Hahahahaha..


* Kredit gambar to Gerakan Anti PKR

Elizabeth Wong tak bersalah walaupun berbogel..


Kerajaan Selangor mengambil berat spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.

Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran Selangor.

"Perkara ini juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera," jelas satu kenyataan media daripada Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar.

Kenyataan itu berkata, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahguna isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat diseru supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).


p/s: Ada skandal seks dan salahlaku moral pun boleh jadi Exco kerajaan Negeri? Macam ni ke kualiti pemimpin Pakatan? Tu pun ada hati nak tuduh BN juga yang salah... Sudah laa Khalid Ibrahim.., confirm tumbang laa Pakatan di Selangor masa PRU nanti..

Pencuri motor kantoi kena belasah di Giant Kelana Jaya..


Seorang lelaki di belasah selepas ditangkap ketika cuba mencuri motosikal milik seorang pengawal keselamatan di Giant Kelana Jaya pada 07/02/2012.

Gua heran satu perkara.., dah tak ada kerja sangat ke di Malaysia ni sampaikan terpaksa mencuri? Kerja halal yang lain dah tak wujud ke dalam negara ni?

Pencuri ni adalah satu lagi contoh manusia yang nak senang dengan cara yang mudah selain kaki ragut.. Jenis-jenis pencuri ni, memang tak boleh bagi muka beb.. Hentak je selagi mampu..

Bayangkanlah barang yang kita beli beribu-ribu, then kena curi sekelip mata.. Sapa yang tak marah beb? Penat je cari duit siang malam untuk bayar hutang.., then pencuri kebas..

So bagi gua.., memang selayaknya mamat pencuri tu kena belasah. Malah dialu-alukan kalau suruh dia makan je tayar motor tu.. Hidup menyusahkan orang je!!

Azizan Razak akan letak jawatan dalam tempoh terdekat???


Khabar angin bertiup kencang di negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman, bila dikatakan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Razak akan meletak jawatan dalam masa terdekat dari sekarang.

Menurut sumber yang enggan disiarkan namanya, seorang rakannya memberitahu bahawa surat perletakan Azizan sedang disediakan dan beliau akan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar dalam beberapa jam lagi.

“MB Kedah nak letak jawatan…,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, sumber tidak dapat memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar itu, di Wisma Darulaman sekitar jam 4 petang semalam.

Azizan kini dihentam teruk oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ekoran isu penggantungan lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikatakan menyebelahi semangat AUKU yang disifatkan sebagai zalim oleh pemimpin gabungan parti pembangkang itu.

Antara yang vokal meminta Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar ialah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pimpinan tokoh Parti Keadilan Rakyat, Chegu Bard, dan Pemuda DAP Pulau Pinang, Steven Sim.

Sebelum ini, Azizan pernah mengaku didesak oleh penyokong Pas Kedah untuk meletakkan jawatan ekoran ketidakpuasan hati mereka kepada corak pentadbiran beliau yang dikatakan ‘ala-ala Barisan Nasional’ dan tidak melakukan apa-apa perubahan seperti di Kelantan.

“Perkara itu sudah lama, ketika itu kita baru saja mengambil alih Kedah. Takkanlah saya nak buat perubahan drastik sedangkan baru memerintah negeri.

“Situasi kedua-dua buah negeri berbeza, penerimaan pun mungkin berbeza kerana Kelantan majoriti penduduknya Melayu,” jelas Azizan pada ketika itu.

Azizan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah dan dilantik menjadi Menteri Besar setelah memenangi pilihanraya negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008. - KL Today

Customer cina kena belasah di KFC sebab kurang ajar..


Kejadian ni berlaku di KFC I-City membabitkan seorang customer cina dengan the whole staff KFC disitu..

Kalau ikut mamat cina yang uploadkan video ni, katanya pekerja KFC tu kurang ajar sebab tak mahu mintak maaf kepada pelanggan yang beratur lama di kaunter.. (1 jam beratur?)

Then bila pelanggan cina tu merungut, kononnya terus pekerja KFC tu mengamuk dan memukul pelanggan tersebut..

Tapi dari komen-komen saksi di tempat kejadian, dorang kata pelanggan cina tu lah yang memulakan pertengkaran dan bertindak diluar batasan.. Baca komen dibawah ni...

"I was there..and yes..we wait for 1 hour..yes the service is slow..because tak cukup staff..and orang pun sangat ramai...kebanyakkan staff dah penat..non stop working..actually ayam tu bukan dah abis..masih tgh masak and that chinese guy dont want to wait again..and start maki2...then keluar...mybe tak puas hati dia masuk balik..and shouting at KFC workers and start maki2 again.... - lowa123456

I was there!!! DO NOT blame the KFC workers. Alot of malay customers also wanted to whack him. The chinese customer was shouting "cibai punya melayu! " at the workers.. he deserve to get whack - mazeeism

Jadi.., tanpa prejudis dan tanpa sebarang perasaan rasis gua tengok video ni.., pada pendapat gua, ada betulnya jugak customer tu yang salah.. Kalau tak, takkan satu dapur bebudak KFC tu serbu dia..

Dan kalaupun staff KFC lambat atau orang terlampau ramai, tak perlulah kita sebagai customer nak maki hamun dan cakap bukan-bukan kepada pekerja..

Dorang pun manusia biasa yang bekerja melayan pelbagai karenah manusia.. Kalau gua pun ditempat bebudak KFC tu then kena maki dengan customer, confirm 'berangin' jugak beb..

So.., moral of the story ialah.., jangan ingat customer tu always right.., kita berurusan dengan manusia, bukannya robot yang boleh dimaki hamun sesuka hati.

Pepatah melayu ada kata.., kerana mulut badan binasa.. Fikir-fikirkanlah yee..


p/s: Kalau betul customer tu tak salah, kenapa customer lain tak tolong dia masa kena belasah dengan bebudak KFC tu? Siap ada brader tu gelak besar lagi selepas customer tu kena pukul.. Hahahaha...

Gadis 14 tahun dirogol 4 lelaki di Perlis.


Akibat menipu ibunya sendiri semata-mata untuk keluar bertemu kekasih, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Ngulang, Perlis dirogol sebanyak 4 kali dalam tempoh 5 jam.

Pada mulanya si gadis ini memberitahu ibunya hendak ke pasar malam, tetapi rupa-rupanya dia ‘melencong’ ke tempat lain bersama teman lelakinya.

“Mangsa telah dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.

“Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu.
/
“Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan."

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu.

Sementara itu, Mohd Nadzri berkata, sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah ini, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur.

“Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook,” katanya.


p/s: Menipu adalah satu perbuatan yang berdosa, apatah lagi jika ia dilakukan terhadap ibu sendiri. Silap haribulan ia akan mendapat balasan di dunia terus, bak kata orang – Tuhan bayar ‘cash’!

Artis menyesal bergambar peluk anjing.. Lain kali jangan buat lagi yee..


Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online.

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.

Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.



*Sumber Mstar

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online