BREAKING NEWS

Cara-cara ajar wanita mata duitan..


Memang best video kat bawah nih.. Kekadang tu macam ni je caranya nak ajar pompuan jenis mata duitan ni.. Perasan dan berlagak ekslusif.., padahal 'murah' je harga diri dia tu beb..


Sama jugak la macam senario politik dalam negara.. Ramai yang tak reti bersyukur dengan kerajaan yang ada.. Kononnya nak yang terbaik then percayalah pada janji manis pembangkang..

Walhal pemimpin yang ada sekarang ni dah buat semuanya untuk rakyat. Of course lah ada leaking sikit sebanyak kat sini sana.., mana ada yang perfect beb kecuali Yang Maha Esa..

Sekurang-kurangnya.., bersyukurlahhh... Jangan jadi kufur nikmat beb..

Yang sedang berjanji tu pun belum tentu boleh buat macam mana kerajaan yang ada sekarang.. Setakat janji bulan dan bintang, semua orang boleh..

Bodohlah kalau percaya pada janji manis saja.. Hasil belum tentu keluar seperti yang dijanjikan..

Last-last...., habuk pun tarak baii.. Kena tipu macam pompuan kat dalam video tu lahh... Hahahaha....

Anwar BOHONG rakyat Turki dan burukkan imej Malaysia..


Dalam satu temuramah dengan media di Turki, Anwar mengaku bahawa Turki lebih demokrasi dari Malaysia?

Yang gua heran.., Anwar nak bohong sapa sebenarnya ni beb?

Kat bawah ni ada index kebebasan media bagi seluruh negara di dunia.. Korang tengok sendiri.., Malaysia terbukti jauh lebih memberi kebebasan kepada medianya berbanding media di Turki.

Sumber Reporters Without Borders.

Nak bohong pun agak-agaklah Anwar.., ingat rakyat Turki tu bodoh ke? Sekarang ni dunia nampak, yang buruknya bukan negara Malaysia.., tapi yang paling bodoh ialah seorang rakyat Malaysia yang bernama Anwar Ibrahim!!

Sosej Ular Sawa.. Goreng pun sodappp...


Kalau korang tengok dalam sejarah astrologi di China, dorang anggap ular tu merupakan sepupu sepapat spesis naga.. Pasal tu lah ular dikatakan mempunyai khasiat luar biasa bagi dorang..

Dan dalam dongeng China pulak, ular selalunya dikaitkan dengan penjelmaan wanita cun dan juga syaitan yang bertapa..

Jadi maknanya.., ular adalah sebahagian dari kehidupan masyarakat di negara tu.. Gua tak tahu pulak dengan kaum cina di Malaysia.., mungkin dorang jadi 'ular' masa berniaga je kot?

Kalau di Malaysia ada udang kering, sotong kering dan juga ikan kering.., di negara China ada jual ular sawa kering..

Makanan ni dikatakan boleh menyembuhkan organ-organ dalaman si pemakannya.. Dan sup ular tu dikatakan menjadi penguat tenaga dalaman..

So.., sapa yang berani makan? Kalau gua.., bukan kata nak makan.., nampak je ular terus gua cabut lari beb..


Nik Aziz terkilan dengan Apek? Pasal Bodyguard??


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama ‘The Red Warriors’ dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya.

Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.

“Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang melaporkan Khairul Fahmi dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.

“Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek, merampas tunang orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertunangan itu bagi menjalin hubungan dengan Apek.

Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan 28 hari.

Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak yang mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.

“Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa Apek, bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini dicalitkan dengan isu minum arak, sehingga ada yang menganggap anak saya kaki minum.

“Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.

“Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi,” katanya.


p/s: Aisehhh.., kenapa Khairul Fahmi tak cakap awal-awal nak pakai bodyguard kat Pok Nik hari tu? Kalau tak, mesti Pok Nik offer Unit Amal PAS yang dahsyat-dahsyat tu jaga penjaga gol kebangsan tu... Hahahaha...

Blogger Anwar kantoi MENIPU pasal BR1M...


Gua sebenarnya jarang melilau dalam blog-blog lembu Pakatan.. Apatah lagi nak masuk baca blog penjilat tegar Anwar.. Jijik beb..

Kenapa gua kata jijik? Sebab blog-blog dorang tu banyak sangat menipunya.. Dah tu, tak ada rasa bersalah pulak dorang buat cerita fitnah..

Macam ada satu blog pencacai Anwar tu, dia sibuk kata penerima wang bantuan BR1M dah dicekup oleh LHDN dan dipaksa bayar cukai pendapatan..

Siap kemukakan bukti lagi dan pembaca-pembaca bingai dia sudah sebarkan ke laman Fesbuk.


Bila gua hantar Spy Leman suruh siasat, rupa-rupanya dokumen yang dilampirkan kononnya surat dari LHDN tu adalah surat rayuan pengurangan cukai mamat tu sendiri..

Dan mamat tu memang berhutang tak bayar cukai pendapatan dah lama sejak tahun 2006 dengan LHDN.. Tak ada kena mengena pun dengan BR1M beb..

Yang paling sadis sekali kantoinya mamat bingai tu ialah.., surat untuk ambil baucer bantuan BR1M yang dia letak tu tarikh bulan FEBRUARI.., dan surat rayuan cukai LHDN tu adalah pada bulan JANUARI..


Tak ke bangang namanya mamat penjilat tegar Anwar tu beb? Nak menipu pun biarlah profesional sikit.. Buat malu kaum je lahh... Mesti lepas ni kengkawan blogger Pakatan tak mengaku dia member..

Surat rayuan cukai pun nak dispinkan untuk buat fitnah terhadap bantuan kerajaan.. Nampak sangat dah tak ada modal puak-puak Pakatan tu semua..


Beb.., nak tipu penyokong Pakatan bolehlahhh..., dorang tu semua mana tahu berfikir.. Tapi jangan ingat boleh tipu semua rakyat Malaysia..

Kalau rakyat Malaysia ni bodoh, dah lama DAP, PAS dan PKR memerintah negara beb.. Hahahaha...


p/s: Nama blog pun King Of GOBLOK.. Memang goblok sungguh laaa... Hahahahaha...

Indonesia pun kutuk Anwar sokong Israel..


Tindakan Anwar Ibrahim yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.

Sehubungan itu, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan.

''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya.

Beliau dipetik berkata demikian dalam akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia yang disiarkan kelmarin.

Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan ketua pembangkang itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Hery seterusnya secara terbuka menyifatkan tindakan Anwar itu bermotifkan politik bagi meraih simpati dan sokongan Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara Barat.

Namun tegas beliau, langkah Anwar tersebut terlalu berisiko, khususnya bagi umat Islam di Malaysia mahupun antarabangsa.

''Rakyat boleh sahaja menilai Anwar mencari simpati untuk kepentingan politik jangka pendek, iaitu bagi meraih kejayaan dalam pilihan raya umum Malaysia tidak lama lagi,'' katanya.

Kata Hery, tindakan Anwar membuat kenyataan sedemikian dalam isu melibatkan Palestin dan Israel hanya akan menguntungkan kerajaan Zionis tersebut.

''Saya berharap Anwar akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada media kerana tindakan boleh menyebabkan simpati rakyat kepada beliau boleh berubah sebaliknya,'' katanya.


p/s: Habislah Anwar.., dah makin ramai yang marah sebab dia sokong Israel dalam WSJ hari tu.. Nak buat macam mana.., kebenaran timbul juga akhirnya.. Hanya spesis buta kayu je yang belum sedar dan masih sokong Anwar..

New Proton leaked!! Gabungan Kia Forte dan Jaguar XF..


Gambar model baru Proton yang dijangka dilancarkan pertengahan tahun ni telah bocor beb.. Bagi gua, design Proton baru ni memang superb dan gua jangkakan model baru ni akan menguasai pasaran kereta tempatan..

Dengan harga yang dijangka sekitar RM 65k - RM 75K, model baru Proton ni akan jadi sebuah kereta mampu milik yang menepati citarasa generasi muda dan pertengahan.

Gua dimaklumkan, bagi variasi auto transmission, model ni akan dilengkapi dengan enjin Turbo 7 speed. Hebat tu beb..

Yang paling gua berkenan dengan model baru Proton ni ialah, design dorang menggabungkan diantara model Kia Forte dan juga Jaguar XF..

Model Proton baru ni dilengkapi dengan push start button, build in GPS unit, Enjin 1.6 CFE & 1.6 IAFM+, rim 16 inch, multi info display panel meter, dan pelbagai lagi ciri baru.

So.., gua rasa berbaloi lah kepada sesapa yang beli kereta Proton ni nanti sebab rekaannya dikatakan berciri eropah dan global..

Confirm merudum jualan Forte, Vios dan City lepas model baru Proton ni launch nanti.. Tahniah Proton!!!



Kia Forte

Jaguar XF


p/s: Kredit gambar to Funtastikodesign dan Paultan..

Edisi Bergambar : Mat Sabu dapat menantu baru.. Tahniah!!


Gua nak ucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pasal dapat menantu baru. Majlis perkahwinan Saiful Islam Mat Sabu dan Sharifah Aqilah berlangsung meriah kelmarin.

Tak sangka pulak.., dah besar rupanya anak kedua Abang Mat yee.. Hensem pun macam Abg mat jugak.. Cuma gua harap jangan jadi romeo macam bapak dia dah laa... Hehehehe..

Ramai pemimpin-pemimpin besar Pakatan datang ke kenduri tu, tapi tak nampak pulak muka Anwar dan Guan Eng.. Sibuk berpolitik agaknya yee...

Husam Musa pulak jadi wakil kepada Pok Nik.., khabarnya orang tua tu uzur tak dapat hadir.. Yang paling menarik perhatian ialah, muka Kadir Syeikh Fadzir pun ada..

Zaid Ibrahim jugak jadi manusia yang paling patut dikesiankan.. Sapa pun tak mau kawan dengan dia.. Hahahaha...

Jom layan gambar-gambar dibawah.. Kredit to Abah Anas diatas gambar2 yang memang superb.








AWAS dengan PENIPUAN sewaktu beli kereta baru!!!


Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, Shah Alam, baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.

“Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.

“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi.

Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.

“Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina.

“Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini,” katanya.

Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.

“Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran,” katanya.

Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu.


p/s: Patut blacklist kan je wakil pengedar tu!! Dan Proton pun patut tarik balik lesen syarikat yang ada kes-kes tipu pelanggan macam ni.. Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Teman Lelaki untuk disewa?? Best nihhh...


Wanita di China yang mencari pasangan kini boleh melalui jalan pintas tanpa perlu kenal terlebih dahulu dengan lelaki, dengan menyewa teman lelaki pada laman e-dagang Taobao untuk suatu set harga, menurut Nandu Daily.

Teman lelaki disewa berdasarkan perkhidmatan yang mereka berikan kepada wanita, termasuk berpegangan tangan, berpeluk dan bercium.

Pasangan sementara itu biasanya akan pergi ke panggung wayang, membeli-belah, makan malam, atau satu lagi temujanji yang dipilih oleh wanita itu.

Harga sewa teman lelaki berbeza-beza. Sepuluh yuan (AS $2 dolar) adalah standard untuk makan tengahari sejam.

Untuk membeli-belah selama sejam, harga dua kali ganda kepada 20 yuan (AS $4). Untuk sewa teman lelaki sehari penuh, kos boleh meningkat sehingga 100 yuan (AS $15).

Kebanyakan lelaki yang menyewa dirinya mencari wang, tetapi ada yang mengatakan mereka lakukan untuk cinta.

Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Foshan, Guangdong bernama Huang menghantar iklan dengan harga yang tinggi sebanyak 500 yuan (US $79) sewa dirinya.

Huang berkata beliau berharap untuk mencari kasih sayang dan bahawa jika dia mendapati seorang gadis yang benar-benar mahu berkahwin dengannya, dia boleh melaraskan harga.

Seorang gadis dari Beijing telah menghubunginya, tetapi mereka tidak pernah berjumpa kerana jarak antara rumah-rumah mereka. - China Times


p/s: Lelaki pun boleh disewa sekarang ni untuk jadi teman bersosial? Bila nak ada service ni di Malaysia agaknya ye..? Mungkin akan dilaksanakan kalau Anwar jadi PM kot? Hahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online