BREAKING NEWS

Ratusan Jongkong EMAS ditemui di Iraq..


Negara Islam Iraq telah diserang dan dijajah oleh Amerika Syarikat kononnya atas alasan nak menghapuskan sejata pemusnah berbahaya.

Sejak dari hari tersebut, sehingga kini negara Iraq tidak pernah lagi aman dan sentiasa berada didalam pergolakan. Semuanya kerana campurtangan Amerika Syarikat di negara tu.

Berita paling terkini, ratusan jongkong emas yang berharga berjuta-juta ringgit dijumpai bersepah-sepah di Iraq.

Ia ditemui oleh tentera Amerika yang ditugaskan bagi mencari harta kekayaan negara yang disembunyikan oleh Saddam Hussien.

Tak tahulah apa nasib jongkong-jongkong emas tersebut. Gua rasa, Amerika mesti akan songlap semua emas tu..

Nak suruh dorang bahagikan pada rakyat Iraq? Kirim salam lah bebb...



PRU13 : Azhar Idrus ditolak jadi calon PAS..


Sebelum ni banyak cerita yang kata Azhar Idrus bakal bertanding di PRU13 atas tiket PAS.., dan DUN yang dimaksudkan ialah DUN Langgar di Terengganu.

Azhar Idrus pun nampaknya bukan main suka lagi dan semakin vokal hentam kerajaan. Gua tak heran.., itulah KPInya untuk jadi calon PAS..

Tapi dalam wawancara Hadi Awang bersama Sinar Harian baru-baru ni, nampaknya hasrat penyokong Azhar Idrus untuk tengok idola dorang jadi wakil rakyat tak mungkin tercapai beb..

Hadi Awang menolak dakwaan bahawa Azhar Idrus bakal bertanding atas tiket PAS di PRU13.

Gua cadangkan, kalau dah tak boleh bertanding atas tiket PAS, apakata Azhar Idrus bertanding je atas tiket DAP..

Bukankah DAP tu lebih memahami Islam dari UMNO? Bukan gua kata haaa.., Pok Nik yang kata.. Hahahahaha...


Ada tak calon wanita di Terengganu?

HADI: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas.

Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain.

Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar.

Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita.

Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.

(Penceramah bebas) Ustaz Azhar Idrus?

HADI: Tidak termasuk.

Nampaknya Pas pun laksanakan calon boleh menang?

HADI: Calon yang boleh menang yang cukup syarat. Dia mengikut kehendak parti kita, ikut syarat dan boleh menang.

Kalau boleh menang sahaja, tapi tidak cukup syarat parti kita, kita tidak beri jadi calon.

-sumber

Video Rompakan Berdarah di Cyber Cafe..


Sekarang ni kat mana-mana pun ada berlaku jenayah. Kalau kita rasa duduk dalam rumah 24jam tu selamat, sebenarnya tak jugak beb..

Rumah pun sekarang ni dah banyak dimasuki penyamun tak kiralah apa bangsa sekalipun. Mangkuk ayun betul penyamun-penyamun tu kann..

Kalau dah didalam rumah pun tak selamat, macam mana pulak kat luar sana? Sebenarnya kat mana-mana pun sama je.., yang penting.., berhati-hatilah...

Kat bawah ni ada satu video rompakan berdarah di sebuah Cyber Cafe pada 2/2/2012. Tak pulak dinyatakan kat mana lokasi Cyber Cafe tu..

Gua harap, semoga perompak berjaya ditangkap..

PAS akan bubarkan FELDA.. Tahniah!!!


Hebat!! Hari ini Ketua Penerangan PAS sendiri sudah mengesahkan bahawa PAS/Pakatan akan bubarkan FELDA kalau mereka menang di PRU13 dan tawan Putrajaya. Ini merupakan janji terbaru yang dilafazkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man didalam satu ucapannya di Pahang.

Tujuan PAS ialah, kononnya mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat yang tak mempunyai tanah. Jika mengikut tafsiran Tuan Ibrahim dan juga PAS, kerajaan BN lah yang menyebabkan generasi sekarang tak mempunyai tanah.

Dan untuk selesaikan masalah tersebut, PAS melalui Tuan Ibrahim telah melafazkan janji untuk menjadikan FELDA sebagai galang gantinya. Tanah-tanah FELDA yang berjumlah 134 hektar diseluruh negara akan diberi percuma kepada rakyat..

Satu yang Tuan Ibrahim terlupa, tanah-tanah FELDA semuanya pada ketika ini sedang diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA seluruh negara. Tanah pertanian itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka sejak beberapa puluh tahun yang lalu.

Jika PAS mahu ‘merampas’ dan ‘membubarkan’ FELDA, bagaimana pula dengan nasib para peneroka dan juga keluarga mereka? Siapa yang hendak menanggung segala pendapatan mereka yang hilang akibat dari pembubaran FELDA?


Baca sambungannya DISINI...



Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kegagalan kerajaan BN meluluskan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah sebaliknya memberikan tanah kepada syarikat swasta.

Katanya, jika Pakatan Rakyat berkuasa, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada rakyat dengan menyelesaikan isu tanah yang kini menjadi isu besar bagi rakyat Pahang terutama golongan muda.

Menurutnya, seperti yang dijanjikan didalam buku jingga, Pakatan Rakyat akan menutup Felda Plantation dan tanahnya akan diagih-agihnya kepada rakyat yang layak.

Di Pahang , kata beliau terdapat lebih kurang 134 ribu hektar ladang Felda Plantations yang mampu mengisi ribuan peneroka.

“Kita akan agih-agih tanah tersebut kepada rakyat yang berkeyakan dan sudah tentu ia mampu menyelesai sebahagian besar masalah itu,” katanya ketika berucap pada majlis dialong di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul dekat sini, semalam.

Lagi artis peluk dan bergambar dengan anjing..


Gua terbaca dalam satu blog ni kononnya ada artis melayu pegang dan bergambar dengan anjing. Tak tahulah anjing jenis apa tapi yang penting anjing..

Semalam, ketika sedang nikmati kopi mahal di tengah ibu kota, seorang peminat hiburan menghantar sekeping gambar yang di’dakwa merupakan Adira AF yang sedang memegang anjing yang kami sendiri tidak tahu apa spesies’nya. Woof woof!

Kami awal’nya kurang peduli kerana menyangkakan yang penyanyi soundtrack filem Ombak Rindu ini bukan beragama Islam tetapi rakan semeja dan kajian kami mengesahkan yang beliau beragama Islam. - RotiKaya.

Gua sebenarnya tak heran sangat kalau ada artis yang pegang anjing sebab tu perkara ringan beb.. Kalau dorang berpeluk dengan bukan muhrim tu lagi berat..

Pegang anjing boleh disamak.., tapi kalau berpeluk dengan bukan muhrim.., kat mana nak samak beb?

Bukan gua nak defend artis tu bila dia pegang anjing.., dalam Islam anjing tu memang dikategori sebagai najis, tapi kalau terpegang atau sengaja pegang.., ia boleh disucikan..

Tapi untuk mengelakkan pandangan tak elok masyarakat Islam, baik jangan buat benda-benda bodoh seperti tangkap gambar berpeluk dengan anjing ni beb..

Bukan senang nak samak tau.. Silap haribulan, ada yang tak tahu macam mana cara-cara samak dilakukan..

So.., Moral of the story ialah.., jangan peluk anjing pastu tangkap gambar. Peluk patung anjing tak apa laa.. =)

Jangan GELAK!!! Mat Sabu nak selamatkan negara dari BANKRAP.


Pakatan Rakyat tidak mahu mengambil alih Malaysia yang sudah bankrap tetapi bersedia ke Putrajaya sebelum itu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Oleh itu, katanya rakyat yang cintakan Malaysia mesti menyelamatkan keadaan pada Pilihan raya Umum ke-13 dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

"Tiada jalan lain untuk selamatkan Malaysia melainkan jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini.

“Jika BN menang lagi pasti negara akan bankrap sebab sekarang ini pun sudah ke arah itu," tegasnya ketika berceramah sempena majlis makan malam kutipan dana pilihanraya PAS Negeri di Dewan Besar Sungai Dua, malam tadi.

Menurutnya lagi, slogan 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bermakna rakyat kena mempersiapkan diri dengan mental yang tinggi dengan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, kemenangan Pakatan Rakyat pastinya mengembalikan kestabilan politik negara yang hampir luntur ekoran terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh BN.

Jika ditakdirkan Malaysia bankap tahun 2019, beliau percaya BN menyerahkan pentadbiran negara secara percuma sahaja kerana mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi untuk menghalangnya.

"Jika waktu itu bagi percuma pun Pakatan Rakyat tak mahu kerana nak pulihkan ekonomi negara yang bankrap amat sukar. Jadi, sebelum terlambat buatlah perubahan," katanya.



p/s: Mat Sabu bercakap pasal ekonomi? Tahu ke penyokong Chin Peng tu apa maknanya ekonomi? Mat Sabu tu bini orang dia tahu laaa.. Hahahahaha...

Duit syiling MENGGHAIRAHKAN dari zaman ROM..


Kenapa duit syiling dari zaman Rom ni diletakkan gambar macam tu? Apa motif dorang agaknya ye..?

Pendapat gua, mungkin semua duit syiling tu dicipta pada zaman pemerintahan Caligula.. Korang tahu tak pasal sejarah Maharaja Rom Caligula tu?

Caligula merupakan Maharaja Rom yang paling gila dalam sejarah.. Dia juga dilabelkan sebagai antara manusia yang paling kejam di dunia.

Kalau korang nak tahu pasal Caligula.., video pasal Maharaja kejam tu ada gua letakkan dibawah entry ni..

Dalam google pun ada banyak cerita tentang Caligula.. Yang pasti, manusia bernama Caligula tu bukan saja kejam.., tapi gua rasa dia sebenarnya GILA!!










Khalid Ibrahim suruh rakyat Selangor kutip sampah sendiri..


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa masyarakat setempat supaya bersama-sama berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat didiami.

Beliau menyampaikan amanat itu dalam ucapannya di Majlis Mesra Gong Xi Fa Cai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2012 yang diadakan di perkarangan parkir Dewan Sivik MBPJ malam tadi.

"Saya mahu semua memberi sokongan tentang usaha membersihkan sampah kerana ia sekarang di bawah bidang kuasa majlis bandaraya.

"Ini kerana kamu semualah pemilik kepada bandaraya ini. Duit yang dibelanjakan bagi usaha ini juga hak rakyat. Maka kita mahu penglibatan semua masyarakat menjayakannya," tegas Abdul Khalid.

Sebelum ini, kerja-kerja pengutipan sampah dilakukan oleh syarikat Alam Flora Sdn Bhd sebelum diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) pada September tahun lepas.

Usaha ini bagaimanapun diganggu pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan kerja pembersihan sampah-sampah oleh PBT dengan mengugut kontraktor kutipan sampah dan membuang longgokan sampah di kawasan perumahan.

Pada majlis yang sama, MBPJ merealisasikan konsep hijau selaras dengan hasratnya menjadikan Petaling Jaya sebuah bandaraya hijau berkarbon rendah.

Majlis malam tadi mengaplikasikan penggunaan bekas makanan yang berasaskan bahan bio-degaradable serta kehadiran maskot kitar semula 3R dan pameran hijau.



p/s: Tak sampai sepenggal Pakatan perintah Selangor, rakyat dah dikerah kutip sampah sendiri..

Cuba kalau bagi lagi peluang untuk dorang perintah negeri lepas PRU nanti, mungkin macam-macam lagi yang rakyat Selangor kena buat sendiri..

MB dan PBT goyang kaki je la lepas nii.. Hehehehehe...

Model BIKINI pertama untuk Majalah Arab..


Cover edisi baru majalah Arab Lilac telah mengejutkan banyak pihak terutamanya di kawasan negara Timur Tengah.. Muka hadapan majalah tersebut telah terpampang potret model perempuan yang hanya memakai bikini.

Seperti dilaporkan oleh Daily Mail, majalah Lilac telah menampilkan model Huda Naccache, model 22 tahun berketurunan Arab/Israel.

Dengan hanya mengenakan bikini hitam dengan kemeja putih tersampir di bahu, Huda menjadi model Arab pertama yang tampil berbikini untuk cover majalah Arab.

Huda sendiri merasa bangga terpilih sebagai model tersebut. "Saya sangat bangga menjadi yang pertama untuk berbikini di majalah itu," katanya. "Saya model profesional dan seharusnya ini dianggap normal."

Meski demikian, pada awalnya dia agak risau untuk menerima tawaran tersebut. Ia sedar tentang larangan serta penerimaan masyarakat setempat.

"Tapi, setelah meminta restu orangtua, saya menjadi berani dan penuh percaya diri. Saya tidak takut menjadi gadis yang mengambil langkah pertama, dan membuka kesempatan model Arab lainnya, untuk mewakili wanita liberal dan independen Arab muda."

Pihak penerbitan Lilac yang bertidak menampilkan model bikini itu jelas mengundang kontroversi. Lilac adalah majalah pertama di Jazirah Arab yang berani menampilkan wanita berbikini di cover depan.

Majalah wanita ini ditulis dalam bahasa Arab, dengan sisipan bahasa Inggris, menjadi majalah Arab paling popular di Timur Tengah dan dibaca dengan meluas di sejumlah negara Arab.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online