BREAKING NEWS

Nurul Izzah marah KWSP bantu rakyat beli rumah.. WTF!!!


Gua heran betul dengan anak Anwar sorang nih.., apa yang dia dengki sangat bila rakyat beli rumah kos rendah guna duit KWSP..?

Dia ingat duit KWSP tu bapak dia yang punya ke? Suka hati orang lah nak gunakan duit KWSP tu untuk buat apa pun..

Lagi pun, takkan Nurul Izzah tak tahu bahawa rakyat miskin TAK MAMPU nak bayar cash untuk beli rumah..?

Dan Nurul Izzah juga wajib tahu yang rakyat berpendapatan sederhana/rendah MUSTAHIL boleh dapat pinjaman 100% dari bank-bank di Malaysia..

Jadi dengan bantuan pengeluaran dari KWSP, rakyat di negara ni bolehlah memiliki rumah sendiri.. Itupun Nurul Izzah nak dengki ke?

Kenapa Nurul Izzah sibuk sangat tak bagi KWSP bantu rakyat beli rumah kos rendah? Anwar nak bantu ke kalau rakyat TAK ADA DUIT nak beli rumah? Bahalol betul!!!

KEADILAN menyelar keputusan kerajaan menggunakan RM1.5 bilion daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk membantu membiayai skim pembelian rumah kos rendah.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, mempersoalkan mengapa dana KWSP digunakan sedangkan bank komersil sendiri tidak menganggap skim itu berdaya maju dan bersedia memberi pinjaman.

“Malah bank-bank juga tidak bersedia memberi pinjaman. Apakah yang dilakukan oleh panel pelaburan KWSP?

“Mengapa wang KWSP yang digunakan sebagai wang saku BN?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, pada sidang media kelmarin.

Sekurang-kurangnya empat bank telah diminta membantu menggubal draf perjanjian pembiayaan itu.

“Kita tidak mahu situasi seperti krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat, di mana peminjam tidak dapat membayar ansuran mereka, jadi KWSP bukan bank (dalam kesusahan),” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa dana KWSP juga telah digunakan untuk membiayai projek transit aliran ringan (LRT).

“Kerajaan tidak boleh membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat.

“Awak (kerajaan) boleh membantu Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi jangan gunakan dana KWSP bagi maksud itu,” katanya. - UtaraNews

Muka Zul Kulim kena conteng di Perak...


Pakatan sekarang ni nampaknya makin risau dengan kelantangan Zul Kulim dalam mendedahkan isu-isu kepincangan dorang..

Tambah pulak sejak akhir-akhir ni bila Zul Kulim banyak bawa isu Anwarinas.., makin panas lah bontot pemuja Anwar semua..

Mungkin sebab tu lah pelbagai cara dilakukan supaya setiap ceramah Zul Kulim tu terganggu..

Tak dapat kacau ceramah Zul Kulim, dapat conteng poster pun jadilahh macam di Perak ni.. Punyalah terdesak dorang nak pertahankan Anwar sampaikan poster ceramah pun jadi mangsa..

Gua pun heran, apalah sangat jasa Anwar tu pada puak-puak Pakatan ni sampaikan dorang sanggup wala' pada manusia yang penuh salahlaku moral tu?

Setakat gelaran Imam Mahadi PKR tu tak payahlahhh... Buang masa je taksub melampau-lampau.. Bukan dapat pahala punnn... Hahahaha..

MEMALUKAN!!! Pelancong asing kata pantai di Penang sangat KOTOR..


Seorang pelancong asing dari Switzerland menegur pencemaran lumpur yang berlaku di sepanjang Pantai Persiaran Gurney, P.Pinang.

Berren Rene berkata, dia menggesa supaya kawasan pantai Persiaran Gurney segera dipulihkan kerana keadaannya begitu kotor.

“Tempat ini betul-betul kotor, seharusnya kerajaan perlu ambil tindakan dengan segera kerana kekotoran ini semakin hari semakin teruk,” katanya ketika dikerumuni wartawan selepas menegur tindakan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan kain rentang haram di hadapan sebuah kelab di Gurney.

Berren berkata, seharusnya kain rentang berkenaan tidak perlu ditanggalkan sebaliknya isu pencemaran perlu dipandang serius.

Menurutnya, ia kerana setiap hari orang ramai akan memandang pantai ketika melalui Pantai Persiaran Gurney.

“Kami bukannya melihat kain rentang, jadi buat apa membuang kain rentang yang diletakkan di luar-luar premis.

“Kerajaan perlu memandang serius isu pencemaran laut kerana bagi saya memang pantai ini sangat kotor,” katanya.

Berren yang sering kali mengunjungi negeri ini berkata, Persiaran Gurney adalah satu kawasan yang kerap dikunjunginya.

“Bukan saja tertarik dengan pemandangan, malah di sepanjang kawasan ini juga terdapat kedai-kedai makan, jadi bagi saya sememangnya pengindahan pantai lagi perlu dipandang serius,” katanya.


p/s: Macam mana ni kepimpinan gaya Khalifah Umar? Nak jaga kebersihan pantai negeri pun tak boleh, ada hati nak ambil alih negara? Podahh!!

Mahasiswi jual DARA kerana nak bayar Yuran pengajian...


KERANA kesempitan wang untuk membayar yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand nekad melelong daranya melalui Internet.

Lelongan dara pelajar berumur 19 tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi ‘tawaran harga tertinggi’ di laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti Waikato, 393 kilometer dari sini.

Di bawah tajuk Hubungan Untuk Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu, dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar yuran universiti.

“Saya tidak pernah melakukan hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya,” tambahnya.

Pemilik laman web berkenaan, Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat. – AFP


p/s: Kat negara luar, mahasiswi jual dara kerana nak dapatkan duit pengajian.., tapi di Malaysia ada banyak remaja yang bagi free je benda alah tu..

Itu belum dikira lagi dengan mahasiswa yang 'jual otak' kepada pembangkang sebab terlampau mudah dapat bantuan pengajian.. Macam-macam adaa...

Nizar kutip DERMA untuk kereta mewah TPJ PAS Johor..


Puak-puak PAS tu memang kaki songlap duit rakyat.. Belum jadi kerajaan dah susahkan orang kampung, cuba bayangkan kalau dorang diamanahkan jaga negara.. Hancur beb!!

Kalau korang tak percaya, tengok je cara Nizar mintak derma untuk Timbalan Pesuruhjaya Johor yang kereta mewah BMW dan Toyota Camry nya terbakar hari tu..

Kalau dah mampu pakai BMW baru dan Toyota Camry baru.., itu bukan kategori orang susah beb.. Itu kaya raya namanya..

Masa mamat TPJ PAS Johor tu senang lenang, ada dia ingat pada rakyat? Ada ke dia sanggup bersusah payah pada rakyat miskin? Maki hamun kerajaan tu ada laa..

Sekarang ni bila kena bala sikit, dah mula tagih simpati mohon rakyat bantu.. Apa kejadahnya semua ni beb?

Gua yakin.., BMW mewah tu ada insuran.., Camry baru tu pun ada insuran jugak.. So apa yang nak sangat songlap duit rakyat? Bengap betul lah!!!

Najib MENGAMUK!! Nampak duit BR1M, puak-puak Pakatan yang berbaris dulu...


Ketika ditanya mengenai bantuan BRIM yang dikecam oleh kebanyakan pemimpin Pakatan, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.

Kenyataan tersebut dinyatakan kepada media sewaktu menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang Terengganu kelmarin.

Perdana Menteri menjelaskan, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.

“Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad) dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris.

“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kata tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.w.t,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri, katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga kepentingan pakatan dengan DAP.

“Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong’. Sebab itulah Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah) tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok’ (menipu).

“Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas,” katanya.


p/s: Tahniah dari gua buat Perdana Menteri kita yang berani hentam puak-puak Pakatan.. Yang lain-lain dalam kabinet tu bila nak mula bersuara? Nak tunggu 'blessing' ke? Tak pun nak tunggu arahan rasmi dari PMO?

Kafir di Belgium hina Islam.., melayu di Malaysia??


seorang ahli politik Belgium telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memulakan kempen "Wanita Menentang Islamisasi" dengan menampilkan anak perempuannya berusia 19 tahun yang memakai burka dan bikini.

Filip Dewinter, pemimpin dari parti Vlaams Belang menggunakan gambar anak perempuannya An-Sofie Dewinter yang mengenakan bikini biru gelap dan burka untuk kempen politiknya.

Remaja memakai burka yang meliputi kepala dan mukanya, manakala bahagian badannya yang lain hanya ditutupi oleh coli dan seluar dalam.

Imej provokatif itu memarakkan lagi ketegangan dalam kalangan kumpulan nasionalis dan Islam di negara yang terbahagi kepada beberapa kaum.

Poster yang memaparkan gambar anak Dewinter turut tertera tulisan "Kebebasan atau Islam?". Frasa itu tertulis merentasi dada anak Dewinter. Di bahagian alat sulitnya, tertulis frasa "Anda pilih!".

Pelampau parti Vlaams Belang itu mendakwa bahawa dia mahu meyakinkan wanita untuk mengambil pendirian terhadap Islam.

Anak Dewinter memberitahu akhbar Belgium bahawa dia tidak berasa dipergunakan oleh parti politik itu.

Dia berkata: "Saya mencadangkan (poster) diri saya sendiri."

Katanya lagi: "Apakah yang bertentangan dengan niqab? Bogel."

"Kempen ini sangat sesuai dengan apa-apa yang saya rasakan mengenai keseluruhan isu ini. Sebagai wanita, kita mesti memilih: Kebebasan atau Islam."

Remaja ini kemudiannya mendakwa bahawa dia telah diancam oleh kumpulan-kumpulan Islam. Namun menegaskan bahawa "Ugutan bunuh dan kritikan tidak menakutkan saya."

Dewinter dengan jahilnya berkata: "Wanita sentiasa menjadi mangsa pertama Islam. Kami menegaskan bahawa mereka mempunyai pilihan."

p/s: Gua mengutuk perbuatan kafir di Belgium tu yang menghina Islam ketika kita semua sedang menyambut MaulidurRasul..

Dan gua juga maki hamun pada melayu di Malaysia yang berpakaian macam di bawah ni..


Jangan sambut MaulidurRasul.., Nik Aziz tak bagi...


Semasa khutbah Jumaat baru-baru ini, Nik Aziz alaihissalam mendakwa bahawa upacara Maulidur Rasul adalah meniru budaya orang Kristian.

So.., sebab tu dia tak galakkan umat Islam sambut Maulud dan Kelantan tak merayakan sambutan tu.. Ini bukan tipu beb.., ini betul punya statement tau..

Itulah yang dikatakan oleh Nik Aziz. Gua tak tau nak komen apa lagi.., semoga orang tua tu sedar apa yang dia cakapkan..

Tengok je video kat bawah ni kalau korang tak percaya..

Kucing Rasulullah yang bernama Muezza..


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya. - AANS


p/s: Sayangilah kucing korang sepertimana baginda Rasulullah SAW sayang pada kucingnya.. Salam Maulidur Rasul buat korang semua..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online