BREAKING NEWS

Shaheizy Sam (Adnan Sempit) kena maki dengan penyokong Pakatan.


Sebuah video berjudul ‘Artis bodoh kutuk pakatan rakyat‘ yang menampilkan Shaheizy Sam, Osman Kering & Faizal Hussein telah menjadi bualan panas di sejak di-uploadkan ke laman Youtube, 2-3 hari lepas.

Video berdurasi 5:27 minit ini memaparkan pandangan Shaheizy Sam, Osman Kering dan Faizal Hussein mengenai isu perhimpunan Bersih yang menjadi polemik politik sekitar Julai 2011.

Soalan yang ditanyakan kepada ketiga-tiga selebriti ini berbunyi, "Apa pendapat anda tentang Perhimpunan Haram Bersih?"

Sam Shaheizy berpendapat..,

"Of course, dijatuhkan hukum haram lah. Tapi kalau tujuan perhimpunan mereka untuk menyuarakan suatu benda yang elok, sudah tentu kerajaan kita takkan jatuhkan benda tu sebagai haramlah.

Saya sendiri pun tak paham apa yang ingin dibersihkan. Sam dah selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun ada kekotoran yang kecil, tetapi Sam rasa ia dah cukup bersih untuk Sam.

Siapa atau di mana sahaja selagi ianya ditadbir oleh manusia, pasti ada kelemahan & kesilapan mereka sendiri.

Manusia ni tidak sempurna, tapi selagi Sam merasa mereka boleh mentadbir negara kita dengan sebaik-baiknya seperti mana yang Sam berada sekarang ni, itu Sam rasa dh cukup bersih untuk Sam"

Osman Kering pula memberikan pendapat..,

"Bagi saya mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram itu adalah mereka yang tak tau apa pun. Mungkin mereka diupah atau sukarela terlibat dr awal.

Tetapi bagi saya kebanyakan orang yang mengambil bahagian adalah orang yang sekadar ikut-ikutan. Penampilan mereka tidak menggambarkan orang yang ada pendirian.

Mereka hanya ikut-ikutan tetapi tidak tahu apa-apa. Datuk Ambiga adalah peguam bela kes murtad.

Ini adalah makhluk-makhluk yang ingin menjahanamkan negara & tidak ada arah tujuan. Manusia seperti ini harus dijauhkan dan jangan diambil kira apa pandangan mereka."

Faizal Hussein turut menambah..,

"Kita harus berfikir secara terbuka, jangan cepat melatah & cepat mempercayai orang-orang yang cuba menghuru-harakan Malaysia.

Kita boleh berfikir & ada hak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan kita sendiri. Kita tak seharusnya berfikir untuk menukar kerajaan tetapi kita hanya perlu membaik pulih sistem yg sedia ada."


UMNO/BN tak mampu tawan Selangor kecuali...


Dr Mohd Khir Toyo meramalkan peluang BN untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 adalah 50-50.

Bekas menteri besar Selangor itu mendakwa pegundi bukan Melayu belum kembali kepada BN ekoran komponen penting gabungan itu- Umno lebih cenderung untuk mendapatkan pengundi Melayu sahaja.

"Program turun padang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk mendapatkan semula pengundi Melayu.

Di Selangor yang buat program ialah Umno tetapi MCA dan MIC tidak buat. Akibatnya, pengundi bukan Melayu belum kembali menyokong BN."

"Saya juga nampak perkauman masih berlaku kerana ketiga-tiga parti itu membuat program berdasarkan kaum. Kalau program Umno, orang Umno berucap, orang Umno hadir. Kalau MCA buat untuk MCA, begitu juga MIC," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam.

Beliau berkata, BN tidak boleh menang jika mengharapkan pengundi Melayu sahaja kerana 52 peratus jumlah pengundi Selangor adalah bukan Melayu.

Dr Khir berkata, beliau telah membuat perkara yang sama seperti dalam pilihan raya umum 2008 dan keputusannya pengundi bukan Melayu menolak BN.

"Ini kesilapan pada 2008. Umno membuat program tetapi komponen BN tidak melakukan seperti yang kita (Umno) buat. Hasilnya orang Melayu mengundi kita tetapi orang Cina dan India mengundi Pakatan Rakyat," katanya.

Dr Khir merujuk kepada pelbagai program turun padang yang dibuat oleh Najib dan Muhyiddin untuk merampas semula Selangor setiap bulan di negeri itu.

Adun Sungai Panjang itu berkata, program Najib dan Muhyiddin itu itu hanya menarik sokongan pengundi veteran iaitu yang berumur 50 tahun dan ke atas.

Katanya, ini tidak memberi faedah kerana pengundi berusia sudah membuat pilihan parti mana yang mahu dipilihnya.

"Kena buat untuk kumpulan umur 21 hingga 30 tahun kerana golongan ini tidak ada apa-apa keputusan tentang politik. Mereka mungkin telah mendaftar tetapi belum tentu keluar mengundi atau tidak daftar."

"Kena buat program dengan cepat dari sekarang kerana sudah berada di pusingan akhir sebelum pilihan raya," tambahnya.

Israel akan serang Iran pada April depan.. Nuar mesti setuju!!


Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta percaya Israel akan melancarkan serangan terhadap Iran seawal April depan bagi menyekat Republik Islam itu daripada menghasilkan senjata nuklear.

Akhbar Washington Post semalam melaporkan, Panetta bimbang mengenai kemungkinan Israel melancarkan serangan itu dalam masa beberapa bulan lagi.

CNN kemudian mengesahkan laporan itu dengan memetik kenyataan seorang pegawai kanan pentadbiran Obama yang enggan dikenali.

“Panetta percaya ada kemungkinan besar Israel akan serang Iran pada April, Mei atau Jun - sebelum Iran memasuki apa yang disifatkan oleh Israel sebagai "zon kekebalan" bagi memulakan kerja menghasilkan bom nuklear.

"Tidak lama lagi, Israel bimbang Iran akan mempunyai secukupnya uranium yang sudah diperkayakan di kemudahan bawah tanah untuk menghasilkan senjata nuklear dan ketika itu hanya Amerika Syarikat saja yang boleh menyekatnya dari segi ketenteraan," kata penulis laman Washington Post, David Ignatius dalam laporannya.

Beliau yang menulis laporan itu dari Brussels, tempat Panetta menghadiri mesyuarat Menteri Pertahanan Nato, tidak menyatakan sumbernya.

Artikel yang disiarkan Washington Post itu berkata, penangguhan latihan bersama tentera Amerika Syarikat-Israel yang dijadualkan pada musim bunga ini mungkin menjadi petanda Israel akan melancarkan serangan itu tidak lama lagi.

Panetta dan Pentagon enggan mengulas laporan itu.

Israel yang dipercayai menjadi satu-satu negara di Asia Barat yang mempunyai senjata nuklear, menganggap projek pengayaan uranium Iran sebagai ancaman besar dan tidak menolak kemungkinan menggunakan kekuatan tentera untuk menyekat Teheran daripada miliki senjata seumpama itu. - Reuters

Hadi tolak jawatan jadi Perdana Menteri?? Boleh percaya ke ni????


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian beliau tidak ada sebarang hasrat mahu menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) dapat membentuk kerajaan pusat.

Sebaliknya tegas beliau, apa yang penting ialah pihaknya mahu memperkasakan Islam selain mencapai sasaran PR menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, perikatan berusia empat tahun itu mempunyai personaliti-personaliti yang layak untuk mengisi jawatan tertinggi itu apabila PR dapat memenangi pilihan raya umum peringkat pusat.

"Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri.

"Yang penting, kita nak perkasakan Islam. Siapa duduk di atas, saya terima, bahkan saya boleh rehat; balik kampung jadi pembantu sahaja, pergi ke laut, balik jadi nelayan," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin di Marang, Terengganu baru-baru ini.

Menjawab soalan siapa perdana menteri jika PR menang PRU13, Abdul Hadi menjelaskan, pada peringkat ini Pas belum lagi membincangkan perkara tersebut dan begitu juga dalam PR.

"Di peringkat PR pun tidak bincang. Kita bincang untuk ke Putrajaya dulu. Jadi, macam orang kampung cerita, kambing tak bela lagi, sirih tak tanam lagi.

"Jadi duk bergaduh nak buat pagar. Yang ni kata nak buat pagar, yang ni kata nak tambat kambing. Apabila tanya mana kambing, tiada kambing lagi. Mana sirih, tidak tanam lagi pun," katanya lagi.

Ahli Parlimen Marang ini menambah, dari segi politik, kepimpinan negara seharusnya orang Melayu Islam kerana majoriti adalah orang Melayu.

"Itu mengikut kaedah politik Islam. Kalau orang Cina masuk Islam, jumlah mereka besar, mereka ada tokoh, mereka layak jadi pemimpin. Kita orang Melayu kena terima, kalau India begitu juga.

"Jadi realiti hari ini majoriti orang Melayu adalah Islam. DAP sudah terima Islam sebagai agama Persekutuan. Hak istimewa orang Melayu dia terima, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dia terima.

"Dalam masa yang sama, agama lain ada hak dia. Bangsa lain yang miskin tidak boleh diabaikan, hak dia untuk mengajar bahasa ibunda tetapi bahasa Melayu jadi bahasa rasmi," katanya lagi.

Justeru jelas beliau: "Dan, kita kena sedar Umno tidak buat benda ini dalam masa 50 tahun lebih. Tidak perkasakan; itu silap dialah."


p/s: Ye ke Hadi taknak jadi PM??? Ke berlakon je macam hari tu..? Memula kata taknak bertanding, lepas kena pujuk dengan Anwar, terus jadi bertanding pulak.. Hadi dah semakin Flip Flop sekarang ni nampaknya...

Hina Allah hanya kerana seekor Boifren??? WTF!!!


Korang tengok sendiri perangai budak-budak pompuan sekarang.., apa perasaan korang bila baca ayat macam yang budak tu tulis dalam Fesbuk dia?

Budak tu sanggup hina Tuhan hanya kerana seorang jantan yang belum tentu boleh cari makan sendiri.., apatah lagi nak bela dia.

Sapalah mak bapak budak pompuan tu yee? Gua betul-betul kesian kat mak bapak dia sebab ada anak yang macam tu..

Inilah trend bebudak sekarang.. Kalau dulu banyak kes yang dorang anggap boifren tu lagi penting dari mak bapak.., sekarang ni dah makin advance beb.. Makin gila nampaknya dunia ni..

Budak-budak pompuan sekarang ni kebanyakannya memang dah tak reti malu! Kalau korang pergi ke shopping complex, mesti ada budak pompuan yang baru nak tumbuh bulu berkepit dengan jantan tanpa rasa malu!

Bukan setakat berkepit, dengan selamba pulak berpeluk sakan tanpa rasa segan. Gua nampak macam dorang bangga pulak tunjuk kat semua orang yang dorang tu dah ada boifren..

Jenis-jenis budak-budak bangang macam ni lah selalunya akan buang anak merata-rata bila dah mengandung nanti. Percayalah!!

Kalau dah percayakan boifren lebih dari Tuhan.., apa lagi yang korang nak harapkan dari bebudak macam tu?

TERKINI!!! Parlimen BUBAR minggu depan!!


Confirm!! Kalau ikut seperti apa yang diberitahu oleh Husam, Parlimen Malaysia akan dibubarkan pada minggu depan.. Tapi dia tak nyatakan pulak bila tarikhnya..

Gua tak tahulah mana Husam dapat maklumat tu.., mungkin dia dah dapat wahyu dari Nik Aziz kot? Sebab selalunya pembubaran parlimen ni hanya Perdana Menteri saja yang tahu..

Husam tu sapa kalau nak dikira hubungannya dengan Najib? Kalau dengan Anwar tu gua tahulahh... Husam kan anak emas Anwar dalam PAS...

So.., khabar angin pasal pembubaran parlimen ni gua tak berani tak komen apa-apa.. Yang gua tahu, PRU13 dah hampir sangat tapi bukanlah dalam bulan ni..

Najib pun ada banyak masa lagi untuk buat PRU.. Apapun.., gua setuju dengan cakap Tun M.., patutnya PRU diadakan tahun depan..

Bukannya apa.., ramai yang masih 'tidur' lagi dalam kerajaan tu.. Tunggulah dorang bangun dulu... Hehehehe..

Tian Chua mengaku kenal ejen Israel dalam pejabat Najib.


Menurut Tian Chua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan khidmat seorang pegawai Israel bernama Paul Stadlen, sebagai pegawai media beliau.

Beliau difahamkan sehingga kini, Paul Stadlen – bekas Pengarah Urusan APCO di Malaysia- masih berkhidmat untuk Najib di Jabatan Perdana Menteri.

“Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak masih mengupah Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.

“Siapa Paul ini? Beliau ialah bekas Pengarah Apco di Malaysia yang kini antara tugasnya menonjolkan imej baik Najib,” kata Tian kepada Keadilandaily.com.

Menurut beliau lagi, Najib sebelum ini juga bersetuju supaya Malaysia menyertai pasukan keselamatan yang ditaja oleh kerajaan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan, ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tahun lalu.

“Lagi bukti betapa pentadbiran Najib merupakan balaci Israel ialah dalam pertemuan dengan Obama tahun lalu, beliau menyatakan persetujuannnya agar Malaysia menyertai pasukan keselamatan Amerika di Iraq dan Afghanistan selepas Amerika menyerang negara Islam berkenaan.

“Hakikatnya dunia Islam tahu dalang serangan Amerika ini didalangi Zionis-Israel dan ditentang majoriti negara Islam seluruh dunia,” tegasnya.

WARNING!! MahaSEWEL akan merusuh di Wisma Darul Aman 19 Februari ni..


Solidariti MahaSEWEL Malaysia (SMM) menegaskan pihaknya sudah bersiap untuk menggerakkan protes besar-besaran di hadapan Wisma Darul Aman Alor Setar pada 19 Februari ini jika Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus mempertahankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, pergerakan itu mengharapkan agar kepimpinan tertinggi Pas dapat menimbang tara dengan sebaik mungkin tuntutan yang dikemukakan oleh mahasiswa ini.

SMM meletakkan tiga tuntutan berhubung isu tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

"SMM juga mengharapkan agar pertemuan antara pimpinan tertinggi Pas dan MB Kedah nanti bakal menghasilkan keputusan yang positif," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pertemuan Pas Pusat dengan Azizan dijangka akan berlangsung 12 Februari ini, bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu semasa. Pada tarikh itu juga Pas Pusat akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja.

Gambar seksi berbikini Manohara dengan suami barunya..


Berita mengenai hubungan Manohara Odelia Pinot dengan seorang gabenor semakin banyak diperkatakan. Malah, gambar mereka berdua semakin banyak tersebar di Internet.

Sejak beberapa bulan lalu, tersebar khabar angin mengatakan Manohara sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang gabenor.

Dan kini, dengan tersebarnya gambarnya dengan seorang lelaki yang lebih tua daripadanya, dipercayai seorang gabenor, menguatkan lagi khabar angin itu.

Dalam gambar yang diberi tajuk “Gabenor Sulawesi Tenggara dengan Manohara,” wanita jelita itu memakai blaus jarang berwarna putih yang menutupi sepasang pakaian mandi hitam, dan rambutnya dibiarkan tidak diikat, di atas sebuah bot.

Seorang lelaki berkumis, yang dikatakan seorang gabenor, duduk bersantai bersama Manohara sambil memegang sebuah kamera SLR.

Hubungan mereka masih menjadi teka-teki kerana Manohara tidak dapat dihubungi untuk mengesahkannya. - Detikhot

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online