BREAKING NEWS

Cubaan MEMBUNUH pemimpin PAS? Betul ke?


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan pihak tertentu yang membakar kereta dan rumah milik Timbalan Peusurhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad semalam.

DPPM menganggap tindakan tersebut dilakukan oleh individu yang bacul dan tidak bermaruah kerana hanya mampu ‘menyerang hendap’ pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani berhadapan atau bersemuka dengan pemimpin tersebut.

DPPM melihat kejadian membakar kereta dan rumah Sdr Dzulkefli Ahmad itu adalah sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS.

Sebelum ini pada tahun lepas, rumah Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dilontar Molotov Cocktail oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam cubaan membakar rumah beliau.

Ini menunjukkan sudah ada usaha tindakan agresif dan kekerasan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap pemimpin PAS.

DPPM merasa bimbang dengan tndakan ‘ala gangster atau mafia’ yang diamalkan oleh sesetengah pihak di negara ini.

Menyedari bahawa pemimpin PAS lantang menyuarakan kebenaran dan menentang kezaliman, rumah dan aset mereka pula menjadi sasaran tindakan khianat.

Ia sebagai suatu mesej dan amaran kepada pemimpin PAS supaya jangan sesekali berani bangkit membantah kezaliman kerana dendam kesumat itu akan disasarkan pula kepada mereka selepas ini dalam apa juga bentuk termasuk membaling bom dan membakar rumah mereka.

Justeru, DPPM meminta pihak polis menyiasat kejadian ini secara terperinci dan berharap insiden ini tidak berlaku di masa depan.

DPPM juga meminta Jabatan AMAL bersedia dalam setiap ketika untuk menjaga keselamatan pemimpin PAS terutama menjelang pilihanraya umum yang dijangka pada bila-bila masa.

Akhirnya DPPM mendoakan semoga Dzulkefly Ahmad sekeluarga tabah menghadapi ujian yang melanda dan semga ujian ini akan menguatkan beliau dalam perjuangan ini.

PAS Selangor nak buat Solat Hajat pasal Kepala Babi..


Susulan insiden penemuan kepala babi di beberapa buah masjid semakin menjadi-jadi, PAS Selangor akan menganjurkan solat hajat memohon agar insiden ini tidak merebak dan menimbulkan huru hara.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata solat hajat akan dilakukan di peringkat negeri, dan di setiap daerah dan cawangan.

"Kita tahu ada orang yang cuba melakukan provokasi perkauman di Selangor dan ahli-ahli kita tidak mudah termakan provokasi ini.

"Kita mahu ahli-ahli PAS menyelidik dan menjejaki dalang di sebalik insiden ini,"katanya.
Selangor dan Lembah Klang paling kerap dihadap dengan provokasi kaum dan agama semenjak kerajaan negeri bertukar tangan dalam PRU-2008.

Sebelum ini, pada tahun 2010 Masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya diletakkan kepala babi.

Isu kepada babi timbul dan diperkatakan semula dengan kejadian terbaru berlaku di Masjid Nurul Iman, Rawang pada 31 Januari lalu dan Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

"Kita arahkan ahli-ahli PAS membantu menjaga kesucian masjid dan surau. PAS selangor sedia bekerjasama dengan semua agensi termasuk polis serta akan menahan sesiapa saja yang cuba mengulangi insiden kepala babi ini,"katanya dalam satu kenyataan media.

Nik Aziz berikrar akan bertanding sampai ke lubang kubur..


Hadi dah bagi hint hari tu, cukup-cukup lah pegang jawatan lama-lama.. Bagilah pada muka baru pulak.. Tapi kalau jenis bebal dan tak reti bahasa, nak buat macam manalah kann..

Hari ni Nik Aziz alaihissalam mengumumkan untuk terus bertanding sampai bila-bila selagi diperlukan.. Maknanya, sampai ke lubang kubur lah tu..

Gua pun heran, di Kelantan sendiri ramai yang harap tua bangka tu turun dari kerusi MB, tapi macam manalah Pok Nik boleh rasa dia still diperlukan?

Air di Kelantan dah 20 tahun tak settle, perumahan rakyat langsung tak dibuat, kemiskinan tegar makin bertambah, masalah sosial dah jadi kebiasaan.., then macam mana Pok Nik masih rasa dia mampu mentadbir Kelantan?

Memang syok sendirilah orang tua tu.. Perasan kononnya rakyat Kelantan still perlukan dia.. Padahal satu negara dok tunggu je dia tu bersara dari buat dosa politik.

Gua ingat lagi.., dulu Nik Aziz tuduh Mahahthir nak menongkat langit bila pegang jawatan PM.., sekarang ni ludah sudah balik ke muka laa..



KOTA BAHRU - "Saya pernah disergah kerana melahirkan hasrat untuk berundur. Saya akan terus bertanding kerana khidmat saya masih diperlukan."

Demikian pendirian Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang minggu lalu melahirkan hasrat tidak mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum, juga perlu terus bertanding kerana mempunyai bakat untuk memimpin.

Mengenai pendirian Abdul Hadi itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menambah, beliau tidak boleh berbuat apa-apa tetapi tetap berharap Ahli Parlimen Marang itu akan bertanding di peringkat Parlimen.

Beliau memimpin kerajaan negeri sejak Pas memenangi pilihan raya umum tahun 1990.

PANAS!!! Skandal terbaru Khairul Fahmi Che Mat..

Leuniey?

Ada skandal terbaru yang membabitkan penjaga gol Kebangsaan negara.. Kalau sebelum ni heboh pasal hubungan dia dengan model Dahlia Teck, sekarang ni heboh pulak kata si Apex ni ada awek lain..

Yang panasnya ialah, dikhabarkan bahawa skandal baru Apex tu sanggup putus tunang hanya semata-mata 'gilakan' pemain skuad kebangsaan tersebut.. Woha!!!

Gadis bernama Leuniey ini merupakan tunangan orang yang baru bertunang hujung bulan Disember 2011. Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan. - sumber.

Perkara ni didedahkan didalam Twitter yang bernama MahsiH2. Menurut pemilik Twitter tu, dia hanya nak dedahkan perangai sebenar Khairul Fahmi yang ramai tak tahu.

Korang boleh baca sendiri printscreen laman Twitter tu yang gua tepek kat sini.. Kalau tak puas hati, korang boleh cari sendiri MahsiH2 di laman tersebut.


So.., gua cuma nak komen satu je dalam hal ni.., berkawan biar seribu.., berkahwin kalau boleh biar satu. Tapi kalau ada peluang.., tak salah nak tambah sampai cukup kuota..

Rezeki jangan ditolak.., tak baik sia-siakan rezeki bak kata orang tua-tua... Betul tak?

Mesti Khairul Fahmi setuju dengan gua... Hahahahaha...

Khidmat mandi bersama PELACUR.. Hanya di Selangor!!!


Taktik sebuah rumah kedai menyediakan perkhidmatan memandikan pelanggan atas katil khas yang diletakkan di bilik air, sebelum menawarkan seks sebagai tarikan tambahan, terbongkar setelah polis menyerbu premis di Taman Botanic, Klang, kelmarin.

Kegiatan itu dikesan, selepas polis menerima maklumat orang awam yang curiga melihat ramai pengunjung memenuhi premis tiada berpapan tanda itu.

Hasil maklumat itu, serbuan diketuai Asisten Superintendan Aimy Shah Fadhil bersama tiga pegawai dan tujuh anggota dari Unit Urus Setia NKRA, Selangor, dijalankan, malam, kelmarin.

Menurutnya, ketika diserbu seorang pelacur warga asing dalam keadaan separuh bogel sedang melayan pelanggan.

“Kita tahan enam pelacur warga Vietnam dan tiga wanita China, masing-masing berusia antara 21 hingga 35 tahun dan dua penjaga premis serta tujuh pelanggan berusia antara 22 hingga 39 tahun,” katanya semalam.


Aimy Shah berkata, siasatan awal mendapati taktik meletakkan katil di bilik air itu, adalah modus operandi terbaru yang digunakan oleh sindiket pelacuran.

Menurutnya, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran polis.

Katanya, siasatan menunjukkan semua pelacur itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dan semua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan.


p/s: Hebat!!! Semenjak Khalid Ibrahim jadi Exco Agama Islam di Selangor, makin banyak pulak maksiatnya negeri tu yee.. Gua heran.., Khalid jadi exco jaga agama ke, ataupun exco melingkupkan agama? Cer citee...

JingGAY 13 desak SPRM siasat harta Anwar dan Azmin?


Semua orang tahu, puak-puak JingGAY 13 ni adalah ahli-ahli PKR yang berlakon sebagai NGO.. Dorang buat macam tu untuk menutup topeng kepartian dorang..

Hari ni, puak-puak JingGAY tu desak supaya SPRM siasat sumber duit yang ada pada bini Najib. Kononnya duit bini Najib tu adalah duit rakyat.

Gua heran satu perkara.., kalau betullah geng JingGAY tu telus, kenapa tak suruh SPRM siasat duit Anwar dan Azmin sekali?

Anwar pun selama ni habiskan banyak duit untuk 'melancong ke serata dunia dan berkereta mewah walaupun sekadar ahli Parlimen cabuk je beb..

Tahun lepas je lebih kurang 80 kali Anwar melancong ke luar negara. Peliknya, cuma 20 kali je Anwar turun ke Parlimen dia sendiri beb..

So.., sapa yang bagi dana untuk sponsor semua perbelanjaan Anwar agaknya tu?

Kalau nak siasat, biarlah siasat semua sekali.. Harta si Fariz Musa tu pun kena siasat jugak.. Gua dengar, kaya raya makhluk pencacai Anwar tu beb..

Jingga 13 mendesak SPRM menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ‘berbelanja mewah’ di Australia.

Ianya merujuk kepada laporan dalam seksyen ‘Private Sydney’ yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald 12 Januari lalu, apabila kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, jumlah yang dilapor akhbar itu tidak termasuk berapa malam Rosmah dan Dato’ Seri Najib Razak menginap di Hotel Darling, Sydney yang berharga RM65,100 semalam dan bayaran untuk parkir khas untuk limosin beliau.

“Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup, dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup, isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu ringgit.

“Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau boleh untuk berbelanja mewah sehingga di gelar ‘First Lady of Shopping,’” katanya yang menuntut siasatan segera SPRM.

Menurut Fariz, beliau hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat isteri Perdana Menteri Malaysia itu.

SERAM!!! Penampakan wajah HANTU di sofa...


Penampakan wajah berupa manusia di Sofa telah menghebohkan laman Twitter dan Facebook semalam.. Ramai yang tak percaya dengan apa yang mereka lihat dalam gambar tersebut..

Jika dilihat dengan sekali pandang, mungkin korang tak akan nampak sebarang perkara yang aneh dan ganjil dalam gambar diatas tu..

Tapi kalau korang perhatikan dengan teliti di sofa berkenaan, korang akan nampak satu wajah yang menggerunkan..

Cuba korang perhati betul-betul dibelakang hujung sebelah kiri sofa berkenaan.. Apa yang korang nampak?

The truth is out there... huhuhuhuhu....

Niat Anwar baik.. Dia cuma nak "selamatkan" Putrajaya sajaa...

Gambar Hiasan ehsan Pakcik Google..

Petang kelmarin masa gua singgah dikedai kopi untuk tapau teh tarik, ada satu pakcik tua ni bising kat kawan dia pasal isu Anwar yang dituduh jadi ejen Israel untuk hancurkan negara..

Kata pakcik tu, tak logik Israel akan percaya pada melayu pasal bangsa Yahudi Israel tu dijadikan Tuhan sebagai bangsa yang cerdik..

Jadi, dengan kecerdikan yang ada pada Israel, tak perlulah dorang susah-susah lantik melayu jadi ejen.., lagi baik dorang hancurkan umat melayu melalui ekonomi..

Wohaa!! Mulanya gua respek pakcik tu sebab dia lebih tahu pasal Israel dari puak-puak tu sendiri.. Tapi lepas tu gua lagi respek pada kawan didepan dia sebab bagi jawapan yang paling bernas..

Kawan pakcik tu kata.., sebab Israel cerdiklah dorang lantik Anwar jadi ejen di negara ni.. Dorang tahu Anwar tu jenis bangsa melayu yang bodoh dan senang dicucuk hidung..

Hahahahaha.., gelak besar gua kat situ beb...

Then.., untuk cover malu.., pakcik tu terus kata.. "Sekurang-kurangnya Anwar tak teruk macam Najib dan Rosmah.., sebat duit rakyat hanya untuk shopping di luar negara.."

"Anwar tu nak ambik Putrajaya sebab nak selamatkan Malaysia.. Kalau biar lama-lama kat tangan Najib, habis bangkrap kita.. Tak sempat Yahudi nak jajah.."

Huhuhuhu.., itulah ayat pakcik tua yang sempat gua dengar.. Gua tak boleh lepak lama sebab hari dah nak hujan..

Tapi serius beb.., ayat pakcik tu memang lekat di kepala gua semalam.. "Anwar nak selamatkan Putrajaya saja.." Memang tak boleh blah laaa...

Gua rasa, pakcik tu pernah terhutang budi pada Anwar kot? Sebab tu tebal bukan main ketaksuban dia pada "imam mahadi" PKR tu..

Apapun, gua yakin pakcik tu takkan percaya apapun yang diterangkan pada dia mengenai keburukan Anwar.. Orang yang jenis taksub terlampau macam tu susah nak difahamkan beb..

Maklumlah.. melentur buluh biar dari rebung.., kalau dah tua bangka macam tu, tak dapek den nak nolonggg... Biarlah dia terjun dengan labu-labunya...

Artis Malaysia BERBIKINI dan SEKSI dalam majalah FHM..


Korang ingat tak lagi dengan artis cina Hannah Tan? Dulu minah tu merupakan seorang artis yang berbakat.. Dia boleh jadi model.., pengacara TV.., pelakon iklan dan jugak menyanyi..

Memang glamour jugaklah dulu minah chinese ni.., tapi sekarang ni gua tak tahu pulak kemana dia pergi.., hilang tanpa berita..

Tup-tup.., hari ni gua terjumpa gambar dia dalam satu blog hiburan.. Siap berbikini lagi beb.. Rupanya Hannah Tan ni dah jadi model luar negara.. Patutlah lama tak dengar pasal dia..

Berani betul minah ni bergambar seksi dan berbikini dalam majalah tu yee.. Kalau tak silap gua, majalah FHM ni lah yang jemput sorang artis melayu bergambar dulu kannn?

Kalau Hannah Tan ni nak bergambar macam tu, gua tak berapa kisah sangat sebab dia Chinese.. Lainlah kalau artis melayu sorang tu yang kononnya bergambar macam tu sebab nak cari rezeki..

Parah beb kalau ada artis-artis melayu yang tak sedar diri macam tu..



p/s: Gambar berbikini artis ni gua tak letak kat sini sebab tak sesuai sangat.. Kalau korang nak tengok jugak.., cari sendiri dalam google yee..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online