BREAKING NEWS

Jawapan Terkini dari Wall Street Journal.. Anwar memang tak sokong Israel.



Lawak beb!! Gua rasa Anwar dah contact wartawan Wall Street Journal supaya tolong jawab isu sokongan dia terhadap Israel baru-baru ni dalam laman web tersebut.

Dan sekarang, The Wall Street Journal pun terpaksa keluarkan satu artikel bagi 'menjernihkan keadaan'.. BACA SINI

Apa yang gua nampak, kenyataan terbaru dari Wall Street Journal ni semakin memerangkap Anwar..

Jika dalam artikel terdahulu TWSJ tulis Anwar menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel.., artikel terbaru pulak menunjukkan bahawa Anwar mendesak dunia mengiktiraf negara Israel jika Israel memberi kemerdekaan pada Palestin..

Ini bermakna, Anwar bukan saja menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.., tetapi dia juga secara peribadi mengiktiraf kewujudan negara zionis tu..

Malaysia is one of three Southeast Asian nations including Indonesia and Brunei that does not have diplomatic relations with Israel, though limited economic ties exist between private companies in both countries.

“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.”

Dengan sokongan Anwar terhadap Israel dan pengiktirafan kewujudan negara regim tersebut, gua rasa Anwar nak nafikan sejarah penjajahan Israel di bumi Palestin..

Anwar dan para pencacainya harus sedar, Israel laknatullah tak pernah ada negara.. Israel memulakan penjajahan terhadap bumi Palestin sejak tahun 1946 lagi.. Takkan puak-puak Pakatan semuanya buta sejarah?


Tanah yang diduduki oleh Israel laknatullah sekarang adalah milik rakyat Palestin!  Israel sebenarnya langsung tak ada negara!

Terang-terang Anwar mahu dunia serta penjilatnya dalam Pakatan mengiktiraf negara Israel dan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel jika hak Palestin dihormati..

Adakah Anwar Ibrahim lupa bahawa puak-puak kafir tak akan tunduk dengan umat Islam melainkan semua umat Islam mengikut telunjuk dorang?

Gua yakin, kalau Pakatan menang dalam PRU akan datang dan Anwar Ibrahim diangkat jadi Perdana Menteri, larangan rakyat Malaysia ke Israel dalam pasport sekarang ni akan dihapuskan..



Tak percaya? Bagilah undi pada Pakatan dan tunggulah kehancurannya nanti!

Nora Danish ada skandal dengan Mahasiswa?


Sapa tak kenal dengan pelakon cun ni beb.. Walaupun berstatus janda, Nora Danish tetap 'menjadi igauan' lelaki-lelaki dalam Malaysia..

Gua tak termasuk dalam senarai lelaki yang 'gilakan' Nora Danish sebab gua dah ada Maya Karin.. Lagi anggun dari Nora Danish beb.. Hehehehe..

Baru-baru ni, ada satu gossip panas yang mengatakan Nora Danish ada menjalinkan hubungan rapat dengan seorang mahasiswa.. Woha!!

Apa yang pasti, pakwe Nora Danish tu bukanlah Adam Adli yang tiga suku tu sebab dia dah digantung dari pengajian.. So Adam Adli tak layak digelar mahasiswa..

Tetapi, melalui satu temubual dengan wartawan hiburan Mstar, Nora Danish menafikan semua gossip-gossip liar tersebut..


Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta, IPTS yang jauh lebih muda darinya.

Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.

"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta," kata Nora.

So.., dengan penafian dari tuan empunya badan..,  ada can lagilah kepada sesapa yang berminat pada Nora Danish tu.. Good Luck!

Proton Inspira R3.. Memang cun dan terlampau!!


Proton semakin bergaya apabila memperkenalkan model baru bagi Inspira iaitu Inspira R3. Memang cun banget beb..

Dilengkapi dengan bodykit R3 yang garang.., sportrim 18 inci x 7.5 Advanti Racing M8501.., tayar 225/40/18 92W YOKOHAMA AR01 Racing.., serta enjin MIVEC 1.8 manual.., gua yakin 'makhluk' R3 ni akan berdesup atas jalan waktu tak ada speedtrap..

Gua memang berminat dengan Inspira R3 ni tapi poket gua tak cukup tebal untuk melunaskan impian tersebut.. Harga atas jalan ialah RM78,549 bagi versi solid dan RM78,999 untuk versi metallic..

Mak aihhh..., harga tu dah boleh beli 10 biji kereta yang gua pakai sekarang...

So..., tak dapat kereta.., dapat review pasal Inspira R3 ni pun jadik lahhh.. Buat lepas geram.. Hehehe...



TERKINI!!! Mat Sabu naik angin dengan Anwar..


Ketika dihubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau.

Tu diaaa.., adik tiri Mat Indera dan juga anak angkat kepada Chin Peng dalam PAS mula bersuara pasal negara Israel.. Anwar mesti terketar-ketar bila dengar ni beb..

Anwar jangan main-main bila Mat Sabu dah mula naik angin.., abang Mat is a Timbalan Presiden PAS you knowww... Hehehehe.

Baik Anwar berhati-hati.. Ganas Abang Mat kita tu tauu.. Bukan setakat komunis je abang Mat sokong.., bini orang boleh abang Mat boleh balun tauu.. Siap ada lekat bau lagi.. Hahahaha..

So.., Anwar better watch out.. Dont make Abang Mat angry.. Everybody dont like when Abang Mat angry because its look like green pig in Angry bird games.. Hahahahaha....

DAP sediakan SARANG SEKS untuk MELAYU di Batu Feringghi.. BRAVO!!!!


Sebuah hotel bajet di Batu Feringghi dipercayai menjadi tumpuan golongan remaja membuat maksiat namun kegiatan berkenaan dihidu beberapa penduduk setempat dan segelintir peniaga berhampiran.

Pekerja kedai runcit, Yahya Hasan, 55, berkata, kegiatan terbabit sudah lama berlaku namun semakin rancak sejak tahun ini.

Menurutnya, terdapat sekumpulan remaja berusia belasan tahun secara berpasangan datang ke kedainya dan membeli barang.

“Apabila mendengar loghat mereka bukan orang Pulau Pinang, saya bertanya datang dari mana, dan masing-masing menjawab Kuala Lumpur dan Ipoh, saya kemudiannya bertanya datang melancong ke, dan dengan selamba mereka menjawab mereka sudah di sini dua malam dan duduk di sebuah hotel bajet.

“Mereka memang ada menyebut nama hotel berkenaan, yang saya hairankan ialah semuanya baru sahaja berusia lingkungan dalam 17 hingga 20 tahun tapi sudah pandai jauh dari ibu bapa dan melakukan perkara maksiat sebegini,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke hotel berkenaan mendapati bayaran yang dikenakan begitu rendah bermula dari RM50 sehingga RM100 sahaja.

Perbuatan mereka yang ingin melakukan maksiat juga lebih mudah kerana kedudukan hotel yang terletak di bahagian belakang bangunan.

Seorang pekerja hotel yang tidak mahu dikenali berkata, mereka tidak mempunyai hak untuk menghalang remaja terbabit dengan menginap di tempat mereka.

“Kami pun dapat duit, kalau kami marah-marah pasti pelanggan lari, kalau penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP)) datang, kami bagi saja mereka masuk buat pemeriksaan,” katanya.


Terdahulu Sinar Harian telah melaporkan hotel berkenaan menjadi sarang maksiat malam tahun baru berikutan penangkapan beberapa pasangan remaja di situ.

Ketua Operasi JAIPP Tanjong, Muadz Md Nazan berkata, pihaknya menahan 14 remaja berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun di hotel berkenaan.

Menurutnya, serbuan dilakukan sekitar jam 2 pagi mendapati tujuh pasangan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 iaitu berkhalwat.

How Are U today Mr Anwar?? Blogger PAS maki Anwar..


Aikk..? Biar betul ni beb? Gua ingatkan sifat wala' serta taksub blogger Pakatan kepada Anwar tak pernah terpesong, rupanya gua tersilap tafsir..

Korang baca je lah sendiri ulasan blogger pro PAS diatas tu.., dia mengaku bahawa semua tindak tanduk Anwar tu memang bodoh..

Dan dia dengan sukarelanya mengaku bahawa selama ni PAS hanya jadi tukang cuci Najis Anwar didalam Pakatan..

Kalau blogger pro Umno keluarkan statement ni, mungkin kita boleh kata saja nak burukkan imej PAS dan Pakatan, tapi ni pengakuan secara terbuka dari blogger PAS beb.. Mesti ada something wrong nih..


p/s: Tik.. Tok...Tik.... Tokk... Hehehehehe...

Penulis lirik Awan Nano akan keluar dari PKR.


Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung.

Nasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor.

Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya.

"Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan.

"Saya berkarya untuk semua orang, saya tak buat lagu untuk satu parti atau mana-mana parti tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Justeru katanya, lagu Awan Nano yang bermaksud 'pelindung' dan karya-karyanya yang lain turut mempunyai unsur-unsur kemanusiaan selari dengan prinsip penulisannya.

Nasmi berkata, beliau sebenarnya sudah terlibat dalam bidang seni dan penulisan bukan baru tetapi kira-kira 15 tahun yang lalu dan tidak menganggap berpolitik sebagai halangan untuk berkarya.

"Kerja seni saya melampaui parti dan saya tak jadikan parti sebagai halangan. Parti sebagai wadah untuk saya bergerak, itu sahaja," katanya.

Nasmi menambah, berkarya sambil menceburi bidang politik adalah perkara biasa yang turut berlaku di luar negara.

Malah, beliau turut menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum.

Dalam pada itu, beliau berkata selepas kemenangan Awan Nano, beliau mula melihat arah yang dicari-cari selama ini dan akan lebih aktif menulis lirik.

"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya lagi.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online