BREAKING NEWS

Artis bertukar jadi PONDAN selepas program bersama Azhar Idrus..?


Apa dah jadi pada artis sorang ni beb? Dulu ok lah jugak dia ni gua tengok.., tapi gambar terbaru dia menunjukkan sebaliknya..

Takkan dia dah berukar menjadi salah satu golongan LGBT kot? Itu mustahil beb sebab dia kan berkawan baik dengan sorang penceramah pro Pakatan..

So gua suka nak mintak penceramah berkenaan tolong lah nasihatkan sikit artis/pelakon/pelawak tersebut.. Bukankah perbuatan lelaki yang menyerupai perempuan tu dah dilarang oleh Rasulullah SAW..?

Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan bahawa perempuan dilarang memakai pakaian lelaki dan lelaki dilarang memakai pakaian perempuan.

Disamping tu baginda juga melaknat Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.., termasuklah meniru perkataannya, geraknya, cara berjalannya, pakaiannya, dan lain-lain..


Gua yakin penceramah pro Pakatan yang jadi sahabat baik artis tu lebih arif pasal ni.. Jadi please lah tegur yee...

Kalau menegur dan mengutuk pemimpin kerajaan beliau boleh buat dalam ceramah.., takkan nak tegur sahabat sendiri tak boleh kot?

Hasan Ali CABAR Azmin tunjuk kejantanan..


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya.


p/s: Gua sarankan pada Hasan Ali supaya dedahkan je bukti salah laku pemimpin Pakatan di Selangor tu.. Terutamanya Azmin dan juga DAP.. Biar semua rakyat tahu perangai jembalang dorang..

Sungai Lui bakal Juara di AJL26.. Wohaaa!!!!


Mesti ramai yang tengah berdebar menunggu Anugerah Juara Lagu edisi ke 26 malam ni.. Bagi gua, semua lagu yang sampai di peringkat akhir ni memang dalam kategori terbaek..

Walaupun begitu, di antara semua lagu yang bertanding, gua pilih Sungai Lui sebagai Juara Lagu malam ni..

Nasib baik Maya Karin tak bertanding.., kalau tak gua mesti akan pilih beliau untuk dinobatkan sebagai Juara.. Suara Maya Karin memang sedap beb... Lemak merdu gitu... Huhuhuhu...

Gua pilih Sungai Lui nyanyian Aizat Amdan tu sebab lirik dia memang bagus.. Melodi dia pun taklah heavy sangat.. Yang penting.., ada bunyik angklong beb.. Klasik gilerr...

So.., itu pilihan gua.. Dan gua yakin Maya Karin pun setuju jika Sungai Lui ditabalkan jadi Juara Lagu.. Sehati sejiwa beb... Hehehehe..

Apapun.., kita tunggu je keputusannya nanti.. Kat bawah ni ada senarai penuh giliran artis yang bakal buat persembahan atas pentas.. Selamat mononton buat semua...

Hidup Sungai Lui !!! Hidup Maya Karin!!!

1) Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol
2) Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
3) Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque
4) Penakut -Yuna
5) Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
6) Cinta Muka Buku - Najwa Latif
7) Karma - Faizal Tahir
8) Kisah Hati – Alyah
9) Sungai Lui – Aizat
10) Gadis Semasa – Yuna
11) Awan Nano – Hafiz
12) Beribu Sesalan – 3 Suara

Nasrudin Tantawi rela dipecat dari PAS..


Semua dah tahu.., dalam Pakatan ada satu individu yang tak boleh diusik ataupun dikritik langsung..

Setakat nak maki hamun Nik Aziz, Lim Kit Siang, Hadi Awang ataupun Wan Azizah, itu tak jadi hal beb.. Tapi jangan sesekali kritik Anwar..

Korang ingat tak lagi macam mana bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin kena warning sebab lawan kumpulan Erdogan pro Anwar dalam PAS..?

Dan tentu korang semua tahu sebab apa Hasan Ali tak dipilih sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya dipecat dari parti..

Semuanya kerana Anwar beb.. Mana boleh ada orang yang boleh kutuk, hina, keji atau kritik Anwar dalam Pakatan terutamanya PAS.. Sebab tu Nik Aziz tak pernah berani nak nasihatkan Anwar..

Soo.., bila Ketua Pemuda PAS Nasrudin Tantawi tu perli Anwar dalam Twitter pasal isu Israel dan LGBT, gua nampak Nasrudin sengaja menempah tiket ke "neraka"..

Maknanya Nasrudin tu rela dipecat dari PAS macam Hasan Ali jugak.. Korang tak percaya? Tunggu je lah nanti bila Anwar keluarkan wahyu.. Confirm Nasrudin kena tendang dengan Hadi Awang.


Anwar akan pujuk Hadi Awang... Elehhh...


Hadi Awang taknak bertanding di PRU13? Tipu je semua tu beb.. Hadi tu sengaja nak cari populariti murahan sebenarnya sebab nama dia dah tenggelam didalam PAS..

Gua rasa, yang paling popular dalam PAS sekarang ni ialah Nik Aziz alaihissalam.. Yang kedua popular pun adalah Nik Aziz... Dan yang ketiga popular pun ialah.., Nik Aziz jugak..

Mana ada orang lain yang boleh lawan populariti Pok Nik tu sebagai seorang nabi PAS yang berwibawa..

So untuk menaikkan nama Hadi selaku Presiden PAS, terpaksa lah Hadi test market kononnya tak mau bertanding.. Nak suruh orang pujuk dia lah tuu..

Tapi nampaknya wayang Hadi berjaya juga lahh.. Anwar selaku Imam Mahadi didalam Pakatan telah bersimpati dengan Hadi dan akan pujuk orang tua tu dalam tempoh yang terdekat..

Berjayakah Anwar pujuk Hadi..? Apakah Hadi akan terkulai layu dengan ayat power Anwar? Kita tunggu je lah episod terbaru sinetron lakonan Hadi Awang ni nanti ye..

Tidak mudah untuk Pakatan Rakyat melepaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Abdul Hadi memainkan peranan penting dalam gabungan pembangkang yang membantunya mencapai kejaan seperti sekarang.

Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

Sokongan Abdul Hadi, menurut Anwar lagi, diperlukan sama seperti Pakatan memerlukan sumbangan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dalam pilihan raya umum lalu, PKR, DAP dan PAS berjaya menawan lima negeri daripada BN, walaupun kehilangan Perak tidak lama kemudian apabila wakil rakyatnya melompat parti.

Gambar SEKSI Lisa Surihani? Biar betul beb..


Lisa Surihani beraksi seksi? Biar betul beb.. Takkan lah budak baik macam Lisa tu sanggup berposing seksi macam ni..

Tapi sekali tengok macam betul lah pulak kann.. Takkan gambar superimposed kot? Sapalah punya kerja yang rajin sangat men'superimposed'kan gambar cik Lisa kita tu..?


Sebenarnya.., gambar-gambar diatas bukanlah gambar Lisa Surihani.. Jauh sekali gambar Maya Karin..

Pompuan dalam gambar diatas tu ialah Kimberly Ryder yang berasal dari Indonesia. Kimberly Ryder ni pun pelakon dan model.. Sama lah macam cik Lisa tu..


So.., jangan terpedaya yee.. Muka dorang je iras-iras nak sama tapi realitinya dorang tu adalah individu yang berlainan..

Kat bawah ni barulah gambar Lisa Surihani.. Gua rasa 'buatan Malaysia' lagi cun kann.. Tapi yang Indon tu pun 'boleh tahan' jugak gratisnya.. Huhuhuhu..


Tarian Ghairah.., artis cun buat penafian.


Beberapa hari yang lalu dunia media hiburan telah kecoh dengan khabar yang mengatakan pelakon Tasha Shilla yang kononnya berkelakuan tidak sopan dan menari ghairah di sebuah kelab malam.

Peristiwa tu berlaku ketika dia menyambut harijadinya yang ke-25 pada 25 Januari yang lalu.

Berikutan dengan khabar itu, Tasha telah memberi maklum balas mengenai insiden tersebut dan menyatakan memang dia ada pergi ke kelab tersebut.

Tetapi dia tidak sama sekali melakukan sebarang Tarian Ghairah atau tarian seksi. Berikut adalah penjelasan Tasha di facebook miliknya:



p/s: Kalau tak buat tu baguslahhh.. Tapi musykil jugak.., kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang beb.. Mungkin ada monyet atas pokok tu kot agaknya yee...

Anwar tak mengaku sokong Israel.. Itu semua fitnah APCO!!!


Kalau ikut kenyataan di laman Wall Street tu, nampak sah bahawa Anwar sokong negara Israel.. Tapi hari ni Anwar nafi pulak..

Bukannya apa tu.., Anwar mesti nak tuduh Wall Street dibayar oleh Umno dan Najib untuk memburukkan imej dia dimata dunia.. Biasalah kann.., semuanya salah Umno kann..

Sebenarnya, seluruh rakyat negara ni tahu hubungan rapat Anwar dengan puak-puak Israel laknatullah tu.. So tak heranlah kalau dia support negara member baik dia..

Jadi, buang masa je Anwar nafi macam mana pun.. Dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh ke apa? Korang bacalah sendiri spin Anwar dalam kenyataan media dia..

Puak-puak pencacai Pakatan tu bolehlah dia tipu..


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM

Fenomena Ustaz Don Daniyal VS Azhar Idrus...


Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid ni baru berumur 28 tahun (Lahir 14hb November 1984) dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Beliau merupakan seorang pensyarah di KUIS serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir.

Ustaz Don ni tengah hot sekarang dan dah menjadi satu fenomena baru selepas "kegilaan" orang terhadap penceramah pro Pakatan iaitu Ustaz Azhar Idrus..


Bahasa yang digunakan oleh Ustaz Don pun memang mudah difahami dan tak "sekasar" bahasa Azhar Idrus yang terkenal dengan lawaknya didalam ceramah.

Rancangan kendalian Ustaz Don (30 minit bersama Ustaz Don di TV Hijrah) tu memang terbukti best.. Tak perlu ada lawak bodoh dan lawak merapu.., just penerangan yang ringkas dan padat..

Paling penting, apa yang disampaikan oleh Don Daniyal ni memang mudah difahami dan mudah meresap kedalam minda anak muda dan juga anak tua yang perasan muda..


So.., gua sarankan kepada korang supaya menonton rancangan Ustaz Don di TV Hijrah.. Memang berbaloi.. Tak ada lawak-lawak tau dalam rancangan tu..

Kalau nak berlawak, baik pergi tengok Raja Lawak la beb.. Agama bukan benda yang boleh dilawakkan..

Kat bawah ni gua letak sikit promo rancangan 30 minit bersama Ustaz Don.. Layannn...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online