BREAKING NEWS

Nizar akan dedahkan RAHSIA bisikan Raja Nazrin..


Korang ingat lagi tak dengan gambar kat atas tu? Gambar tu menunjukkan DYTM Raja Nazrin sedang membisikkan sesuatu kepada Nizar semasa sidang Dun Perak..

Agaknya, apa yang baginda bisikkan pada Nizar? Hanya baginda dan Nizar saja yang tahu beb..

Tapi semalam dalam ceramahnya di Taman Simpang, Taiping Perak, Nizar berjanji kepada penyokong PAS yang hadir disitu..

Nizar akan mendedahkan bisikan DYTM Raja Muda Perak tu hanya apabila Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya.

Kata Nizar, buat masa ni dia akan merahsiakannya. "Saya akan dedahkan jika kita ke Putrajaya" kata Nizar.

Bagi gua.., sampai ke sudahlah Nizar akan simpan 'rahsia' tu beb.. Sebabnya, jangan mimpilah Pakatan akan tawan Putrajaya.. Kalau setakat Puduraya tu bolehlah kot.. Hahahaha...

Penang jadi Pusat Penternakan GRO Nasional.. Tahniah Ah Beng!!!


Sekumpulan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh sepasukan polis di sebuah hotel bajet di Lebuh Light di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang terdiri daripada dua rakyat tempatan dan lima warga Indonesia tidak sempat melarikan diri berikutan pintu utama hotel telah dikepung oleh polis.

Ketika itu, mereka sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di bilik.

Difahamkan, mereka mengenakan caj RM50 untuk perkhidmatan seks dan RM10 lagi untuk ‘aksi tambahan’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, wanita yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.


Menurutnya, empat pelanggan termasuk seorang penjaga hotel turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan di setiap bilik hotel ditemui puluhan kondom yang sudah dipakai, cecair pelincir serta tisu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Katanya, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berikutan pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah beberapa kali diserbu.

Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Penjaga hotel itu pula disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan wanita bagi tujuan pelacuran.


p/s: Inilah hasil kejayaan pentadbiran Khalifah Ah Beng.. Pok Nik mesti bangga.. Anwar mesti suka... Hahahahaha...

Gambar2 Anwar rasmikan Pameran Pedang Rasul Allah..


Gua sebenarnya tengah konfius nih.., macam mana seorang manusia yang terkenal dengan perjuangan 'pedang bengkok' boleh diberi mandat untuk rasmikan pameran Pedang Rasul Allah di Gurun Kedah hari tu?

Pelik bin ajaib namanya tu beb..

Apapun, tahniahlah kepada brother Anwar sebab dianugerahkan Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Pusaka Gayong.

Tak tahulah apa KPI yang digunakan sampai Anwar boleh dapat 'pangkat' macam tu.. Mungkin sebab kelincahan Anwar didalam skill pertempuran 'pedang bengkok' vs serikandi Chinadoll kot..

Kalau itulah KPInya.., Soi Lek pun patut dapat anugerah yang sama... Hahahahaha...








p/s: Terima Kasih pada Minaq Jinggo atas gambar-gambar superb dia..

Artis cun buat Tarian Tiang (Tarian GHAIRAH) di Pusat Hiburan?


Tadi gua terbaca dalam satu laman gossip pasal sorang artis cun yang raikan kelahirannya dengan cara unik.. Kalau setakat potong kek dan menyanyi, itu biasa beb..

Tapi yang luar biasanya ialah artis ni dikatakan dah buat tarian seksi ala-ala tarian tiang yang famous tu..

Wohaa.., ini adalah kejayaan yang hebat beb.. Artis melayu Malaysia dah semakin advance dan makin pandai buat kejutan.. Tahniah!!!

Cerita yang kami terima, Tasha Shilla yang baru pulang dari Perth, Australia ketika itu sedang asyik dengan parti meraikan hari lahir beliau yang ke 25.

Yang juga kebetulan jatuh pada 25 Januari setiap tahun. Itu fakta kecil, menurut saksi kami Tasha Shilla bukan setakat hadir untuk meraikan hari lahir seperti orang lain, beliau turut menari ala pole dancing di’pusat hiburan tersebut tanpa menghiraukan hadirin.

Kami cuba menghubungi Tasha Shilla pagi ini untuk mendapatkan pengesahan tentang gossip liar ini, namun beliau memberikan alasan terlalu sibuk menjalani pengambaran untuk menjawab sebarang soalan kami. - RotiKaya

Kalau betullah gossip terbaru ni, Tahniah juga lah untuk kerajaan Pakatan dan Khalid gagap sebab perkenalkan Tarian Tiang di Selangor..

Now everybody can do 'pole dance'.. Huhuhuhu...

Forum SEKS kena serbu di Perak.


Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), semalam menyerbu sebuah banglo di sini yang dijadikan lokasi forum kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam oleh Kelab Taat Suami (KTS) yang didakwa dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Ketika serbuan, kira-kira 50 ahli KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh bekas ahli kumpulan haram al-Arqam, tergamam apabila sepasukan anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang di kawasan perumahan mewah di Persiaran Harimau itu, 10 anggota penguatkuasa JAIPk yang menaiki dua van merampas komputer riba dan poster berkaitan kempen berkenaan serta mengambil keterangan daripada peserta.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Namun, serbuan dipercayai ada kaitan dengan kempen yang dikatakan merendahkan kedudukan Nabi Muhammad SAW, selain mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam.


Siasatan juga bagi menentukan kegiatan kumpulan itu ada unsur-unsur Aurad Muhammadiyah kerana keseluruhan ahli KTS dan syarikat terbabit adalah bekas ahli al-Arqam, selain ada gambar besar pengasas kumpulan itu, Ashaari Muhammad yang telah meninggal dunia dalam premis berkenaan.

Sementara itu, KTS menjemput wartawan untuk menghadiri persidangan media mengenai program yang pada mulanya dijadualkan pada waktu pagi tetapi ditunda waktu petang.

Namun, sesi berkenaan bertukar kepada sesi soal jawab bersama Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Ahmad Bakhtiar Ahmad dan Hamdan serta empat ahli KTS Perak.

Ahmad Bakhtiar berkata, kempen itu bermula semalam sempena 1 Rabiulawal dengan acara kemuncaknya ketika sambutan Maulidur Rasul pada 5 Februari yang bertujuan menampilkan Rasulullah sebagai tokoh hebat yang perlu dicontohi dalam semua aspek, termasuk kemampuannya memuaskan hati semua 11 isterinya.


p/s: Mana hilangnya Ostad Taliban PAS Perak yang sebelum ni bukan main hentam Tok Mufti? Takkan hilang suara kot bila Rasulullah SAW dihina oleh Kelab sesat ni?

Hadis palsu dari jemaah PAS... Apa kata Nik Aziz?


Ni lah akibatnya kalau taksub terlampau pada politik kepartian.. Sanggup pulak rekacipta hadis palsu demi untuk menang dalam hujah..

Gua selalu kata.., politik tu sekadar ideologi bagi manusia memimpin sesebuah kerajaan.., dan jangan anggap politik tu sebagai satu bentuk agama baru..

Contoh terbaik manusia yang jadikan politik sebagai agama baru ada diatas tu.. Malangnya, fenomena politik sebagai ganti agama ni hanya berlaku didalam PAS.. Gua pun tak tahu kenapa...

Mungkin kerana PAS anggap dorang tu lebih bijak beragama dari semua manusia di muka bumi ni.. Dan mungkin puak-puak penyokong PAS perasan yang parti doranglah yang paling best..

Oleh kerana kekeliruan yang timbul diantara Islam dan politik.., maka terhasillah manusia spesis bodoh sombong diatas tu.. Hadis nabi main ikut suka je modified beb..

Sebab tu gua tak sokong PAS.. Gua taknak tergolong dalam kumpulan manusia yang jadikan politik kepartian tu sebagai agama baru dorang dimana Nik Aziz diangkat sebagai nabi..

[VIDEO INSIDE] Budak lelaki mempunyai mata istimewa seperti kucing..


Pengamal perubatan barat telah dikejutkan dengan penemuan ganjil pada seorang kanak-kanak di negara China yang bernama Nong Youhui.

Kanak-kanak ini memiliki sepasang mata biru yang mempunyai keistimewaanya tersendiri. Mata biru tersebut mampu melihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mata kucing ketika disinari dengan cahaya lampu suluh.

Ketika Youhui berumur 2 bulan, ayahnya Ling baru menyedari yang anaknya itu memiliki mata yang berbeza dari bayi-bayi lain.

Hasil pemeriksaan di hospital terdekat, doktor mengatakan tidak ada yang perlu dikhuatirkan mengenai keganjilan tersebut.

Mereka menganggap mata Youhui akan kembali normal serta berubah menjadi hitam semula jika dewasa. Tetapi hingga sekarang belum terlihat adanya perubahan.

Ketika diuji secara terus oleh Pakar mata yang datang dari barat, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap seperti seekor kucing.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online