BREAKING NEWS

Blogger TukarTiub bakal masuk Umno.. Jangan terkejut!!


Inilah berita yang paling tak boleh blah gua dengar hari ni.. Ada ke patut pencacai PAS tuduh TukarTiub@ Hishamudin Rais@ Gay Jamban nak masuk Umno?

Gua rasa, lagi elok mamat gay tu mereput dalam PKR daripada membusuk dalam Umno beb.. Bukan kata Umno.., MIC pun tak teringin nak terima mamat TT tu join parti dorang..

Hanya Anwar je yang sanggup terima Hisham tu sebab dorang berdua adalah dari spesis yang sama..

So.., nasihat gua kepada bebudak PAS sekalian.., jangan lah kaitkan lagi Hisham TukarTiub tu dengan Umno.. Naik geli geleman gua dengar persepsi tu beb..

Kalaupun Hisham tu kutuk Azizan Razak pasal isu KUIN dan AUKU.., itu tak ada kena mengena dengan Umno beb..

Hanya PAS dan PKR je wala' pada spesis manusia GAY.., bukan Umno... Hahahahaha...


Gambar bukti Khalid Ibrahim layak jadi exco agama..


Sebelum ni, riuh rendah puak-puak Umno bising kata Khalid Ibrahim tak layak pegang portfolio agama di Selangor.., tapi dorang silap beb.., Khalid tu sebenarnya jauh lebih layak..

Tengok je lah gambar yang gua tepek ni.., mana ada pemimpin Islam yang sanggup buat macam tu kecuali Khalid Ibrahim?

So dia memang layak pegang portfolio exco agama di Selangor tu.. Cuma bukan portfolio agama Islam je lahhh... Kalau agama lain tu ok lahh...




p/s: Gambar Pok Nik tu saja je gua letak kat situ.., buat hiasann... Hahahahaha..

TV3 pukul 11 malam ni.. Hasan Ali akan dedahkan tembelang Khalid Ibrahim..


Baru sahaja Disember lalu, Dr Hasan Ali muncul di dalam rancangan Soal Jawab TV3 untuk membongkarkan perjuangan Pas yang semakin terkeluar dari landasan Islam..

Ini bermakna, program Soal Jawab di TV3 telah memanggil beliau selama dua bulan secara berturut-turut. Dan secara tidak langsung juga, merupakan pentas pertama beliau untuk selepas dipecat daripada Pas. Tahniah TV3!!!

Malam ini di pentas yang sama.., Hasan Ali akan diberi ruang untuk berhujah tentang penyelewengan didalam kerajaan Pakatan Selangor.


Antara isu yang dijangka akan dibincangkan malam ini, selain daripada isu pemecatan dirinya, Hasan Ali juga dijangka akan menyentuh perubahan portfolio agama Islam yang diambil alih oleh Khalid Ibrahim.

Jangan lupa ye.. 11 malam ni hanya di TV3..

Ayam goreng BERBULU... Hanya di Malaysia beb.


“Saya tidak akan makan lagi di restoran itu,” luah seorang pelanggan selepas insiden terjumpa bulu ayam pada hidangan makanan yang dibeli dari sebuah restoran terkenal, di sini.

Ismail Halim, 45, berkata, dia membawa isteri dan tiga anaknya ke restoran berkenaan, kira-kira jam 12 malam Jumaat lalu dan memesan beberapa jenis hidangan, termasuk hidangan ayam itu.

Menurutnya, kerana kekenyangan, dia membungkus hidangan ayam itu untuk dibawa pulang ke rumah, namun, pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana ayam itu disalut dengan tepung.

“Keesokan harinya (Sabtu) kira-kira jam 12 tengah hari, isteri saya, Rosmawati Mustafa, 45, mengeluarkan hidangan ayam itu untuk dimakan.

“Bagaimanapun, ketika mengoyak lapisan tepung, dia terkejut apabila mendapati bulu ayam sepanjang kira-kira setengah inci masih melekat pada ayam itu, lalu menunjukkannya kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia bertindak menghubungi restoran berkenaan melalui nombor talian mudah alih yang tertera pada kotak bungkusan bagi memaklumkan mengenai penemuan itu, namun, kecewa apabila kakitangannya mengambil sikap endah tak endah dengan meminta dia membawa ayam itu kembali ke restoran untuk ditukar dengan ayam baru.

Tidak berpuas hati dengan respons yang diberikan, dia kemudiannya menghubungi nombor pejabat pula setengah jam kemudian, dan sekali lagi, dia kecewa apabila mendakwa kakitangan itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ismail berkata, dia kesal dengan pengurusan restoran yang seolah-olah bersikap lepas tangan dengan apa yang terjadi.

Menurutnya, bukan soal wang yang difikirkannya kerana harga hidangan itu hanyalah sekitar RM14 sahaja, namun, apa yang ingin dituntut adalah permohonan maaf dari pihak restoran kepada keluarganya.

“Sebagai sebuah restoran terkenal dan dikunjungi ramai pelanggan, sepatutnya mereka menjaga kualiti makanan yang dihidangkan, “ katanya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan isteri dan anak-anaknya yang memakan hidangan sama pada malam berkenaan menjadi loya dan trauma dek kerana teringat akan bulu ayam itu.


p/s: Nampak macam ayam goreng McD je tu.. Nasib baik gua tak makan ayam goreng jenis tepung ni... Huhuhuhu...

Pakatan guna wartawan GAY Anwar untuk serang Rosmah..


Selepas baca portal pembangkang spt Malaysiakini dan Malaysianinsider tentang dakwaan DS Rosmah spend RM300,000 shopping kat Sydney, JP gatal tangan dan terus buat background check kat reporter Sydney Morning Herald yang buat dakwaan itu, nama mamat ni ANDREW HORNERY.

JP tergolek-golek ketawa bila lepas buat background check, pasal dah dapat teka motif sebenar laporan akhbar Australia tu.

OK, inilah sebenarnya mamat ANDREW HORNERY ni. Dia ni betul lah adalah kolumnis, tetapi bukan menulis tentang hard news spt isu politik, current affairs atau lain, tetapi keje dia kat suratkhabar adalah MENULIS KOLUM GOSSIP.

HA HA HA HA HA, so dakwaan dia terhadap DS Rosmah itu adalah sebahagian daripada tulisan gossip mamat ni. Dah nama pun gossip, maknanya memanglah susah nak percaya tulisan mamat ni. Reporter gossip je mamat ni. Mamat ini dikenali sebagai GOSSIP QUEEN AUSTRALIA.

Si Andrew Hornery ni, pulak kerap kali disenaraikan sebagai " Australia's Worst Journalist". Lagi satu benda kelakar pasal background mamat ni. READ MORE

Andrew Hornery - Journalist
Sydney Morning Herald - Aug 8 to 9, 2009
Sydney Morning Herald - Sep 26 to 27, 2009 (repeat)
Numerous factual errors. Andrew Hornery, unable to transcribe accurately factual matters or deliberately engages in falsehoods to degrade his subject, and heighten his vitriole.
Persons contacted by this dishonest journalist should not afford him an interview, as quotations will be altered to suit the journalist's purpose.

Apa yang jadi lebih kelakar adalah, pembangkang dan portal berita mereka gunakan reporter mamat Andrew ini yang latarbelakangnya amat meragukan untuk menjalankan agenda politik mereka. Sungguh terdesak pembangkang sekarang ini, "any Tom Dick and Harry" also can-lah.

Tapi rilek bro, apa yang menarik lagi tentang Andrew Hornery ini atau Andrew "Horny" adalah dia ini dikenali dikalangan dunia gossip Sydney dan kewartawanan Australia sebagai "OPENLY GAY TRANSSEXUAL".


Andrew ini memang kerap menulis tentang apa yang berlaku di dalam dunia Gay dan Lesbian. Itu adalah makanan harian dia. Kalau dah Gay, memanglah dia je yang lebih tahu tentang komuniti Gay jugak. Kalau betul mamat ni Gay, maka pembangkang akan berhadapan dengan masalah yang amat besar.

Pembangkang kena explain kenapa seorang Gay digunakan untuk membantu strategi politik pembangkang yang "Gay Friendly. " Pembangkang juga kena beritahu sama ada Anwar kenal tak dengan mamat Andrew Hornery ni. Kedua-dua lebih kurang sama je haluannya, mungkin kenal kot?


Sumber dari blog Johorpolitico.com

Kempen Rasulullah TOKOH SEKS Suci Islam..??


Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”

“Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.

“Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.

“Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita,” jawabnya.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti “seks suci” antara suami isteri.

“Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.

“Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal,” katanya.

Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.”

Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang.



p/s: Niat tu dah ok.., tapi tajuk kempen tu agak keterlaluan lah.. Kalau tak guna ayat 'tokoh seks' tu tak boleh ke? Ishhhh....

PANAS !!!! Artis cun ni disahkan LESBIAN?


Seorang wartawan hiburan Berita Minggu telah mendedahkan hubungan intim seorang artis cun ni dengan seorang pengkid.

Lebih panas lagi, artis tersebut dikatakan seorang lesbian dan menyimpan 'dildo' dirumah.. Dahsyat ni beb..

Gosip ini telah di *BUMP* (Bring Up My Post) oleh siapa lagi kalau bukan wartawan ngetot Zubir. Sejak gosip gambar Ajai berpeluk dengan gadis diterima ramai, Zubir cuba menghangatkan lagi gosip lama Ika Nabila berkawan dengan pengkid.

Kali ini dengan lebih sinis dan tanpa selindung, Ika Nabila disebut lagi dengan gosip bercinta dengan pengkid dan menyimpan dildo di rumah.

Baru-baru ini, Zubir menerima beberapa email gambar mesra Ika bersama pengkid bernama Adlin itu di fahamkan gambar tersebut di rakam ketika mereka sedang berhibur di sebuah kelab malam.

Malah, gosip kian panas apabila kru produksi menyampaikan bahawa Ika tanpa segan silu mengajak seorang aktres comel untuk mengadakan hubungan seks terlarang bersamanya yang katanya lebih menyeronokkan.

Kalau Zubir tipu mengenai gosip ini, maka tipulah kami kepada uols. By the way Zubir, Ika Nabila dari Akademi Fantasia musim ke-6 bukan ke-8 seperti yang dinyatakannya dalam akhbar. - MediaMalaya

Kalau betullah cerita tu, maka tercapailah hasrat Ambiga didalam tuntutan Seksualiti Merdeka..

Bagi korang yang tak tahu apa kebenda Seksualiti Merdeka tu, meh sini gua nak bagitau... Seksualiti Merdeka yang diterajui oleh Ambiga tu memperjuangkan....,

1.Mengetengahkan hak golongan HOMOSEKSUAL agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.

2.Menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) kerana mereka mendakwa Malaysia mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut.

Jelas sekali bahawa Seksualiti Merdeka tu adalah untuk menuntut masyarakat menerima golongan terbabit melakukan seks luar tabii sebagai hak peribadi atau kebebasan peribadi.

So.., Ambiga sokong seksualiti Merdeka + Ambiga sokong Pakatan + Pakatan sokong Ambiga = Pakatan sokong Seksualiti Merdeka.. Tahniah buat seluruh pencacai Pakatan!!! Hahahaha...


Anwar amat takut pada X-PKR..


Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.

“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.

Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya,’’ katanya.

SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya. - Utusan

Hanya yang pakai tudung saja boleh menyanyi di Kelantan..


Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.

Artis yang terkenal lagu duetnya ‘Paling Comel’ bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.


“Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,”ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas membuat persembahan Ladies Nite 2012 di Kota Bharu Trade Centre (KTC), malam tadi sempena program Kite.

Walaupun beliau belum pernah membuat persembahan tertutup khusus untuk penonton wanita sahaja, namun pengalaman manis itu membuatkan beliau mudah bergerak untuk membuat persembahan.


p/s: Artis yang nak menyanyi di Kelantan kena pakai tudung..? Ok lah tuu.. 

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online