BREAKING NEWS

Bacaan 18tahun keatas sahaja!!! Cerita panas Janda 18 tahun...


Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat.

Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 tahun. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

“Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??” tanya Amat.
“Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!” kata Usin membodek Amat.

“Tapi….kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la..” kata Usin lagi.

“Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam” kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

“Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap” janji Usin kepada Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat.

Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi.

Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda.

Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun.

“Usinnnnnnnnnn!!!!!!” jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat.

”Kau tipu aku Sinnnn!!!” jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

“Tipu apa plak???” tanya Usin bingung.

“Kau kata 18 tahun!!!!” balas Amat.

“La…bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun…tapi dia dah menjanda 18 tahun!!!”

Jangan GELAK!!! Khalid Ibrahim adalah manusia paling Bijak..


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan akhbar Berita Harian terhadap tindakan Menteri Besar Selangor mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam adalah tidak berasas.

Menurut Khalid, tindakan yang dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim itu merupakan langkah untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan portfolio berkenaan sebagai sasaran mudah.

Tambahnya, ahli jawatankuasa negeri baru (exco), Dr Ahmad Yunus Hairi, adalah ‘orang baru’ yang belum berpengalaman menguruskan portfolio tersebut.

“Portfolio hal ehwal Islam itu merupakan lubuk Umno BN untuk menyerang PAS, jadi tindakan yang dibuat menteri besar adalah tindakan yang wajar,” jelas Khalid ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Tambah Khalid lagi, tindakan menteri besar itu juga bertepatan pada masanya memandangkan tempoh untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

“MB Khalid ambil alih supaya meringankan beban Dr Yunus kerana tugas terhadap portfolio agama berat, lagipun tempoh untuk Plihan Raya Umum ke-13 dah semakin hampir, antara tiga hingga empat bulan sahaja lagi,” tambahnya.

Jelasnya, Islam tetap relevan dalam semua portfolio, dan portfolio belia yang dipegang Dr Yunus itu juga merupakan portfolio yang penting.

“Portfolio yang dipegang Dr Yunus itu merupakan tugas beliau sebelum ini, melalui portfolio itu PAS akan dapat lebih mendekati belia di negeri ini.

“Saya bersetuju dengan tindakan yang dibuat menteri besar, kerana saya melihat tindakan itu akan mengurangkan konflik antara menteri besar dan Sultan,” tambahnya lagi.

Khalid turut membidas kenyataan Ibrahim Ali yang menyatakan tindakan menteri besar itu mempunyai motif politik pembangkang.

“Exco agama bukan terlibat secara langsung terhadap serbuan ke tempat-tempat hiburan dan sebagainya, PAS juga tidak menganggap itu sebagai tindakan utama, sebaliknya lebih kepada pendidikan.

“Kenyataan Ibrahim Ali itu pandangan peribadi beliau, PAS lebih mengutamakan aktiviti pembangunan di masjid dan surau-surau berbanding menyerbu lokasi-lokasi hiburan,” tambahnya membidas kenyataan Presiden Perkasa itu.

Menurutnya lagi, insiden-insiden serbuan itu biasanya dilakukan atas arahan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam, dan tidak semestinya exco agama akan terlibat.


p/s: Bodoh punya Khalid Samad.. Lingkuplah negeri kalau bagi kuasa menjaga urusan agama pada orang yang tak tahu apa-apa pasal hal ehwal pentadbiran Islam..

Khalid Samad nak bodek pun berpada-pada lahhh.. Jangan sampai tunjuk kebodohan sendiri..

Ahli Perniagaan Malaysia nak beli Kelab Real Madrid?


Biar betul ni beb.. Gua pun teruja bila terjumpa berita pasal ni di sebuah portal siber..

Memang hebatlah kalau betul berita pasal usahawan Malaysia nak beli Kelab Real Madrid ni adalah benar-benar kejadian..

Tapi bila gua baca nama usahawan terkenal yang dikatakan tu.., gua terkedu tanpa kata... Musnah semua harapan yang baru berbunga..

Dr Rozmey... Cehhh!!!

Dua kumpulan bergaduh dalam ceramah Anwar.


Kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Kapar, malam kelmarin dicemari beberapa insiden kekecohan membabitkan dua kumpulan penyokong parti itu dipercayai cubaan mensabotaj pemimpin tertentu dalam PKR Cabang Kapar.

Kekecohan tercetus ekoran rasa tidak puas hati selepas beberapa poster mengalu-alukan kehadiran Anwar oleh ahli PKR Cabang tersebut diturunkan penyokong pemimpin lain beberapa jam sebelum Anwar tiba di lokasi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Seri Kerayong di sini.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai termasuk warga emas yang berjalan mengiringi Anwar ke dalam dewan tersungkur ke lantai hingga mencetuskan suasana tegang.

Walau bagaimana, keadaan tegang itu berjaya dikawal dan kembali tenang selepas anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) masuk campur mengawal suasana sehinggalah Anwar tampil ke pentas menyampaikan ucapan.

Keadaan tenang itu bagaimana tidak bertahan lama apabila kekecohan kembali tercetus melibatkan dua kumpulan penyokong tersebut ketika Anwar sedang menikmati jamuan ringan di tingkat satu dewan tersebut hingga nyaris berlaku drama tumbuk menumbuk.

Sumber memberitahu Sinar Harian, insiden kecoh itu berlaku rentetan rasa tidak puas hati sebahagian ahli PKR cadang itu apabila dua poster milik Ketua PKR Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang meraikan kehadiran Anwar diturunkan beberapa jam sebelum majlis bermula.

Sumber sama juga menyebut, program tersebut didakwa meminggirkan peranan ahli lain dalam PKR Cabang itu hingga menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati yang berlarutan hingga mencetuskan beberapa insiden kekecohan.

Program ke sekolah dan ceramah perdana sempena pelancaran Sukarelawan Parlimen Kapar dan perasmian Ponggal Vizha anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kapar dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kapar dihadiri hampir 1,000 penyokong.

Keadaan kecoh pulih sepenuhnya 20 minit selepas Anwar meninggalkan majlis tersebut.

Sinar Harian dimaklumkan, tiada mangsa yang cedera akibat kekecohan tersebut selain, Azizi Ayob hanya mengalami luka kecil di dahi kanan.

Bunyi MISTERI di langit Kota Samarahan.. Apa kata Mufti..?


Suara aneh dan menakutkan dari langit atau Dengkuran Gergasi yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita.. Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku.

Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun.., namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni.”

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.

“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.

Rasulullah ada sebut dulu.., ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh.., gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi.

Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah.., dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni.., angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.

Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden kejadian aneh itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.

Ikuti sekali lagi video kejadian aneh suara pelik dari langit di Kota Samarahan Sarawak. Menyeramkan!

Anwar kata rayuan kes liwat bukti campurtangan politik Umno..


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung tindakan Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada tuduhan meliwat.

Malah Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa tindakan Pejabat Peguam Negara itu ada kaitan dengan campur tangan politik kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Nampak campurtangan politik itu berlebihan sangat," katanya kepada TVSelangor selepas menghadiri Pesta Ponggul 2012 di Bandar Bukit Tinggi di sini hari ini.

Anwar tidak mempertikaikan notis rayuan itu tetapi berharap ianya dilakukan mengikut peraturan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail juga diminta mengambil kira kes lain yang dianggap jauh lebih besar.

"Tak apalah dia boleh rayu ikut peraturan semua. Kena konsistenlah. Janganlah kes besar, kes bunuh dan yang lain dia tak payah rayu. Banyak kes."

Pejabat Peguam Negara memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada hari Jumaat.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim kes tersebut, Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah mendapati tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Menyentuh isu moral yang dijangka akan terus dieksploitasi oleh Umno-BN sekiranya kes itu disebut semula, Anwar secara sinis menjawab, "Moral apa? Siapa nak cakap pasal moral. Perdana Menteri?".

Anwar MENGAKU nak hapuskan undang-undang liwat.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mahu undang-undang kononnya digunakan untuk mengaibkan seseorang dipinda termasuk peruntukan dalam Seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Pendirian itu dinyatakannya dengan alasan bahawa undang-undang sedia ada itu tidak boleh dikekalkan kerana kononnya ia bersifat zalim dan terdedah kepada amalan fitnah oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya kata, undang-undang yang ada (Seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan), saya tidak pertahankan. Ia undang- undang zalim, fitnah dan undang-undang inilah saya masuk penjara (sebelum ini)," katanya ketika berucap di Taman Sri Kerayong, Kapar yang dihadiri kira-kira 250 orang penyokongnya semalam.

Beliau mengulas laporan media sebelum ini yang menyatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai tidak relevan.

Menjawab soalan berkaitan hak- hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay", Anwar berkata dalam satu wawancara dengan BBC pada Khamis lalu bahawa "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menggunakan peruntukan undang-undang membabitkan kesalahan liwat untuk mengaibkan mana-mana pemimpin politik seperti mana didakwa pihak tertentu.


p/s: Hari tu bukan main dia tak mengaku nak hapuskan undang-undang larangan homoseksual di Malaysia, tapi sekarang ni dah kantoi beb..

Betullah apa yang dikatakan oleh Hasan Ali.., homoseksual akan dihalalkan kalau Anwar jadi PM.

Israel akan guna teknologi baru untuk halang laungan azan.


Pemerintah Israel kini sedang mencari cara agar suara-suara azan dari berbagai Masjid di wilayah sempadan Israel-Palestin dapat diperlahankan atau dimatikan.

Hal ini menjadi fokus utama mereka kerana para penduduk kafir Yahudi dikawasan berkenaan telah mengeluh serta mengatakan azan itu menyebabkan bunyi bising dan menganggu ketika mereka sedang tidur.

Laman berita Israel iaitu Haaretz melaporkan, Administrasi Pemerintahan Sivil Israel di Tebing Barat sedang mencari cara penggunaan teknologi moden bagi mematikan suara panggilan muadzin tersebut.

Ketua Administrasi Pemerintahan Sivil Israel, Jeneral Moti Almoz telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pakar teknikal tentera agar dapat mengusahakan teknologi untuk memadamkan secara automatik alat pembesar suara azan dari wilayah Palestin.

Larangan terhadap suara azan ini juga telah dikuatkuasakan di dalam wilayah Israel. Bulan lalu, wakil dari Parti Yisrael Beiteinu, Anastassia Michaeli telah mencadangkan untuk melarang penggunaan sistem suara oleh muadzin di Masjid.

Semuanya diatas alasan yang sama iaitu pencemaran bunyi dan menganggu ketenteraman awam.

Di wilayah Hebron, rakyat Yahudi telah mengambil inisiatif sendiri bagi membalas suara azan dengan membunyikan musik Hasid khas Yahudi dengan pembesar suara sekuat-kuatnya.

Mereka bertegas melakukan sedemikan selagi pihak Israel tak melakukan sesuatu terhadap laungan azan.


p/s: Perangai puak-puak Israel laknatullah ni samalah dengan perangai kafir harbi DAP di Malaysia.. Ingat tak lagi bagaimana Teressa Kok suruh perlahankan suara azan di Selangor?

Dan jangan lupa macam mana Guan Eng hapuskan bacaan Quran sebelum azan subuh di Penang.. Nampak tak persamaannya..?

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online