BREAKING NEWS

TAHNIAH MAHFUZ !!!! Pokok Sena jadi sarang penagih dadah..


Seramai 33 orang dipercayai penagih termasuk seorang pengedar dadah ditahan dalam serbuan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Setar di ladang kelapa sawit di Kampung Menerong, Mukim Derang Pokok Sena hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata mereka berumur antara 20 hingga 50 tahun adalah rakyat tempatan terdiri daripada penduduk kampung berhampiran kawasan ladang berkenaan.

Semasa serbuan, terdapat mereka dipercayai sedang melepaskan gian dan ada di antara mereka baru masuk ke ladang itu menaiki kereta dan motosikal.

“Mereka adalah bekerja sendiri dan juga penganggur. Ada yang cuba melarikan diri tetapi polis bertindak cepat menahan mereka.

“Siasatan awal mendapati mereka mengambil dadah jenis ganja dan juga ubat batuk,” katanya kepada pemberita di sini.

Adzaman berkata, pihaknya merampas 23 motosikal dan tiga kereta yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk disiasat.

Polis percaya ladang kelapa sawit itu digunakan sebagai tempat melepaskan ketagihan mereka sejak tiga bulan lalu dengan membina sebuah pondok kecil tersorok di hujung ladang.

Beliau berkata, pihak polis melakukan intipan sejak sebulan lalu selepas mendapat maklumat orang ramai.


p/s: Ni lah jadinya kalau dapat wakil rakyat yang sibuk berceramah politik 24jam.. Kawasan sendiri terabai sampaikan jadi sarang penagih dadah..

Dah tu, wakil rakyat tersebut tak pernah pulak lekat dikawasan sendiri sebab sibuk ke hulu ke hilir buat fitnah terhadap kerajaan..

Tahniah Mahfuz.. Sibuk dok mengata kerajaan, kawasan sendiri terabai...

7 orang pengikut Anwar kena tangkap di Penang...


Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit. — BERNAMA


p/s: Anwar mesti mengamuk punya bila tahu berita ni.. Kejam sungguh pentadbiran Khalifah Guan Eng.. Biarlah pondan-pondan tu nak cari makan..

Lagipun, perbuatan liwat bukannya salah dalam negara ni.. Tak percaya tanya Anwar...

[VIDEO] CheguBard cetuskan pergaduhan kaum di Kg Jalan Kebun Klang.. Polis sila tangkap..


Sekali tengok memang nampak macam pergaduhan antara penduduk kampung dengan kumpulan haram HINDRAF.., tapi ada cerita besar disebalik tu yang telah disembunyikan..

Ceramah HINDRAF di Kg Jalan Kebun Klang tu sebenarnya dipercayai dianjurkan oleh CheguBard. Kononnya CheguBard nak buat promosi ABU (Asalkan Bukan UMNO) di kawasan tu..

Tapi apa kejadahnya ceramah kumpulan pelampau HINDRAF diadakan didalam sebuah kampung yang 100 peratus melayu beb? BACA SINI

Pada pendapat gua, CheguBard dan geng PAS tahu akan berlaku kekecohan kalau ceramah HINDRAF diadakan dalam kawasan kampung melayu. Sebab tu lah dorang bawa HINDRAF ke situ..

Dan pergaduhan penduduk kampung dengan pelampau HINDRAF memang diharapkan oleh CheguBard kerana ia akan digunakan bagi mencetuskan kekacauan kaum didalam Malaysia.

CheguBard mesti tahu, sekarang ni sokongan kaum India memang makin kuat kepada kerajaan BN.., dan untuk memecahkan sokongan tu, HINDRAF digunakan bagi mencetuskan huru hara..

Kalau HINDRAF dan CheguBard tak buat provokasi didalam kampung melayu, mana nak ada gaduh beb.. So nampak sangat semua ni dirancang.. Lepas tu CheguBard bolehlah tuduh UMNO..

Memang celaka sungguh permainan politik gampang manusia harami yang bernama CheguBard ni.. Gua harap sangat pihak Berkuasa tahan mangkuk ayun tu dibawah akta hasutan..

Manusia macam CheguBard ni amat bahawa untuk negara!!


Nik Aziz akan isytiharkan hartanya serta keluarga..


Jangan setakat cakap sanggup je beb.., kena buat dulu baru rakyat percaya.. Selama ni ramai yang kata harta Pok Nik ada berjuta-juta ringgit termasuklah harta anak bini dia di seluruh Kelantan..

Jangan Pok Nik nafi pulak sebab inilah persepsi yang bermain didalam alam siber..


Bukan setakat cakap kosong je, gambar yang dikatakan harta Nik Aziz serta kaum kerabat juga dah bertebaran dalam internet..

So apa nak kata lagi? Bagi gua, eloklah Pok Nik isytihar cepat harta dia cepat.. Elok Pok Nik ajak Anwar dan Karpal sekali isytihar harta..



Kita tengok harta sapa yang paling banyak..


Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesediaannya untuk mengisytiharkan harta jika undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian.

Isu pengisytiharan harta, menurut Mursyidul Am Pas ini, sudah lama dibangkitkan tetapi malangnya sehingga kini rasuah berleluasa kerana manusia tidak bertakwa kepada ALLAH s.w.t.

"Kalau kena isytihar, saya isytihar tapi yang pentingnya takwa kepada ALLAH. Kalau hakim atau polis tidak bertakwa contohnya, maka berlakulah rasuah," kata beliau di sini hari ini.

Gadis dicekup bersama lelaki Myanmar.. Alasan takut tidur sorang..


Takut tidur bersendirian kerana rakan serumah balik kampung memaksa seorang wanita tempatan mengajak teman lelakinya, warganegara Myanmar menemaninya tidur di rumahnya.

Itulah alasan yang diberikan oleh pekerja swasta itu apabila apabila dicekup bersama teman lelakinya oleh Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di salah sebuah rumah di flat Pandan Jaya, awal pagi ini.

Ketika serbuan jam 2.00 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu rumah sewa itu yang berkunci dari dalam lebih 30 minit, sebelum dibuka oleh wanita berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya mendapati teman lelaki gadis itu menyorok di dalam sebuah bilik lain.

Beliau berkata, pekerja swasta itu berusia 22 tahun manakala pasangannya berusia 20 tahun dan tidak bekerja.

“Kami mendapati pasangan itu berpakaian lengkap ketika serbuan,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, operasi tersebut dijalankan setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai lelaki berkenaan sering kali datang ke rumah tersebut.

“Kami menjalankan operasi itu mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.


p/s: Alahai alasannn... Lain kali bagilah alasan yang munasabah sikit dik oii... Takut tidur sorang punya pasal, sanggup berkhalwat dengan bukan muhrim? Apa lah nak jadi dengan anak gadis zaman sekarang ni...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online