BREAKING NEWS

Gambar Khairul Fahmi @ Apex MEREMPIT..

k

Sebelum ni, penjaga gol utama skuad kebangsaan Khairul Fahmi @ Apex dikaitkan dengan macam-macam gossip. Tak kiralah gossip dengan wanita, mahupun dengan politik.

Sekarang ni ada cerita baru tersebar pasal bintang bolasepak negara ni.. Apex dikatakan gemar merempit!!

Betul beb.. Gua pun mulanya tak percaya, tapi bila gua tengok gambar yang disebarkan, memang betul lah beb..

Tak sangka Khairul Fahmi ni mempunyai 'nafsu' merempit jugak ye.. Korang tak percaya? Tengok lah gambar kat bawah ni..

Mat Sabu 'sokong' DAP pegang exco agama di Selangor?


Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.

Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).

Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas.



p/s: Hahahahaha..., bodoh sungguh Mat Sabu. Orang yang tak belajar agama pun boleh pegang jawatan yang jaga bab agama? Mana punya ajaran yang Mat Sabu pakai ni beb?

Dalam hadis ada berkata.., “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya” (HR. Bukhari).

Jadi kalau ikut cakap Mat Sabu, lepas ni DAP pun boleh pegang jawatan exco agama lah yee asalkan dia ikhlas dan amanah.

Dan banyak dah 'muslim' masuk DAP sekarang ni beb.., apa nak heran..

Azean Irdawaty difitnah meninggal dunia..


Ramai pihak yang 'terkejut beruk' apabila timbul dakwaan melalui laman sosial dan SMS bahawa Seniwati Negara, Azean Irdawaty sudah meninggal dunia.

Padahal pihak media baru sahaja berbual bersama Azean menerusi telefon dan ia sekagigus mengesahkan bahawa seniwati itu masih bernafas di bumi Allah ini.

Malah anak perempuan Azean iaitu Elza Irdalynna turut mengirimkan gambar terbaru seniwati itu melalui Twitter sebagai bukti. Azean kelihatan tersenyum lagi sambil mempelawa makan buah limau mandarin semperna perayaan Tahun Baru Cina esok.

Teruk betul lah sesapa yang sebarkan berita tentang kematian pelakon versatile ni. Nasihat gua, janganlah desperate sangat nak buat gossip sampai hidup mati pun jadi permainan.

Kalau mati betul-betul lain lah, ni yang tak mati pun 'dimatikan'. Tak ke kurang adab namanya tu..?

Umur 12 tahun Adam Adli dah start tunjuk perasaan... Patutlahhh...


'Api' dalam diri Adam Adli Abdul Halim sudah berputik sejak dari usia 12 tahun lagi, apabila dia berjaya meyakinkan kira-kira 40 rakannya untuk menyertainya memboikot persekolahan selama seminggu.

Aktivis pelajar berusia 22 tahun itu mengimbas kembali bagaimana Sekolah Kebangsaan Brickfields, tempat dia menamatkan pendidikan sekolah rendah, memaksa kanak-kanak menduduki peperiksaan akhir tahun selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Selepas UPSR, pelajar Islam perlu menduduki peperiksaan Sekolah Agama... peperiksaan ini biasanya diadakan selepas UPSR.

"Selain itu, kita sepatutnya menduduki peperiksaan akhir. Jadi, saya bercakap dengan beberapa pelajar dan kami mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah selama seminggu," kata Adam dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Sambil ketawa, Adam berkata pihak guru mengadu kepada bapanya, yang ketika itu merupakan yang pertua persatuan ibu bapa dan guru sekolahnya. - Malaysiakini



p/s: Patutlahhh... Dari kecik lagi dah bermasalah rupanya budak mahasewel ni.. Tak heranlah kalau dah besar pun still menyusahkan negara..

Edisi Artis : Video panas Katy Perry cium mamat Indon..


Ciuman nakal artis popular barat Katy Perry terhadap sorang pemuda Indon diatas pentas konsert, nampaknya dah jadi tajuk popular di Indonesia..

Bagi gua, perkara ni mungkin jadi perkara biasa bagi artis tu.., tapi untuk kita yang still pegang budaya timur ni, agak janggal beb..

So.., kat bawah ni ada video masa Katy Perry cium mamat Indon tu.. Gua harap, artis Malaysia jangan pulak nak tiru perangai yang sama yee..

Nanti tak pasal-pasal kena kutuk satu negara..

Hasan Ali SEDIH dengan nasib PAS..


Rombakan portfolio Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor yang disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan maruah Pas sebagai sebuah parti Islam telah dipijak.

Bekas penyandang portfolio itu, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, perkembangan itu lebih menyedihkan apabila kepimpinan Pas Selangor dilihat reda dengan rombakan tersebut serta menyanjung tinggi keputusan berkenaan tanpa sebarang bantahan.

Katanya, perkembangan itu menggugat kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang serta menggambarkan ADUN parti itu di Selangor tidak layak untuk memikul portfolio penting tersebut.

“Portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan Pas sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan PKR.

“Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasan yang disingkirkan daripada Pas Jumaat lalu mengulas rombakan portfolio Hal Ehwal Islam yang disandang beliau sebelum ini diambil alih oleh Abdul Khalid.

Dalam rombakan kecil semalam, ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi dari Pas hanya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Hasan menambah, perubahan itu jelas bertentangan dengan amanat Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2008 yang mahu memastikan kepimpinan Pas Selangor mempertahankan portfolio sensitif tersebut.

Katanya, perkembangan tersebut sekali lagi membuka mata masyarakat awam bahawa Pas kini terpaksa menjadi ‘pak turut’ kepada parti komponen pembangkang yang lain.

“Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteraan rakyat di negeri ini (Selangor).

Hanya Islam sahaja dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat,” katanya.


p/s: Nak buat macam mana.., PAS sekarang dah kemaruk dengan mimpi ke Putrajaya.. Islam pun dah sorang tolak ketepi.. 

Harga elektrik bakal naik lagi tahun ni?


KOS penggunaan bahan bakar alternatif yang tinggi terus memberikan kesan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB), apabila ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM224.7 juta dalam suku pertama tahun kewangan semasa, berakhir 31 Ogos 2012.

Ia adalah kerugian bagi tempoh tiga suku kewangan berturut-turut sejak suku ketiga tahun kewangan lalu.

Beban kos penggunaan bahan bakar alternatif yang berpunca daripada kekurangan bekalan gas itu mula menjejaskan kewangan syarikat utiliti itu pada suku ketiga tahun lalu apabila ia mengumumkan kerugian bersih RM440.2 juta dalam tempoh itu.

Jumlah kerugiannya terus bertambah kepada RM453.9 juta pada suku berikutnya, sekali gus mengheret kepada penurunan keuntungannya bagi seluruh tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2011 lalu kepada hanya RM499.5 juta daripada RM3.2 bilion dalam tahun kewangan sebelumnya.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie, berkata sepanjang suku pertama tahun kewangan semasa, penggunaan minyak sebagai bahan bakar alternatif untuk syarikat utiliti itu menjana elektrik meningkat hampir 26 kali ganda kepada 271,949 tan, daripada 10,554 tan pada suku pertama tahun lalu.

Beliau berkata, penggunaan minyak disuling, iaitu satu lagi bahan bakar alternatif yang digunakan pula meningkat 28 kali ganda daripada enam juta liter kepada 168.9 juta liter.

“Secara keseluruhannya ia (penggunaan bahan bakar alternatif itu) menyebabkan kos operasi kami meningkat ketara 29.5 peratus sepanjang tempoh itu berbanding kenaikan pendapatan kumpulan hanya 12.5 peratus,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan syarikat utiliti berkenaan bagi tempoh tiga bulan sehingga 30 November 2011.

Presiden dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata TNB yakin kembali mencatat keuntungan pada suku kedua ini menerusi bayaran pampasan daripada PETRONAS dan kerajaan yang berjumlah RM2 bilion.

“TNB menanggung kos tambahan bernilai RM3 bilion setakat Oktober lalu untuk menggunakan bahan bakar alternatif bagi menjana tenaga elektrik, yang mana berdasarkan perjanjian awal, ia ditanggung bersama PETRONAS dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, bayaran pampasan itu tertakluk kepada semakan semula seterusnya yang akan dilakukan PETRONAS dan TNB menjangka menerimanya selewat-lewatnya akhir bulan depan.

Che Khalib berkata, bagi menangani masalah kekurangan bekalan gas semasa, kerajaan baru-baru ini menubuhkan sebuah pasukan petugas khas diterajui Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) bagi mengkaji beberapa perkara berhubung garis panduan, peraturan dan undang-undang bekalan gas negara.

“Pasukan petugas khas ini yang disertai kerajaan, TNB dan PETRONAS akan mencari penyelesaian mapan serta jangka panjang mengenai bekalan gas negara,” katanya.



p/s: Tiap-tiap tahun rugi.. Berniaga apa kalau memanjang rugi? Takkan nak naik harga elektrik lagi kot?

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online