Gua baru dapat tahu yang Peguam Negara baru saja memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai kes Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Baguslahh.. Tapi gua memang dah 'tak ada hati' dengan kes Saiful ni bila Anwar dibebaskan pasal tak cukup bukti 9 Januari hari tu.. Nampak sangat ada konspirasi.
Dan dari mula lagi gua tak yakin sebenarnya kes liwat ni difailkan kembali ke Mahkamah Rayuan.. Kalau di Mahkamah Tinggi pun boleh lepas, inikan pulak mahkamah Rayuan beb..
Tapi disaat-saat akhir, Peguam Negara nak buat jugak rayuan.. Kenapa tunggu last minit? Nampak sangat Peguam Negara tak ikhlas nak lawan..
Gua letih sebenarnya.., masa kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi dulu, 3 tahun lebih beb kes Anwar berlangsung.. Dah tu, berpuluh kali penangguhan yang dibuat oleh Anwar dan barisan peguamnya..
Semua bebudak blogger pro kerajaan pakat hentam Anwar dan siang malam untuk yakinkan pembaca blog bahawa Anwar akan masuk balik ke Sungai Buloh.. 3 tahun beb main gilababi cerita Anwar.. Penat woooo...
Last-last apa jadi.., Anwar bebas kerana tak cukup bukti DNA.. Selain tu, biar gua je tahu sebabnya..
So.., ada tak pihak-pihak atasan fikirkan apa pandangan pembaca terhadap bebudak blogger pro kerajaan semua bila Anwar didapati tak bersalah kerana tak cukup bukti?
Confirm semua bebudak blogger terpaksa tahan telinga kena kutuk dan maki kaw-kaw punya.. Ada puak-puak bangsawan tu ambil peduli?
Jadi, jangan cerita kat gua la kononnya kes Saiful dibawa ke Mahkamah Rayuan sebab nak pertahankan maruah hamba Allah tu..
Kalau Peguam Negara betul-betul ikhlas nak lawan.., tentu awal-awal lagi dah buat rayuan beb.. Kenapa tunggu last minit? Korang tunggu wahyu dari siapa?
Kes liwat Anwar dah habis bila Mahkamah Tinggi bebaskan dia.. Bagi gua, dia dah tak ada modal nak berkempen dalam ceramah untuk balun kerajaan dan tarik simpati rakyat..
Sekarang lu semua kasi dia peluru baru beb.. Gua yakin Anwar akan manipulasi rayuan kes liwat ni di segenap ceruk kampung untuk modal PRU13..
Pada pendapat gua.., ini politik yang akan merugikan Najib sebab bukan dia yang cetuskan kes liwat ni.. Lu semua dah overkill Anwar sampaikan sekarang ramai mula bersimpati pada dia..
Gua cakap bagi pandangan peribadi gua sebagai blogger bawahan.. Lu orang nak dengar atau tak, itu lu punya pasal.. Gua bukan dapat juta-juta RM dari lu semua..
Tapi percayalah.., bukan Anwar Ibrahim yang korang semua berdepan sekarang.. Lu semua sedang berdepan dengan fahaman Anwarisme dalam politik Pakatan..
Lu semua tak tahu nak handle, tunggulah nasib lu di PRU13 nanti.. Bloggers boleh bantu setakat yang mampu, tapi kalau para bangsawan semua still playsafe macam gampang.., habis lu semua beb!!
Tolong ingat.., hanya manusia bangang saja yang tak reti guna kuasa bila berkuasa!