BREAKING NEWS

Cara untuk jadi KACAK dari Dr Rozmey... Serius ni beb!!!


Ni berita gembira buat lelaki-lelaki yang rasa diri 'kurang kacak' diluar sana.. Dah ada satu solusi dari Dr Rozmey untuk buatkan korang jadi kacak..

Gua tak tahulah kacak sampai tahap mana.., mungkin 'sekacak' Dr Rozmey agaknya kot?

Dalam keratan akhbar Metro kat bawah ni, gua tak tahulah yang mana 'sebelum' dan 'selepas'.. Dan gua tak faham apa kena mengena turunkan berat badan dengan kacak..

Mungkin Dr Rozmey lebih arif tentang kaitan kurus dan kacak sebab dia ada PHD dan ijazah kedoktoran..

So..., orang bijak pandai kata, usaha tu adalah tangga kejayaan. Kalau terpaksa beli 8 ratus botol sekalipun, nak kacak punya pasal apalah salahnya kann..


Itu untuk lelaki.., bagi pompuan yang nak kacak.. opss., cantik.., bolehlah try produk yang direkomen kuat oleh Pakcik Google kat bawah ni..

Kalau tengok testimoni pengguna tu, memanglah superb hasilnya.. Artis-artis kita pakai produk ni gamaknya... Pasal tu lah dorang jadi cun bukan main...

Tapi Maya Karin tetap cun Ori beb... Tak main lah kecantikan palsu tu semua.. =)

Jadi.., janganlah marah gua kalau sebarang kemungkinan berlaku setelah mencuba produk-produk terbabit.. Gua cuma ikut tema majlis je beb.. Hahahahaha....

Rafizi Gembira dan Teruja disaman RM100 juta..


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.

“Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,”

“Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” tegasnya.

Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

“Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.

“Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,”

“(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar,” katanya.


p/s: Alahhhh..., wayang je Rafizi ni... Kat mulut bolehlah kata tak takut, tapi dalam hati sapa tahu beb.. RM100 juta tuuu... Hahahaha....

Nik Aziz mula keluarkan jurus NO KOMEN peringkat ke lapan..


Gua baru je tengok dalam TV sebentar tadi pasal isu PAS hilang portfolio agama di Selangor.. Ada wartwan TV telah pergi interview Nik Aziz pasal isu tersebut..

Dan jawapannya adalah amat mengejutkan beb..

Selamba badak je Nik Aziz kata dia no komen pasal wakil PAS tak dilantik jaga hal ehwal Islam di negeri Selangor tu..

Kata Nik Aziz, dia tak nak komen pasal sapa yang dilantik untuk portfolio tu sebab dia hanya jaga Kelantan, bukan jaga Selangor...

Walawehh.., senang benor jawapan yang Pok Nik bagi yee.. Setahu gua.., Nik Aziz tu kan pemimpin utama PAS seluruh negara, bukannya setakat pemimpin PAS di Kelantan je beb..

Dan baru semalam Anwar Ibrahim kata Pok Nik adalah pemimpin bagi seluruh dunia.. Kalau pemimpin bagi seluruh dunia, takkan Pok Nik boleh jawab NO KOMEN?

Tapi nak buat macam mana.., itulah wajah sebenar Nik Aziz dari dulu lagi.. Kalau ada perkara yang kena kat batang hidung dia, semua dia akan jawab NO KOMEN.

Tu kira nasib baiklah juga Pok Nik kata no komen.., cuba korang bayangkan Nik Aziz jawab PAS hilang portfolio agama di Selangor sebab Umno.., hah sapa nak jawab tu beb? Hahahaha...

Roslin Hashim kawin lagi.., kali ketiga beb.


Korang ingat tak lagi pasal bekas pemain badminton no 1 dunia, Roslin Hashim yang menggemparkan negara selepas menceraikan isterinya biarpun baru 12 hari berkahwin?

Gua terbaca berita yang Roslin dah kawin lain biarpun kes mahkamah antara dia dan bekas isterinya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Ya, saya sudah kahwin baru...akhir tahun lalu,” demikian secara ringkas pengakuan bekas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim.

Selepas sekian lama ‘mengunci mulut’, Roslin ketika ditemui wartawan, semalam akhirnya akur dengan pertanyaan dan mengesahkan sudah berkahwin kali ketiga dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya.

“Saya tak boleh cakap siapa isteri saya demi menghormati keluarga orang rumah (isteri) saya,” kata Roslin.

Wohaa.. Nak main rahsia-rahsia pulak ye Roslin tu.. Benda yang elok buat apa nak disorokkan ye tak? Ni perkara 'mendirikan masjid'.., bukannya benda salah untuk disorokkan..

Tapi apapun kita kena hormatlah privasi dia.. Kalau dia taknak isteri ketiganya tu didedahkan kepada umum, apa nak buat.. Tapi gua rasa, lambat laun nanti orang tahu jugak..


Roslin berharap perkahwinannya kali ini adalah yang terakhir. Pengakuan itu sekali gus melenyapkan teka-teki dan spekulasi berita perkahwinannya yang tersebar luas sejak kebelakangan ini.

Dia berkata demikian selepas selesai prosiding perbicaraan secara tertutup kes tuntutan ganti rugi perkahwinan sebanyak RM53,460 yang dikemukakannya terhadap bekas isteri daripada perkahwinan pertama, Faizah Mohamad, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

Sebelum ni, Roslin telah menceraikan Faizah pada 12 Mei 2009 lalu hanya selepas 12 hari mereka melangsungkan perkahwinan.

So.., kali ketiga ni diharapkan akan kekal lama lah yee.. Perkahwinan ni adalah two way comunication.., bukannya free highway yang tak boleh U-Turn.. Hehehehe...

Mayat Azizan Razak ditemui depan bangunan PAS..


Sebujur badan mayat tidak bernyawa telah ditemui dihadapan pintu masuk utama PEJABAT AGUNG PAS. lihat gambar.

mayat itu disangkakan adalah mayat seorang pemimpin PAS bernama Ustaz Azizan Abdul Razak.

siapa dia Ustaz Azizan Abdul Razak?

ustaz azizan adalah MB Kedah sekarang ini.

dia baik. siapa kata dia jahat?

jangan terkejut kalau jumpa ustaz azizan di pejabat MB esok. sebab itu mungkin bukan mayatnya. hahaha.

apa yang budak-budak ni marah sampai REPLIKA MAYAT UST AZIZAN diwacanakan didepan pintu pejabat agung PAS?

ada sebab.

tanya lah orang-orang lama dalam PAS diperingkat pimpinan, apa yang tak kena dengan ustaz azizan.

saya tak nak cerita panjang. nanti ust azizan saman. - Mahasewel Khalid Ismath


Hahahahaha..., kesian Ostad Zizan yee.. Belum mati lagi dah jadi mayat.. Bukan gua kata tau.., tapi mahasewel Khalid Ismath yang kata dalam blog dia..

Cuba korang tengok sendiri tahap pemikiran budak-budak SMM yang bergelar pelajar tu.. Asyik buat benda bukan-bukan macam orang hilang akal..

Macam ni ke barisan pelapis generasi muda negara? Budak-budak sewel SMM tu semua sebenarnya tak layak beb untuk jadi pelajar institusi tinggi.. Memalukan Universiti saja beb..

Gambar Najib diturunkan di PWTC hari tu kira ok lah lagi.., tapi buat replika mayat Menteri Besar Kedah ni gua rasa dah memang melampau sangat bai..

Apa kata puak-puak PAS pasal ni? Takkan ludah pun tak berani kot pada mahasewel tu semua?

Bekas wartawan Utusan masuk DAP..


Bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari secara sah menyertai DAP hari ini.

Dalam mesej di Twitternya semalam, Hata tidak menulis secara jelas akan perubahan besar yang bakal berlaku dalam dirinya.


Kini segalanya sudah terjawab dengan penyertaannya bersama DAP sebentar tadi.

Hata, bekas wartawan di Utusan ini mengiringi jejak langkah dua lagi bekas ahli Umno iaitu bekas ADUN Pulau Manis, Mohd Ariff Sabri dan Aspan Alias.

Rita Rudaini dapat SURAT CERAI dari Zafuan???


Gua terbaca pasal kisah Rita Rudaini yang berantakan rumahtangganya dengan pemain skuad bolasepak negara Zafuan Abd Razak..

Yang terbaru, dikhabarkan Rita terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada suaminya, yang dikatakan telah membuat tuntutan “tidak masuk akal”.

Rita berkata, dia menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara di sini pagi Khamis (pagi ini) ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung.”

Gua yakin korang semua mesti terfikir apakah isi surat tu kan? Tapi artis tu tak pulak nak cerita.. Saja nak buat suspen kot?

Mengenai isi kandungan surat berkenaan, Rita memberitahu dia tidak boleh memaklumkan kepada umum kerana diminta oleh peguamnya yang mahu meneliti surat itu terlebih dahulu.

Kata Rita, peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.


Inilah susahnya jadi artis.. Tak kiralah lawa atau hensem macam mana sekalipun, selalu sangat kita dengar dorang ada masalah..

Sebab tu lah gua selalu beringat.., yang cantik tu bukan semestinya membahagiakan.. Kadang-kadang, yang sedang-sedang saja tu lagi nyaman layanannya..

Nasib baik gua bukan artis.., tapi tak tahulah kan kalau gua dapat jodoh artis jugak nanti.. Jodoh jangan ditolak beb.. Saman jangan dicari.. Tak gitu? Hahahahaha..

PAS Selangor dilanda Ombak Rindu.. Wohaa!!!


Barang yang lepas jangan dikenang... Nak buat macam mana.., dah nasib badannn...

Nasihat gua pada PAS Selangor, tak payahlah mengharap sangat pada orang yang dah tak sudi.. Terima je lah hakikat bahawa PAS memang tak layak jaga hal ehwal agama di Selangor tu..

Khalid Ibrahim dah tunjukkan bahawasanya dia lebih layak dan lebih faham pasal Islam dari puak-puak PAS di Selangor walaupun dia tak hafal hadis..

Khalid Ibrahim juga dah buktikan bahawa PAS Selangor hanya layak jaga belia dan sukan saja walaupun berceramah pasal Islam berdegar-degar..

So lepas ni, PAS Selangor bolehlah anjurkan Hari Keluarga atau jaga bab-bab Sukaneka main pecah belon pada waktu hujung tahun saja yee..

Bab-bab agama ni biar je PKR dan DAP yang handle.. PAS apa tau.., setakat menyalak di pentas ceramah bolehlahh...

Gua sarankan, lepas ni buang je nama parti Islam tu dari PAS.. Kat Penang dan Selangor pun PAS dah di iktiraf sebagai TAK LAYAK jaga hal ehwal Islam.. PKR lagi terer dari PAS tauuu...

Itupun PAS tak sedar lagi ke? Itupun PAS ada hati nak berangan-angan lagi ke? Podahhhh!!!



Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad yakin Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk mengambil alih portfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi menyesuaikan diri sebagai exco.

"Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi," tulis Iskandar dalam laman facebooknya.

"Saya yakin menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan menyerahkan potfolio tersebut kepada Dr Yunus pada masa yang sesuai," tegas beliau yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Iskandar juga yakin Dr Ahmad Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Datuk Dr Hasan Ali.

"Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung portfolio yang penting ini," tambahnya.

Jangan Gelak!!! Nik Aziz patut jadi Presiden Amerika...


Kat bawah ni adalah satu kenyataan yang paling tak boleh blah.., kenyataan mengampu tak ingat dunia.., dan juga kenyataan yang paling meloyakan yang pernah gua baca mengenai Nik Aziz..

So.., gua ingatkan korang agar tahan je lah rasa nak tergelak berguling-guling ataupun rasa nak termuntah tatkala korang baca kenyataan dibawah ni ye..

Apapun.., gua menyokong penuh kalau Nik Aziz nak jadi Presiden Amerika.. Dah kalau dia pemimpin terbaik seluruh dunia, memang tak salah Nik Aziz diangkat jadi Presiden negara tu..

Dengan rekomen kuat dari Anwar, bukan kata Nik Aziz jadi Presiden Amerika.., nak jadi Perdana Menteri Israel pun bolehhh... Hidup Pok Nik!!! Hahahahaha...



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diakui sebagai pemimpin terbaik di seluruh dunia masa kini, dengan penilaian terhadap sikap dan prestasinya yang memuaskan dalam pelbagai sudut.

Lebih membanggakan apabila sikap dan prestasi yang memuaskan itu berjaya dipertahankan oleh Nik Aziz sejak mula menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga kini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sikap dan prestasinya yang membangggakan itu menjadikan orang yang seperti Nik Aziz amat sukar ditemui di dunia ini.

"Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang? Dah 20 tahun lamanya menjadi Menteri Besar, tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap tidak ada tanah, tak ada balak, tak ada wang yang banyak dan rumah mewah," katanya.

Kalau orang lain, menurut beliau, setelah 20 tahun menjadi menteri besar atau memegang tampuk kuasa, pasti akan mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan diri dan keluarga seperti yang sering berlaku di seluruh dunia.

Katanya, kemunculan Mursyidul Am PAS itu sebagai menteri besar yang bersih berpunca dari potensi dirinya sendiri selaku manusia yang kuat berpegang kepada agama, guru agama dan sejajar dengan penglibatannya dengan perjuangan bersama parti Islam atau PAS.

"Tanpa pegangan kuat kepada agama, tidak akan lahir kekuatan iman, kemantapan rohani sehingga menjadikan Nik Aziz muncul sebagai pemimpin yang bersih dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai unsur negatif lain," tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berbangga kerana Menteri Besar Kelantan dari PAS itu bukan sekadar muncul sebagai pemimpin bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi juga dapat memimpin serta mentadbir kerajaan dengan cemerlang.

"Walaupun ada orang kata ustaz atau guru agama tak boleh jadi pemimpin kerajaan, tetapi Nik Aziz telah membuktikan bahawa guru agama juga layak, malah lebih berkelayakan menjadi pemimpin," tegas Anwar.

Abbay Abadi dakwa DI SIHIR..


Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.

Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu.

“Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.

“Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasihdan Mulanya Di Sini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.

Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.

Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.

“Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.

“Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,” ujar Abby.


p/s: Kesiann Abby.., baru je nak bertudung, dah kena sihir.. Gua syorkan, cuba mintak Ustaz Azhar Idrus tu jampikan.. Manalah tahu mujarabb... 

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online