BREAKING NEWS

Anwar SAMAN Utusan RM50 juta..


Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran , laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.


p/s: Saman menyaman ni memang hobi Anwar dari dulu lagi.. Kita tengoklah nanti sapa yang kena.. Bukti video BBC tu kan adaa...

Gay 'halal' di Malaysia kalau Anwar jadi PM..


Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan memberitahu pemberita di sini.

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya."

Najib kena UGUT dengan Ambiga..


Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga memberi amaran bahawa gabungan itu akan menganjurkan Himpunan Bersih 3.0, sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tuntutan untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.

Menurut Ambiga, pihaknya telah melakukan pelbagai cara termasuk menerusi kaedah rundingan dan menegaskan gabungan itu turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya.

“Ia mesti dilaksanakan (oleh Suruhanjaya Pilihan Raya). Maka kita akan cuba semua itu, namun sekiranya mereka (SPR) tidak memenuhinya sebelum PRU, kami tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan Bersih 3,” tegas Ambiga.

Menurut Ambiga, adalah jelas SPR tidak menghormati cadangan yang dikemukakan PSC dan Parlimen sekiranya suruhanjaya itu masih tidak mahu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Di sidang media sama, Sasterawan Negara, A Samad Said turut mengatakan Bersih 3.0 adalah alternatif terakhir sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan.

“Sekiranya semua pilihan tidak dilaksanakan, memang tidak mustahil akan diadakan Bersih 3.0,”


p/s: Berani sungguh pompuan keling ni membuat ugutan yee.. Inilah jadinya kalau pemimpin negara terlampau lemah dan tunduk dengan kehendak pembangkang..

Babak GHAIRAH dalam filem Keramat.. Perlu ke?


Gua sebenarnya semakin konfius dengan tahap pemikiran pengarah filem melayu.. Dan gua semakin konfius bila dengar jawapan artis melayu yang bajet best bila bagi jawapan bodoh untuk menghalalkan perbuatan salah dorang..

Cuba korang tengok babak ghairah lakonan dalam filem Keramat.., perlu sangat ke si artis pompuan tu berkemban dan pelakon lelaki tu tunjuk perut boroi dia?

Kononnya dorang tu mengikut skrip lakonan dan terpaksa menghayati watak agar dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.. Elehhh..., dorang tu nak tipu siapa sebenarnya beb?


Aurat beb aurattt... Baik telanjang terus kalau semuanya beralasan nak ikut skrip.. Dan pengarah pun patutnya lepas ni buat skrip berasmara tanpa seurat benang atas katil..

Jangan bimbang.., kalau Lembaga Penapisan marah, bagi je alasan babak tu perlu untuk beri pengajaran pada penonton.. Mesti lepas punyalahhh...

Korang baca kat bawah ni alasan yang diberikan oleh Zul Handyblack pasal babak ghairah tu.. Sungguh meloyakan tekak gua beb...

“Saya pun memilih, bukan main buat saja tanpa sebab. Saya akan bersetuju dengan permintaan pengarah dan memenuhi kehendak skrip apabila babak itu logik untuk diwujudkan. Babak goda dalam bilik air memang logik untuk filem ini. “Ketika baca skrip, saya ada berbincang dengan pengarah bagaimana mahu gambarkan perasaan Mustika yang menagih kasih Habib yang hidup sezaman dengannya. Mustika mahu menggoda Nazmir kerana muka Nazmir seiras dengan Habib.

“Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas? Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu,” katanya

“Niat pembikin filem hasilkan karya selain atas faktor keuntungan adalah untuk memberi kesedaran dan pengarahan kepada masyarakat. Apabila terjebak dengan ilmu hitam atau perkara negatif, akan berlakulah akibat yang kita paparkan dalam filem ini,”

So..., gua dah bosan baca alasan-alasan bodoh macam diatas tu.. Adakah artis kita ni sengaja nak memperbodohkan pembaca, ataupun sememangnya dorang tu sejak azali lagi kurang cerdik?

Ali XPDC nak masuk PAS.. Bob Lokman mesti sukaaa...


Bila gua tengok gambar Ali XPDC dengan penceramah PAS Azhar Idrus ni, dalam kepala gua ada 2 persepsi..

Yang pertama ialah, Ali sengaja pergi dengar ceramah Azhar Idrus dan terus ambik kesempatan bergambar kenang-kenangan dengan penceramah tersebut..

Yang keduanya, Ali XPDC tu memang ada hati nak masuk PAS sebab mungkin dia dengar hanya PAS yang mampu bagi laluan mudah untuk ke syorga..

Bagi gua, dua-dua persepsi tu tak ada salahnya langsung.. Ali nak bergambar dengan Azhar Idrus, itu tak salah beb..

Ali nak join PAS untuk cari syorga melalui politik, itupun taklah salah sangat walaupun memang nampak janggal..

Cuma satu je nasihat gua pada Ali.., janganlah masuk PAS macam Bob Lokman.. Habis semua dia nak 'kafirkan' kerana nakkan title ulamak..

Bukan semua dalam PAS tu bagus.., dan bukan semua dalam Umno tu jahat.. PAS tu bukannya mewakili Islam, dan Islam tu bukan hanya untuk ahli PAS..

So.., joinlah mana-mana parti sekalipun.., yang penting.., jangan riak dan sombong.. Tak susah kann?

Hatta Ramli patut CABAR Anwar isytihar harta kekayaan... Ada berani?


Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan harta peribadi diri dan keluarga serta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) agar rakyat tahu menilai jurang perbezaan antara rakyat dan pemimpin.

Justeru, beliau memuji langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini apabila mengisytiharkan harta semua exconya.

Sepatutnya Kerajaan Pusat malu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mendahului tanggungjawab dengan mengisytiharkan harta exco yang bertanggungjawab membuat polisi kerajaan.

Bila istihar harta, rakyat akan tahu berapa banyak harta yang ada pada kepimpinan yang sering mengajak rakyat buat itu dan buat ini," jelasnya dalam ceramah anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas malam tadi.

Tambah beliau, pengisytiharan harta oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan yang berjiwa rakyat, tidak seperti kerajaan BN yang mengambil wang rakyat untuk kepentingan kroni.

Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, keberanian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dipuji oleh rakyat kerana tidak takut berselindung berbanding dengan kepimpinan Umno dan BN.

Katanya, jika kepimpinan Umno dan BN isytihar harta tentu rakyat akan terkejut kerana walaupun baru sepenggal menjadi wakil rakyat sudah mempunyai harta berjuta-juta ringgit.

"Pasti rakyat akan terkejut bila lihat senarai harta kepimpinan Umno dan BN. Sebab bukan diri mereka saja yang kaya tapi suami, anak dan sanak saudara turut berpeluang membolot kekayaan harta rakyat," terangnya.



p/s: Hatta Ramli nak suruh Najib isytihar harta..? Kenapa dia tak suruh Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh pun isytihar harta jugak?

Gua berani gerenti, semua kepala-kepala regim Pakatan tu lebih kaya dan berharta dari Najib. Tak percaya? Try lah isytihar tengok... Ada berani ke?

Azwan Ali maki hamun Hasan Ali lah pulak..


Baru hari tu dia teruk kena balun sebab maki Tun Mahathir dalam Fesbuk, sekarang ni si bapuk tua tu sibuk pulak maki hamun Hasan Ali dalam Twitter..

Pelik sungguh ye.., apalah agaknya masalah si bapuk tua tu sebenarnya? Gua rasa, bapuk AA tu mesti sedang mengalami sindrom kurang kasih sayang..

Tak pun, dia sedang mengalami sindrom peralihan umur @ menopause.. Pasal tu lah semacam je dia punya meroyan beb..

Lagi satu, gua rasa AA tu sengaja nak cari perhatian laa... Ye lah kann.., nak berlakon filem tapi dah tak laku.. Nak jadi pengacara, sapa pun tak hingin nak ambik jantan yang pakai baju kurung duduk atas pentas..

So demi mencari sesuap nasik, maka melalak-lalak lah AA tu mencari publisiti murahan dalam politik jijik Pakatan..

Manalah tahu kann.., kot-kot ada yang nak panggil dia jadi pengacara majlis program Pakatan.. Sadis sungguh!!

Black MENTOR 'tak laku' untuk Ladies Night Kelantan sebab Anwar..


Kerajaan Kelantan telah membatalkan kehadiran juara program televisyen "Mentor" musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara "Ladies Night".

Kehadiran Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Mohd Hanafiah yang sepatutnya membuat persembahan 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan penyanyi "Drama King" ini membuat persembahan pada acara tersebut yang diadakan bersempena program Kelantan's Got Talent khusus untuk kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu pihaknya mengambil langkah menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

"Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau mengadakan persembahan di sini, tetapi banyak komen dalam laman sosial Facebook memberi pendapat mereka mengenai kemunculan Black pada majlis berkenaan," ujarnya yang turut memberitahu tempat Black akan digantikan dengan seorang penyanyi wanita lain.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

Acara "Ladies Night" ini diadakan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012, dengan kerajaan negeri menganjurkan program berbentuk hiburan iaitu Kelantan's Got Talent bagi mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dan lakonan.


p/s: Mesti Black dihalang buat konsert di Kelantan sebab Anwar Ibrahim.. Ehh.., kenapa pulak sebab Anwar? Ye lahh.., kalau black nyanyi lagu Raja Drama, mestilah Anwar terasa beb.. Betul tak...? Hahahaha...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online