BREAKING NEWS

Alahai Rozita!!!! BOGEL pun tak apa asalkan pakaian ikut tema majlis...


Gua semakin pelik dengan manusia sekarang.., kalau dah salah tu, kan senang kalau mengaku dan minta maaf tanpa cuba nak menegakkan benang basah..

Contohnya kalau ditegur kerana berpakaian seksi, susah sangat ke nak admit dan declare tak akan buat lagi di masa depan?

Kenapalah perlu bersusah payah kata pakaian seksi tu ikut tema majlis atau apa sekalipun..? Nampak sangat kedangkalannya tu beb..


Kalaulah tema majlis boleh 'menghalalkan' pakaian yang dipakai, lepas ni kalau ada tema majlis yang suruh bogel sekalipun, kira ok lah yee..?

Bukan tuan tubuh yang salah.., tema majlis yang nak macam tu... Hahahaha.. BINGAI !!!


Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.

Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?.

Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya.

Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet. - Rozita Che Wan

Rakaman CCTV kemalangan sadis di Melaka...


Kat bawah ni ada satu rakaman CCTV di Negeri Melaka yang merakamkan kemalangan jalanraya melibatkan sebuah kereta dan 3 motosikal.

Salah seorang mangsa kemalangan patah kaki manakala 2 orang mangsa lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Mengikut pihak Polis Melaka, pemandu kereta ditahan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut

Apa pandangan korang mengenai insiden ni? Bagi gua, patut dikenakan hukuman berat je pada pemandu kereta yang cuai tu.. Mesti dia langgar lampu yang baru bertukar merah sebab nak cepat..

Dan dari pemerhatian gua, pemandu kereta tu macam tak ada inisiatif langsung nak membrek.., nampak sangat dia pecut kereta sebab nak cepat..

Takkan pemandu kereta tu tak tahu yang lampu kuning tu tandanya bersedia untuk berhenti? Memang segaja nak menyusahkan orang lain lah tu..

Apapun, gua ucapkan Tahniah pada pihak Polis Melaka sebab ambik inisiatif untuk buat pemantauan melalui CCTV..

Errr.., tapi kalau ikut Hadi Awang, CCTV bukan tak boleh pakai ke? Kan CCTV tu besi dan tak boleh dijadikan saksi? Hehehehe...

Wohaa!!! Saifuddin Nasution dapat title Datuk...


Gua agak musykil.., apasal lah si mangkuk tu dapat gelaran Datuk? Berjasa sangat ke dia pada negara Malaysia ni?

Tapi mungkin dah rezeki dia, gua pun malas nak komen banyak.. Cuma gua nak ucap tahniah je pada Saifuddin diatas title Datuk dia tu..

So lepas ni, kalau nak kutuk Saifuddin tu kena letak title Datuk sekali tak? Bukannya apa, janggal pulak gua nak panggil 'Datuk' Saifuddin.. Macam bodoh je bunyinya kann... Hahahaha...

DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menganugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84. Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Star pada 15 Januari.

Nik Aziz mengaku DITAWAR masuk UMNO..


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal.

Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Mereka ini datang tanpa malu, dan mengaku wakil pemimpin tertentu, ada juga mendakwa mereka tidak mewakili mana-mana individu," kata beliau pada sesi penggulungan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.

Beliau yang secara konsisten menentang usaha ke arah kerajaan perpaduan menegaskan: "Saya tidak akan membiarkan Pas dikhianati."

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas komited bersama dengan DAP dan PKR sehingga PR mendapat mandat menjadi kerajaan.

Katanya, beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku pada tahun 1977 apabila dikhianati lalu bertindak keluar daripada kerajaan campuran Umno dan BN ketika itu.

"Ketika mereka mengajak semula sertai Umno, saya berkata cis. Saya tahu anda semua siapa. Tak perlu untuk menyatakannya.

"Saya yakin penggabungan yang ditawarkan itu pasti mereka mahukan 'pulangan', jika tidak kenapa ia berlaku," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, dalam politik pelbagai ragam akan berlaku.

Oleh itu, katanya, terpulang kepada indivdu terbabit untuk menyuarakannya.

Tambah beliau, jangan mudah terpengaruh dengan apa jua tawaran kerana "kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku."




p/s: Ciss.., sapalah yang gatal sangat offer orang tua nyanyuk tu masuk Umno hah? Patutnya offer dia masuk neraka je beb..

Islam suruh umatnya bersatu, tapi orang tua tu lebih rela bersatu dengan kafir dari menyertai umat Islam lain..

Nik Aziz lebih sanggup bersatu dengan kafir untuk tumbangkan pemerintahan pemimpin Islam di Malaysia.. Nampak sangat Nik Aziz tolak suruhan Islam.

Ulamak apa namanya macam tu? Ular dalam semak bolehlah kot...

Nik Aziz dan para pengampu.., nak merapu pun agak-agak laaa...


Kat bawah ni gua petik kenyataan dari MalaysiaKini.. Memang poyo gilababi punya kerja-kerja menjilat Nik Aziz tu beb.. Naik berbulu tekak gua bila baca..

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan semula saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini.

Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata Wan Abdul Rahim.

"Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula.

"Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat.

"Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali. - MalaysiaKini

Apa kejadahnya Nik Aziz tu dilabelkan keramat hidup? Gua nampak dia tu cuma ulamak politik je beb.. Kalau ikut ilmu agama yang dia ada, tak jauh bezanya dengan Tok Siak di surau depan rumah gua..

Beza Nik Aziz dengan Tok Siak depan surau rumah gua ni ialah.., Nik Aziz bijak berpolitik dan gunakan ilmu agama dia untuk kepentingan politik kepartian.

Dan Tok Siak surau depan rumah gua pulak, beliau tak tahu berpolitik dan ilmu agamanya digunakan untuk berbakti kepada masyarakat sekitar kawasan perumahan..

Yang paling ketara.., Tok siak depan rumah gua tak ada pengikut taksub yang sanggup kata beliau adalah keramat hidup..

So.., kalau tanya gua siapa yang gua lebih hormatkan, gua akan kata gua lebih respek pada Tok Siak surau depan rumah gua ni dari Nik Aziz..

Walaupun beliau bukan keramat hidup, tapi beliau banyak berjasa pada gua dan masyarakat..

Tanpa beliau, sapalah yang nak buka pintu surau pada setiap kali masuk waktu dan bentangkan sejadah untuk makmum berjemaah? Besar jasanya tu beb..

Nik Aziz? Ada ke jasanya pada gua? Tak ada baiii....

Kesimpulannya.., Tok Siak surau lebih tinggi darjatnya dari Nik Aziz...

[VIDEO] Guan Eng.., boleh tak lu tolong jangan buat lawak..


Kalau setakat berjanji tu, sapa pun boleh buat beb.. Gua pun mampu janji akan bagi rakyat free jalan di lebuhraya kalau gua jadi PM..

Dan gua jugak boleh janji akan bagi minyak free kepada rakyat kalau gua dapat pegang kerusi nombor satu di Putrajaya..

Tapi masalahnya, Guan Eng dan Pakatan pandai janji je.. Kalau betul boleh buat, apa kata Guan Eng hapuskan dulu tol di Penang..

First sekali hapuskan tol di Sg Nyiur.., lepas tu hapuskan Tol di Jambatan P.Pinang.. Then baru rakyat percaya Pakatan mampu hapuskan tol di lebuhraya utara selatan PLUS..

Ni setakat janji hancing sementara nak dapat kuasa, memang lah boleh beb.. Belum tentu lagi dorang akan hapuskan Tol kalau dorang menang di PRU13 nanti..

Yang janji PRU12 dulu pun tak tunai lagi di Penang, macam mana nak kira tu beb?

Pemimpin Pakatan kata bolehhh..., rakyat kata boleh BLAHHH !!!!

102 pengikut Hasan Ali tinggalkan PAS..


Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.


Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional.


Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul.


p/s: Ni baru sikit je nii.., ada lagi yang bakal keluar parti.. Tunggu je lah masanya kehancuran PAS di Selangor...

Tangkap 4 juta nyamuk... Korang boleh buat ke?


Seorang wanita Taiwan yang bernama Huang Yu-yen, telah berjaya memenangi hadiah sejumlah 3,000 dolar Amerika kerana mampu menangkap 4 juta nyamuk dalam masa sebulan.

Wanita yang menetap di selatan Taiwan,tersebut merupakan satu daripada 72 peserta yang mendaftar dalam sebuah pertandingan milik Imbictus International, sebuah syarikat Taiwan yang bergerak khusus dibidang perangkap hama.

Ketika ditimbang nyamuk hasil tangkapan Huang mempunyai berat 1.5 kg lebih berat dari peserta lain. Dengan usaha luar biasanya itu, Imbictus pun langsung memohon kepada Guinness World Records yang berharap stastus Huang diakui sebagai pembunuh handal di dunia hama.


p/s: Fuhhh.. memang terer sungguh pompuan Taiwan tu tangkap nyamuk yee.. Gua sedang berfikir sekarang ni.., apakah method yang digunakan sehingga mampu tangkap 4 juta nyamuk tu?

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online