Adam Adli, 22, kini menjadi tumpuan setelah digantung tiga semester pelajarannya di UPSI. Ketika ditanya oleh seorang hadirin sama ada beliau akan melibatkan diri dalam politik partisan, secara jujur beliau mengakui bahawa memang ada tawaran dari parti politik setelah dirinya terlibat dalam insiden tersebut.
Beliau mengisahkan pengalaman bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Abdul Aziz Bari yang sudah hampir pasti akan menyertai parti politik, meluahkan keresahan mereka terhadap pakar perlembagaan tersebut.
Adam berkata kepada Aziz Bari, "Kalau prof masuk politik, prof boleh berjasa kepada satu parlimen sahaja. Prof tak boleh berjasa kepada satu negara. Pandangan prof akan dikecilkan. Prof tidak lagi stand untuk akademik. Tidak lagi dipandang sebagai seorang akademia kerana apa-apa pun pandangan prof, orang akan anggap prof pro ke mana-mana parti politik."
Dia menyatakan bahawa dirinya tidak berhasrat untuk mengambil pendirian partisan, dan kalau dirinya benar-benar berjuang untuk memenangkan satu parti politik sahaja sebagaimana yang didakwa, maka beliau tidak akan turun untuk terlibat dalam satu demonstrasi di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), yang menyasarkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah.
"Saya seorang mahasiswa, kalau saya berapat, memang saya ada kawan dalam parti politik. Saya tak boleh buat macam tu, kerana itu akan menghina perjuangan rakan-rakan saya. Itu pendirian saya," kata Adam, yang masih ditawarkan pentas parti politik sehingga hari ini. Beliau tahu ramai yang akan kecewa seandainya beliau menyertai parti politik.
Sebelum ini, beliau menjelaskan, "Saya tertanya-tanya, siapa musuh saya? Adakah saya bermusuh dengan UMNO, atau bermusuh dengan kerajaan? Adakah saya cari lawan parti politik, atau saya lawan sang penguasa? Orang menganggap saya melawan UMNO, kerana itu adalah Presiden UMNO, itu adalah bangunan UMNO."
"Tapi aku boleh buat apa dengan acedemic freedom? No, aku tak boleh buat apa-apa. Yang boleh adalah kerajaan. The government. Sebab itu saya anggap lawan saya bukannya UMNO. Lawan saya adalah kerajaan. Kerana saya adalah rakyat, bukan parti politik. Lawan UMNO adalah parti politik lain. Saya rakyat, saya lawan dengan penguasa. Itu saja."
Sungguhpun UPSI menyediakan beliau untuk menjadi seorang guru setelah tamat pengajiannya, namun beliau mempersoalkan, "Tapi siapa kata saya hanya boleh jadi seorang guru? Saya boleh jadi sesiapa saja saya mahu, asalkan ada iltizam, saya mahu, saya boleh jadi!" Malah beliau berkongsi impian dirinya, jikapun beliau menjadi seorang guru akhirnya, beliau akan memilih untuk bertugas di kampung orang asli yang tidak bersekolah.
p/s: Adam Adli ni nak perbodohkan siapa sebenarnya? Dia tak masuk politik? Tak sertai sebarang parti? Boleh blah la beb.. Yang kat atas tu gambar apa? Bukan berpolitik ke tu bai..?