BREAKING NEWS

18SXX !!!! Artis mana yang kantoi LOVEBITE nih???


Apalah nak jadi kepada anak-anak muda kita sekarang nih..? Dah tak ada kesedaran sivik langsung!!

Korang tengok lah gambar tu..., muda-muda lagi dah buat kerja pelik.. Gua pun tak jahat macam ni masa gua muda-muda dulu beb..

Ishh.., ni dah kira kantoi big time nii... Kalau gambar dah tersebar dalam alam siber, habis satu dunia tahu.. Mana nak menyuruk nanti..

Korang mesti tertanya-tanya.., sapalah gerangan empunya gambar diatas tu kann?

Jangan risau.., kat bawah sana gua letak gambar penuh dia.. memang korang akan terkejut punya lahh...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Moral of the story.., jangan sepahkan pakaian dalam merata-rata.. Hahahahaha...

Najib suruh rakyat Selangor lupakan Penasihat RM1..


Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor di bawah kerajaan negeri pakatan pembangkang akan dapat diselesaikan jika kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih negeri itu.

Perdana Menteri berkata selepas empat tahun mentadbir negeri Selangor sejak pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih tidak menunaikan janji-janji mereka sehingga menyebabkan sesetengah pihak berasa kecewa.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Program Sepetang Bersama Perdana Menteri di Pangsapuri Rimba Jaya di sini sempena lawatan beliau ke negeri Selangor di bawah Program Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini BN, hari ini.

Beliau berkata antara masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor kini ialah masalah air, sampah sarap dan para peniaga kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menghadapi cadangan kenaikan sewa ruang niaga yang mencecah sehingga 100 peratus.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan memberikan peruntukan bagi membina sebuah surau yang amat diperlukan oleh penduduk-penduduk di pangsapuri itu.

"Saya lihat pangsapuri Rimba Jaya memang memerlukan sebuah surau yang baru kerana saya telah dibawa berjemaah Asar petang tadi, tentu kawasan itu tak sesuai untuk kita terus kekalkan sebagai surau kawasan pangsapuri ini," katanya.

Buat masa ini penduduk menggunakan ruang tingkat bawah pangsapuri itu sebagai surau yang hanya boleh memuatkan antara 50 dan 60 jemaah pada sesuatu masa.

Najib turut melawat para peniaga di Kompleks PKNS selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri tengah hari tadi.

Beliau turut dimaklumkan oleh para peniaga berkenaan bahawa pakatan pembangkang banyak menabur janji manis sebelum berkuasa dahulu tetapi setelah berkuasa mengenakan kenaikan sewa bulanan yang keterlaluan sehingga mencapai 100 peratus.

"Pengerusi Persatuan (Peniaga-peniaga Kompleks PKNS) tadi minta (Kerajaan Persekutuan) ambil alih Kompleks PKNS...kalau ambil alih kerajaan negeri akan kenakan syarat yang menyusahkan.

"Adalah lebih baik jika BN mengambil alih semula kerajaan negeri kerana bukan sahaja masalah peniaga itu selesai tetapi masalah sampah sarap, air dan pangsapuri Rimba Jaya akan selesai," katanya.


p/s: Kalau bayar RM1.., maka dapat hasil pun RM1 lah jawabnya..

Manusia BANGANG yang bergelar Mahasewel dan SMM..


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebernarnya adalah pertubuhan haram di kampus. Berlagak bertindak sebagai suara mahasiswa kampus. Menuduh kampus yang sedia ada tidak cukup berdemokrasi kepada pelajar.

Siapa yang memilih SMM secara demokrasi di kampus? Tidak ada, yang ada adalah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Demokrasi mana lagi yang dicari kalau masih belajar pun boleh menyaman, mengecam dan memalukan universiti sendiri. Kalau masih belajar boleh mengusung keranda ke SUHAKAM. Kalau masih belajar boleh tidur atas jalan, berkepit dengan Anwar Ibrahim dan berceramah atas pentas PAS. Boleh hadir ke mahkamah untuk nyatakan sokongan kepada Anwar.

Itulah demokrasi. Ada sesiapa halang Adam Adli dan Safwan Anang hadir ke mahkamah?


Diusung dengan kerusi roda kononya retak dan patah tulang di rusuk dan pipi, mana laporan X-Ray?
Dengan demokrasi berpelembangaan inilah, wujudnya PAS dan Keadilan. Dengan demokrasi jugalah mahasiswa berhak memilih siapa yang mereka hendak untuk menjadi wakil mereka.

Maka kalau mahasiswa memilih orang yang silap. Yang harus dipersalahkan ialah pemilih yang memilihnya bukan suatu sistem yang telah sedia ada.

Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Menteri Pendidikan juga tidak meminda dan memansuhkan AUKU. Mungkin Anwar terhutang budi dengan AUKU yang sedia ada.

AUKU inilah juga yang telah mengeluarkan beratus ribu orang graduan di Malaysia sejak bertahun-tahun yang lalu. AUKU inilah yang banyak berjasa mengubah nasib anak petani, nelayan dan penoreh getah menjadi seorang yang berjaya.

Kenapakah sesuatu Akta yang cukup berjasa ini perlu dibenci dan dihapuskan oleh mahasiswa ? Bertahun-tahun isu AUKU kedengaran di kampus, tuduh zalim tetapi kalau zalim sudah tentu ramai yang dibuang terus dari universiti. Meminda mungkin konstruktif, tetapi menghapusnya adalah tidak rasional sama sekali.


Apakah tidak “Bebas Partisipasi Politik” jika sudah boleh turun ke mahkamah sokong Anwar?

Atas dasar demokrasi yang toleran antara Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan DEMA lahirlah SMM. Presiden SMM ialah wakil daripada PMI manakala DEMA menjadi Setiausaha SMM. Tetapi yang mendominasi gerakan SMM sebenarnya ialah DEMA. Inilah demokrasi toleran amalan mahasiswa pembangkang.

Apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu sistem yang ada boleh menyaman universiti atau memboikot sistem yang sedia ada. Malah SMM pernah anjurkan demonstrasi di Parlimen mengutuk menteri.

Ahmad Rifauddin Abdul Wahab (Pengerusi SMM) pernah membantah peraturan baru pilihanraya kampus di UIAM dalam Akhbar SIASAH bil 0004, (m/s 5), keluaran 16-29 September 2005. Kini berdemo pula jam 2 pagi di UPSI.


Baru tiga semester digantung, tapi masih lagi boleh jadi guru lulusan UPSI, zalim lagi?
Masih sanggup terima skroll dari UPSI? Kalau tidak sanggup baik berhenti jadi ahli politik sepenuh masa.

Inilah demokrasi. Tidak puas hati boleh membantah sistem yang ada. Tidak puas hati boleh kutuk polis sebagai anjing dalam Twitter. Turun gambar Perdana Menteri, kemudian tidak minta maaf. Budaya manakah ini?

Inilah budaya gampangan budak-budak mahasewel negara yang bergelar Solidariti Mahasiswa Malaysia!!


*sumber KLXpress

GEMPAR!!! Wang Kutipan derma PAS Padang Serai dicuri TOYOL...

Lakaran awal TOYOL dari saksi di tempat kejadian...

Mayday.. Mayday..!! Duit kutipan derma ceramah PAS serta duit simpanan tabung buluh Adun-adun PAS P.Pinang semuanya dikhabarkan telah mengalami kecurian..

Kejadian ini telah menyebabkan Markas PAS di Padang Serai Kedah mengalami kesulitan untuk mengatasi keadaan lantainya yang uzur dan bangunan yang amat menyedihkan..

Dipercayai, kesemua kutipan derma jihad semasa ceramah dan juga kutipan tabung buloh tersebut telah dicuri oleh mahkluk spesis TOYOL..

Toyol berkenaan berkemungkinan telah menyusup masuk ke kawasan Markas PAS untuk menyamun wang tersebut semasa ketiadaan ahli-ahli PAS yang membuat rombongan ke Mahkamah Tinggi tempoh hari bagi meraikan pembebasan Anwar Ibrahim..

So.., bagi sesapa yang nak menderma tu, eloklah berhubung dengan pihak Markas PAS Padang Serai yee.. Kesian dorang sebab markas tu bocor kena hujan..

Sesapa yang mempunyai kepakaran didalam ilmu Paranormal juga dialu-alukan untuk memberi bantuan sehingga tertangkapnya Toyol tersebut..

Jahat betul Toyol tu kann... Mesti Umno yang hantar tu... Hahahahahaha..., sakit perut gua taip entry nih..



Menjelang pilihan raya umum ke 13, semua pihak dalam PAS sedang berusaha keras untuk membuat persiapan terbaik.

Antara yang perlu dipersiapkan adalah markas atau pusat aktiviti kempen pilihan raya ini.

Di Padang Serai, Kedah, antara markas PAS yang sedang diperkemaskan adalah markas tarbiyah Tuan Guru Haji Khatib Sarbini, Padang Ubi, Labu Besar dekat sini.

Menurut setiausaha kerja markas ini, Anwar Md Hashim, markas ini masih berfungsi namun keadaannya menyedihkan dengan lantainya uzur, PA system kadang-kadang berfungsi, kadang-kadang tidak, tingkapnya terbuka menyebabkan air hujan dapat memasuki melaluinya, kayu dimakan anai-anai, dimamah usia dan sebagai.

Ekoran itu, katanya, pihaknya sedang berusaha untuk membaikpulihnya menjelang pilihan raya akan datang ini.

Sehubungan itu, sumbangan diperlukan untuk membaiki. Kepada yang sudi, sila hubungi Markas PAS terdekat.

2 bulan kawen dah cerai..? Takziah buat Hattan kerana kehilangan isteri...


Jodoh dan maut tu ditangan Tuhan dan kita hanya mampu merancang.. Kita tak boleh lawan qada' dan qadar melainkan terima je lah dengan hati terbuka..

Contohnya.., kalaupun kita tak suka sangat dengan Anwar, tapi bila Mahkamah bebaskan dia dari tuduhan meliwat tu, kita kena terima lahh..

Samalah jugak dengan kes penyanyi Hattan nih.. Baru je kawin 2 bulan, tup-tup dahh bercerai.. Nak buat macam mana.., tak ada jodohhh...

Kawin sehari ke.., kawin seminggu ke.., kalau dah tak serasi bersama, susah beb nak kekalkan keharmonian tu.. Kalau korang tak percaya, tanya je kat dorang yang dah kawin..

Jangan tanya gua sebab gua bujang lagi tahun ni.. Hahahaha...

Berbalik pasal Hattan ni, rasanya baru je gua tengok persembahan dia di Malam Perhargaan Media di PWTC hari tu.. Suara dia memang power.., tambah pulak bergandingan dengan Ramli Sarip.. Fuhhh.. mantap beb..

Apa-apapun.., gua ucapkan Takziah lah pada Hattan.. Cuba lagi lah dimasa depan ye.. Usaha tu kan tangga kejayaan.. Bak kata Anwar..., lawan tetapp lawannn.. Hahahaha...

Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada Khamis.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, Hattan, 48, melafazkan cerai terhadap Farah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi.Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya untuk menfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Akhbar itu turut melaporkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin, 34, baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Exco mana yang paling kaya di Penang?


Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun harta mereka secara terbuka. Perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Senarai Perisytiharan harta Exco Kerajaan Negeri Pulai Pinang

1) Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh

-memiliki beberapa rumah


-memiliki tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta


-memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000<


-memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund


2) Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang

-memiliki simpanan tetap RM298,785


-memiliki saham amanah berjumlah RM25,989


-memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000


-memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom


3) Datuk Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri I

-memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000


-memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819


-memiliki sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000


4) P Ramasamy – Timbalan Ketua Menteri II

-memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan


-memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000


5) Chow Kon Yeow – Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas,

-memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000


-memiliki serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000


-memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000


-memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund


6) Abdul Malik Abul Kassim – Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,

-tidak mencatatkan sebarang harta miliknya


-memiliki Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000


7) Lim Hock Seng – Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,

-memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh


-memiliki saham di Kotindak dan Kojadi


-memiliki beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000


8 )Law Heng Kiang – Exco Pelancongan dan Kebudayaan,

-memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000


-memiliki sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000


9) Law Choo Kiang -Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air

-memiliki sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000


-memiliki beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC


10) Wong Hon Wai – Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian

-memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000


-memiliki sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000


p/s: Korang jangan terpedaya.., ini baru harta yang secara sukarela diisytihar.. Yang belum diisytihar tu tak campur lagi yee... hehehehe..

Kapal TLDM, KD Mutiara terbakar.. Tony Pua taknak salahkan kerajaan ke?


Sebuah lagi kapal TLDM telah terbakar. Kali ini ialah KD Mutiara yang sedang dalam proses baik pulih di Johor.

KD Mutiara adalah merupakan kapal TLDM yang sudah pun berusia 35 tahun yang digunakan untuk tujuan pengukuran Hidrografi dan Oseanografi.

Sebelum ini kapal TLDM KD Pari telah hampir tenggelam di Sabah, KD Serang pula mengalami kebakaran kecil manakala KD Todak pula telah mengalami kerosakan.

Di samping itu negara kehilangan kapal pengangkut KD Sri Inderapura dalam satu kebakaran pada tahun 2009.

Sebelum ni, Pakatan selalu menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion kepada RM9 bilion.

Jawapannya ialah, kena beli kapal baru la sebab kapal yang ada semua dah lama.. Itu pun nak cerita lagi ke? Bodoh punya Pakatan.


PASIR GUDANG: A fire broke out onboard a 35-year-old Royal Malaysian Navy's survey vessel which was undergoing repairs at the Malaysian Marine Heavy Engineering shipyard here last night.

KD Mutiara, which is one of the two ships under the navy's National Hydrographic Centre, is believed to have suffered extensive damage. However, no casualty was reported.

A spokesman for the Johor Baru Fire and Rescue Department said they received a call at 8pm. As at press time, the firefighters were still trying to put out the blaze.

Seven fire engines from several stations in the vicinity were rushed to the scene.

It is learnt that workers were carrying out welding works on the ship when the incident occurred.

The ship, measuring 71m in length and 13m in width, was commissioned to the naval fleet in 1977, to carry out mapping work and general oceanography.

KD Mutiara is equipped with digital data gathering and processing systems, modern acoustic sensors and differential satellite position-fixing systems.

Edisi tak berapa seram : Sapa sebenarnya yang betul-betul hantu?


Gua konpius betul bila tengok video kat bawah nih.., dah la tengok pepagi buta.., sorang diri pulak tu..

Yang paling tak menarik, mata gua pulak tak mengantuk.. Sebab tu lah gua layan video yang tak berapa seram ni..

Bila layan video ni, pening la pulak kepala.., sapa yang sebenarnya hantu dalam cerita tu? Misteri betul... =)

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online