BREAKING NEWS

Milosuam akan dedahkan individu yang letakkan Bom 901..


PDRM dah keluarkan tawaran RM10 ribu kepada pemberi maklumat kes letupan di Mahkamah Tinggi hari tu.. Ada sesapa yang nak ke?

Kepada sesapa yang berangan nak dapatkan hadiah ganjaran RM10 ribu dari PDRM tu, gua nasihatkan supaya korang lupakan sajalah niat murni tu..

Sebabnya, gua confirm duit reward 10 ribu tu akan dapat pada blogger gay jamban MiloSuam pasal mamat gay tu memang pakar cari bukti..

Kepakaran mamat tu cari fakta memang terkenal seantero blogsphere sampaikan Dr Novandri pun pernah kantoi dengan Milosuam masa kes tisu dalam video Anwar..

Dan yang terbaru, MiloSuam sekali lagi membuktikan ke'GAY'an dia dengan membuat analisis ala-ala doktor haiwan pasal suntikan morphin yang dialami oleh pengawal peribadi Wan Azizah.

Dan sekali lagi jugak la Dr Novandri kantoi termalu... Hebat kan budak Milo tu?

So.., mamat gay Milo tu memang terbukti cekap selain dari banyak kaki yang jadi balachi dia.. Pasal tu Anwar sayang banget kat budak Milo tu..

Sebab tu gua yakin Polis akan dapat selesaikan kes 3 letupan di Mahkamah tu kalau dapatkan bantuan dari Milosuam.. Hahahaha...


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ganjaran RM 10,000 kepada pemberi maklumat insiden letupan bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.

Perkara itu diumumkan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan itu hari ini.

"Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut," menurut status di laman Facebook tersebut.

HEBAT!! Exco regim DAP Penang langsung tak ada HARTA!!


Memang menakjubkan beb.. Setelah pengisytiharan harta yang dibuat oleh Exco-exco regim kerajaan DAP di Penang hari ni, gua dimaklumkan bahawa Malik Kassim langsung tak ada harta..

Korang kenal tak Malik Kassim? Dia adalah Exco Hal Ehwal Agama dalam kerajaan negeri DAP P.Pinang dan merupakan balaci paling setia kepada Guan Eng..

Korang percaya atau tak itu terpulanglah pada korang.., tapi apa yang gua diberitahu ialah, Malik Kassim cuma ada sebijik kereta Proton Tiara semenjak hampir 4 tahun dia jadi Exco..

Dan baru-baru ni je dia beli kereta lain bagi menggantikan Proton Tiara dia tu.., itu pun dengan pinjaman ansuran kerajaan.. Hebat!!!

Ajaib tak? Nik Aziz pun kalah dengan Malik Kassim punya zuhud ni beb..

Gua tak sangka macam tu sekali hebatnya Malik Kassim.. Lepas ni, gua cadangkan Malik Kassim diangkat jadi Ketua Menteri untuk gantikan Guan Eng..

Orang zuhud macam Malik Kassim tu lah yang rakyat nak.. Bukan kaki kebas dan rampas macam Guan Eng..

So.., mulai hari ni.., gua sokong Malik Kassim jadi CM Penang yang baru.. Walaupun suara dia macam itik, gua tak kira.., gua sokong jugak.

Hidup Malik Kassim!! Hidup Proton Tiara!!! Hahahaha...


Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing.

Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Woha!!! Sam Ketot nak saman PERKASA..


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak ada halangan sekiranya Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mahu memfailkan saman terhadap beliau.

Ia ekoran desakan beliau meminta pertubuhan itu menafikan penglibatan mereka dalam insiden letupan berhampiran Mahkamah Jalan Duta pada Isnin lalu.

Sebaliknya, kata Shamsul, beliau juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pertubuhan itu kerana memutar belitkan kenyataannya.

“Saman itu adalah hak Perkasa.. saya bersedia untuk menjawab persoalan yang dikemukakan sekiranya mereka benar ingin mengemukakan saman. Tetapi saya juga mempunyai hak untuk menyaman mereka sekiranya dakwaan mereka kosong,” kata Shamsul.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka itu mengulas laporan portal Sinar Harian hari ini yang memetik kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mahu mengkaji tindakan perundangan ke atas beliau.

“Biar lah mereka nak saman..tapi isu yang saya bangkitkan di dalam media ialah saya membuat desakan kepada Perkasa menafikan mereka terlibat dalam insiden letupan itu.

“Ini kerana mereka juga kelompok yang berada di situ (mahkamah),”

“Saya fikir mungkin Perkasa tidak dapat membezakan desakan untuk menafikan dengan tuduhan,” ujar beliau yang juga seorang peguam.

Dalam pada itu, Shamsul meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap laporan Utusan Malaysia yang kononnya memetik sumber polis dengan mendakwa bom berkenaan dibawa peserta himpunan 901.

“Mengapa Utusan Malaysia melabel hanya satu kumpulan iaitu penyokong kempen Anwar Bebas sahaja yang terlibat (insiden letupan), sedangkan ada kumpulan-kumpulan lain termasuk penyokong Saiful dan Perkasa,” tegas beliau.

Sehingga kini, katanya, tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis mengesahkan laporan berkenaan.

“Sekiranya tidak betul mereka (Utusan) harus membuat jawapan balas atau mengemukakan kenyataan atau sumber dari pihak polis.

“Ia perkara sulit. Mana boleh perkara itu bocor kecuali pihak polis sendiri mahu membocorkan, sebab itu perlu ada jawapan segera dari PDRM. Kalau tidak rakyat akan semakin hilang kepercayaan terhadap pihak polis,” katanya.


P/S: Berani ke Sam nak saman Perkasa? Jangan setakat sembang besar je beb.., nanti bila kena kejut sikit, terus kencing dalam seluar macam di Melaka dulu.. Hahahaha

Video Askar kafir US kencing mayat Taliban..


United Nation Marine Corps sedang menjalankan siasatan terhadap video menggemparkan yang baru sahaja di muat turun di You Tube semalam oleh The Pirates Copy.

Video tersebut menunjukkan anggota Marin dengan lengkap berpakaian tentera membuang air kecil diatas mayat pejuang taliban yang terbunuh.

Individu misteri yang memuat turun video tersebut berkata 4 anggota yang membuang air kecil pada mayat pejuang taliban tersebut adalah dari pasukan skuad sniper team 4 bersama anggota marin dari batalion ke 3 pasukan marin.

Didalam video tersebut juga menunjukkan anggota tentera terbabit berkata, " Semoga menjalani hari yang indah, kawan", sambil membuang air kecil keatas mayat pejuang taliban tersebut. Manakala seorang lagi anggota tentera berkata, "Keemasan seperti air pancut".

Bagaimanapun jurucakap pasukan marin, Kapten Kendra N. Hardesty berkata, "Kesahihan dan kebenaran video ini masih didalam siasatan. Video ini juga tidak menunjukkan sikap dan etika sebenar anggota marin didalam pasukan kami"

Beliau juga berkata, "Kami akan menjalankan siasatan secara terperinci terhadap video ini dan jika terbukti tindakan keras akan diambil terhadap tindakan anggota tersebut"



p/s: Semoga Allah turunkan laknat kepada seluruh puak-puak kafir tu semua..

Kepala otak kau Mahathir !! - Azmin ali


Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan 'kepala otak kau' dalam ceramahnya disifatkan sebagai tindakan kurang ajar.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, sikap itu bertentangan dengan adab dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kepada seorang negarawan.

"Apa jasa Azmin kepada negara sehingga berani menghina Tun (Mahathir) sedangkan dia belum sampai sepenggal jadi wakil rakyat.

"Jangan disebabkan politik bodoh pembangkang segala jasa baik Tun Mahathir mahu dilupakan. Harus diingat seluruh dunia Arab masih mengagumi beliau sehingga sekarang.

"Azmin perlu segera memohon maaf kepada Tun Mahathir atas ucapan kurang ajar tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ungkapan biadap itu dilontarkan Azmin ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam kelmarin.

Ia sebagai respons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, tindakan Azmin itu membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti menjadi seorang pemimpin.

"Apa yang diucapkan oleh beliau menggambarkan seorang yang cetek ilmu. Saya nak tanya Azmin apa jasanya kepada negara? Tidak ada.

"Beliau sendiri tidak diterima sebagai seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang, jadi tidak layak berkata demikian kepada individu yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.

Hasan Ali akan dedahkan rahsia Kerajaan Perpaduan.


Pas yang memecat Datuk Dr Hasan Ali, Ahad lalu dipercayai bimbang kemungkinan bekas Pesuruhjaya Negeri Selangor akan mendedahkan rahsia-rahsia parti termasuk desas-desus bahawa wujud perundingan membentuk kerajaan perpaduan tiga tahun lalu, kata penasihat pusat kajian Ilham Centre.

Muhamad Hisomudin Bakar berkata, tindakan Pas memecat Hasan sebenarnya tidak akan membawa kepada perpecahan atau kesan yang mendalam, sebaliknya pemimpin-pemimpinnya bimbang mereka akan berhadapan dengan senario yang dialami oleh PKR sebelum ini.

PKR, rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, berhadapan dengan siri pendedahan mengenai persekitaran dalaman parti itu dan juga berkaitan dengan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sekumpulan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri keluar parti dan menjadi wakil rakyat mesra Umno dan Barisan Nasional.

"Pas bimbang kalau-kalau isu atau rahsia parti didedahkan kepada media kelak," kata beliau sambil menambah, Hasan sudah tentu tidak akan berdiam diri." - SinarHarian.



p/s: Sepanjang yang gua tahu pasal corak politik Hasan Ali, beliau selalunya akan lawan balik kalau dia didesak..

So, bagi gua, Hasan Ali tak akan tunggu lama untuk dedahkan sapa dalang sebenar disebalik perbincangan kerajaan perpaduan..

Rasanya tak lama lagi kita akan tahu, semua 'player' kerajaan perpaduan ni baik dalam PAS mahupun Umno.. Tunggu je Hasan Ali buka cerita nanti..

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online