BREAKING NEWS

Samsul Iskandar desak Saiful dikenakan hukuman Qazaf..


Wohaaa!! Garang sungguh ye Sam ketot ni bila Ketua Umum dia dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful..

Bukannya dia nak bersyukur kepada Tuhan sebab Anwar terlepas dari penjara kerana tak cukup bukti, sebaliknya Sam ketot ni meroyan pulak desak Jabatan Agama ambik tindakan terhadap Saiful..

Gua rasa Sam ni saja nak tarik perhatian Anwar.. Dia nak tunjuk bahawa dia juga mampu menggegarkan arena politik negara..

Itu ketot bukan sebarang ketot tauuu... Itu ketot kencing dalam seluar punyaa.. Anwar kena ingat tuuu... Hahahahaha....

Menyifatkan pembebasan Ketua Pembangkang dalam kes Fitnah II adalah satu kemenangan rakyat, Angkatan Muda KEADILAN menggesa penuduh, Saiful Bukhari Azlan dihadapkan ke Mahkamah syariah atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam kes ini AMK terlibat dari awal melakukan pelbagai kempen termasuk membuat laporan qazaf dan mengedarkan risalah Fitnah II dan sebagainya,” Kata ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Justeru, saya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memulakan prosiding qazaf di mahkamah syariah kerana itu janji mereka yang mengatakan bahawa kes ini akan dibuka semula selepas semuanya selesai,” katanya.

Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Mohd saiful.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Anwar Ibrahim supaya pemuda itu didakwa mengikut qazaf.

Ekoran itu Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain untuk mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.

Banner dirosakkan kerana MARAH pada Hakim Zabidin...


Kat atas tu adalah gambar banner Pakatan di satu kawasan Temerloh Pahang. Kecoh puak-puak PAS bila banner tu diconteng oleh pihak yang tak dikenali..

Gua rasa lah kannn..., banner kat atas tu telah diconteng oleh orang-orang yang tak puas hati bila Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful..

Sebenarnya.., tulisan 'tipu' tu mungkin ditujukan kepada Hakim Zabidin.., bukan dorang tulis 'tipu' kepada janji Pakatan..

Korang cuba fikir ye, dalam banner tu tulis Pakatan janji harga minyak akan diturunkan serta merta manakala elaun guru dinaikkan RM500 kalau dorang perintah.

Lepas tu.., generasi kedua Felda pula ditawarkan menjadi peneroka untuk tanah Felda Plantation yang hendak dicagarkan oleh Felda untuk Felda Global Venture Berhad (FGVB).

Bukan tu saja beb.., pesara Tentera juga akan ditawarkan untuk jadi peneroka di tanah Felda.

So.., kalau macam tu punya hebat janji yang Pakatan tawarkan, sapa yang nak marah sampai conteng banner tu..?

Sebab tu lah gua kata dorang conteng kerana Hakim Zabidin.. Kesian banner tu yee..., tak pasal-pasal kena conteng diatas 'kesalahan' orang lain.. Hehehehe...

TERKINI !!! Fayadh 'LARI' dari Hospital kerana DIBURU Polis P.Pinang..


Polis didakwa mengganggu pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan bahawa lelaki itu mungkin diberi suntikan beracun pada satu ceramah di Pulau Pinang, minggu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek, 26, keluar tanpa arahan doktor dari Hospital Seberang Jaya dan mendaftarkan dirinya ke sebuah hospital lain untuk mengelakkan "gangguan" polis.

Walau bagaimanapun, Mansor, yang juga Ketua PKR Pulau Pinang tidak mendedahkan di mana Fayyadh Afiq sedang dirawat.

Apabila ditanya mengapa pengawal peribadi itu berpindah ke hospital lain, Mansor mendakwa bahawa "beliau diganggu oleh anggota polis".

"Pihak polis menyoal pelbagai soalan sedangkan beliau masih tidak sihat," kata Mansor, ketika ditemui pada ceramah di Seberang Jaya malam semalam.

Mengenai sama ada Fayyadh Afiq harus memberi kerjasama polis sepenuhnya, Mansor berkata bahawa tidak salah untuk mengambil kenyataan daripada beliau tetapi anggota polis perlu menunggu sehingga beliau benar-benar sihat untuk menjawab soalan.

Sabtu lalu, pengawal peribadi itu mendakwa bahawa tangan kirinya cedera selepas ditikam dengan objek tajam ketika beliau mengiringi Wan Azizah majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang.

Habislahhh..., Anwar nak 'berkenalan' dengan Jay Jamalina..


Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan tidak disengajakan seorang pembaca Tv3 melaporkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia membuktikan Allah lebih berkuasa melebihi segala-galanya.

Menurutnya, sebelum ini puluhan tahun Tv3 memfitnah beliau dan pada masa sama dirinya langsung tidak diberi peluang untuk menjawab di stesyen TV milik Umno itu.

"Padahal kerja Tv3 ini maki kita sahaja. Ini Allah punya Kuasa. Anda bayangkan, kalau setakat Tv Indonesia, Thailand atau Iran yang silap, saya fahamlah.

"Ini Tv3, Perdana Menteri Anwar Ibrahim," kata Anwar semasa berucap di Kampung Baru malam Ahad lalu.

Tidak menyalahkan pemberita itu, Anwar bagaimanapun bersedia untuk menemui wartawan itu.

"Maknanya dia pun tahu, cuma cakap terawal sikit (untuk saya dilantik jadi Perdana Menteri), Saya pun nak jumpa Jay Jamalina ini," kata Anwar lagi disambut sorakan penyokongnya.

Jay Jamalina atau nama sebenarnya Nur Jamalina Mohd Jamali semasa dalam Buletin Utama yang disiarkan secara langsung pada Sabtu lalu melaporkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri berhubung lawatan Datuk Seri Najib ke Johannesburg, Afrika Selatan.

"Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka...," kata Jay Jamalina yang selepas itu memohon maaf di laman twitternya.

Hakim Zabidin akan 'MASUK SYURGA' kerana bebaskan Anwar..


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zabidin Diah dah memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah berdasarkan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa liwat, Mohd Saiful Bukhari.

Persoalannya sekarang, Mahkamah negara ni adil atau tak? Gua tak nak bagi jawapan sebab gua tak pernah dibicarakan dalam Mahkamah.., so mana gua tahu Mahkamah tu adil atau tak.

Tapi, pihak pembangkang sebelum ni selalu menuduh mahkamah sebagai tidak adil dan amalkan undang-undang berat sebelah serta tak akan memihak kepada Anwar.

Malah, Anwar sendiri pernah melancarkan pelbagai persepsi buruk melalui 'road show' politiknya kepada umum, kononnya sistem perundangan di negara ini tidak adil dan dikawal oleh kerajaan dan UMNO.

Jadi.., bila dia sendiri dibebaskan dari pertuduhan yang diikuti hampir diseluruh dunia.., adakah persepsi pembangkang terhadap Mahkamah dah berubah?

Adakah Mahkamah Malaysia dah diiktiraf keadilannya?

Apapun, gua cuma nampak satu je dalam peristiwa pembebasan Anwar semalam.., confirm lepas ni Hakim Zabidin akan dianugerahkan 'tiket syorga' oleh Nik Aziz sebab bebaskan Anwar.

Cuma wartawan dan media je tak boleh masuk selagi tak mohon ampun kepada Anwar..

So.., sesapa nak masuk 'syorga' kenalah cium kaki Anwar dulu yee.. Moga-moga terhapuslah 'dosa-dosa' korang terhadap Anwar tu dan baru layak masuk 'syorga'..


p/s: Gua tak hingin pun nak masuk 'syorga' PAS tu... Lagipun gua mana ada dosa dengan Anwar.., melawak kasar tu biasalah kann...

Adam Adli dakwa dia lagi terhormat dari Khir Toyo..


Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelajar itu hadir pada perbicaraan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin UPSI yang bersidang selama 90 minit.

Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti.

Solidariti Mahasiswa berkata, satu tindakan akan diambil bagi mencabarkan keputusan itu.

Adam Adli yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan pada Isnin atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Dakwaan timbul selepas pelajar sarjana muda pendidikan itu menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu melakukan demonstrasi.

Adam Adli, yang merupakan pelajar TESL berkata, dia tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan untuk mengantungkan pengajiannya itu sebaliknya menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas UPSI.

Katanya, adalah lebih terhormat untuk didapati bersalah dan digantung pengajian selama tiga semester kerana berjuang untuk kebebasan akademik daripada dipenjarakan setahun kerana mengambil rasuah.


p/s: Perghh... makin biadap nampaknya anak ikan Anwar ni bercakap.. Kononnya dia bangga kena hukuman gantung pengajian 3 semester dan hukuman tu lagi mulia dari hukuman yang diterima oleh Khir Toyo..

Gelap masa depanlah kalau anak sesapa dapat budak Adam Adli ni sebagai cikgu dorang nanti..

Gambar ceramah Anwar di Seberang Jaya..


Gua difahamkan, ramai jugak yang membanjiri majlis kesyukuran keatas pembebasan Anwar di tapak ekspo Seberang Jaya, Pmtg Pauh malam tadi..

Dianggarkan seribu lebih penyokong Anwar datang bagi menunjukkan sokongan terhadap pemimpin pujaan dorang..

Kalau tanya gua.., seribu lebih tu adalah angka yang mengecewakan beb.. Patutlah jalan di area tapak Expo tu langsung tak jem masa gua lalu pukul 9 tadi..

Gua ingatkan beratus ribu yang akan datang jumpa Anwar.., tapi kalau setakat seribu lebih tu biasalahh.. Anuar Zain punya crowd konsert lagi banyak beb..

Apapun, gua terkejut bila dapat tahu yang Yusmadi Balik Pulau kena marah sebab buat muka tak gembira dalam majlis tu.. Anwar dah 'bebas' pun dia tak happy lagi ke?

Nanti gua try siasat kenapa Yusmadi tak happy dengan pembebasan Anwar..

Adakah kerana dia lebih suka Anwar masuk penjara? Ataupun Yusmadi tak happy kerana sedang datang bulan? Hahahaha...




About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online