BREAKING NEWS

LIVE!!! Gambar terkini ceramah Anwar di Kelab Sultan Sulaiman.









Penuh jugak crowd di Kelab Sultan Sulaiman ni.. Anwar tengah berucap untuk bakar semua semangat pencacai-pencacai dia sempena perhimpunan di Mahkamah besok..

Gua anggarkan ada la lebih kurang 2 ribu penyokong Anwar yang hadir.. Dan muka-muka ni jugak lah yang akan penuhi kawasan Mahkamah besok..

Apapun.., nanti akan gua update dari masa ke semasa.. Penat jalan kaki tak habis lagi nih...


Published with Blogger-droid v1.7.4

Gambar Solat Hajat di Rumah Anwar..












p/s: Kalau Anwar dah sanggup buat solat hajat, bermakna dia dah serahkan segala keputusan besok kepada Allah swt.. So kalau besok Mahkamah kata dia bersalah, jangan pulak meroyan yee..

Takkan tak boleh terima keputusan solat hajat kot? Redho je lah kannn... Huhuhuhu...

*kredit gambar to klPost

Gambar program LangGar Anwar di Tok Kun semalam.









p/s: Tak ramai beb yang datang program tu semalam.. 100 ribu orang jee.. Siap dengan candle light vigil lagi tuu.. Hahahaha...

Hasan Ali dipecat kerana perjuangkan Islam.. Tahniah DAP!!


Korang semua tentu dah tahu pasal Hasan Ali kena pecat dari PAS.. Sekarang ni, gua dimaklumkan ramai ahli-ahli bawahan PAS tak puas hati dengan Hadi Awang khususnya di Penang ni..

Dorang semua marah sebab tindakan pecat Hasan Ali tu membuktikan bahawa PAS dah tunduk kepada DAP..

Lagi satu, ahli-ahli PAS nampak Hasan Ali dipecat bukan kerana kritik parti, tetapi Hasan Ali dipecat kerana perjuangkan Islam.

Ni satu lagi bukti yang PAS dan jadi liberal.. PAS bukan lagi nak perjuangkan Islam, tapi PAS hanya perjuangkan agenda Anwar serta DAP.

Gua cuma nak persoalkan satu je berikutan kes pemecatan Hasan Ali sebagai exco PAS di Selangor tu..

Siapa yang bakal ganti Hasan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan awam lepas ni?

Takkan nak bagi Khalid Samad jadi Exco Agama kot? Hancur beb Islam di Selangor kalau bagi si bapak gereja tu pegang Exco Agama..

So.., kalau PAS tak jawab isu ni baik-baik, gua berani confirm PAS akan kalah disemua kerusi yang dorang bertanding nanti..

Tak percaya? Kita tunggu tengok je lah..

TERKINI!!! Anwar suruh Nik Aziz berundur dari kerusi MB Kelantan.


Anwar Ibrahim mengakui terdapatnya keperluan untuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menyediakan pelapis untuk generasi pemimpin di negeri tersebut, dengan mengatakan terdapatnya keperluan untuk negeri itu menyediakan "generasi kedua" untuk pilihan raya.

Nik Aziz yang berusia 80 tahun baru-baru ini mengisytiharkan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dan mengekalkan jawatan menteri besar yang menyaksikan kepimpinannya terhadap negeri tersebut telah menjangkau 21 tahun, satu tindakan yang menyaksikan kritikan daripada kalangan pembangkang negeri.

"Saya bersetuju berkenaan keperluan Nik Aziz membentangkan barisan keduanya, mereka yang lebih professional, dan kepimpinan muda yang boleh dipercayai," Anwar berkata demikian ketika sesi temu bual dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Pemimpin de facto PKR itu dengan pantas menambah dia "pasti" rancangan berkenaan telah pun terlepas dan kritikan yang diterima menentang PAS adalah kerana Nik Aziz masih lagi menerima sokongan padu daripada pengundi di Kelantan.

"Nik Aziz menerima sokongan yang padu, dan beliau sangat popular kerana tidak mengumpul kemewahan.

"Itu adalah amat mustahak, dan kita tidak harus memperkecilkan perkara itu. Umno tidak mampu menumpaskan beliau kerana perkara itu,"kata ketua pembangkang itu lagi.

Dr Novandri KANTOI kerana buat laporan perubatan PALSU..

Macam ni rupanya luka kena suntikan beracun yee...? 

Wohaaa.. Gua tak tahu pulak selama ni blogger anak ikan Anwar si Milosuam tu berbakat jadi doktor.. Mesti kecik-kecik dulu cita-cita dia nak jadi doktor kann..

Korang jangan gelak pulak tau.., ini perkara serius. Walaupun muka Milosuam tu macam muka jamban, tapi bakat doktor dia tu bukan sekadar rupa beb..

Semalam ada satu analisis dari Doktor MiM berkenaan dalam isu suntikan beracun Fayad.. Memang menarik analisis dia.. Jom kita baca sekali lagi..


Gua tak nafikan apa yang Dr MiM kata sebab bagi gua, dia memang berkelayakan untuk buat analisis tetang tu..

Dan apa yang gua tahu, Dr MiM adalah merupakan doktor yang mempunyai sijil, lesen serta berpengalaman luas dalam bidang perubatan..

Tapi korang cuba bayangkan.., budak hingusan yang entah lulus SPM atau tak seperti Milosuam tu pulak cuba berlagak kononnya lebih pandai dari Dr MiM..

Korang baca pulak 'analisis' dari 'Doktot' Milosuam..


Gua pun heran.., macam mana pulak budak Milosuam tu pandai dalam bab-bab suntikan dan juga dadah Morfin nih?

Selalunya, yang arif pasal jarum suntikan selain dari Doktor perubatan ialah..., PENAGIH DADAH!!!

So apakah mungkin Milosuam bukanlah seorang doktor tetapi seorang.........!

Korang sambunglah sendiri ayat tu yee... Hehehehe...

PAS suruh Azmin Ali jaga rumahtangga sendiri..


Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.

Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.

“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya.

"Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.

Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.

Harun juga berkata, Pas tidak menghalang ahlinya menyertai atau tidak perhimpunan Gerakan Bebas 901.

“Terserah kepada ahli untuk menyertainya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan beliau bimbang campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman parti hanya akan mengeruhkan dan merumitkan lagi keadaan.

“Masalah dalaman parti, serahkan sahaja urusan kepada kepimpinan Pas. Pas bukanlah parti baru.

"Kami sudah banyak pengalaman menyelesaikan konflik dalaman parti dan tahu bagaimana untuk bertindak menyelesaikannya,” katanya

Jelasnya, Pas tidak mahu suasana seperti itu yang menyulitkan dan menyusutkan keadaan berlaku.

Jawatankuasa kerja Pas pusat yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dijangka membincangkan kes Hasan.



p/s: Azmin tu memang suka menyibuk 'rumahtangga' orang lain.. Padahal, rumahtangga dia sendiri pun berselerak..

Fayad tak jadi mati selepas kena suntikan beracun..

Keadaan di luar wad kecemasan Hospital Seberang Jaya semalam..

Ni adalah lanjutan pasal cubaan untuk "bunuh" Wan Azizah semalam.. Bertempat di Cherok To'Kun, pembantu peribadi Anwar dikatakan telah terkena suntikan beracun semasa mengiringi Wan Azizah untuk berceramah.

Khabar yang gua terima, suntikan beracun tu kononnya ditujukan kepada Wan Azizah.., tetapi memandangkan Fayad berada didepan, dia telah terkena suntikan tu..

Fayad dihantar ke hospital Seberang Jaya dan ditempatkan di wad kecemasan. Ada sorang wartawan Harakah cuba buat provokasi dengan menyebarkan kematian Fayad melalui laman Twetter..

Semua tu taktik lama nak cari perhatian.. Bodoh punya wartawan!!


Gua dapat tahu.., satu laporan Polis juga telah dibuat di Balai Polis Seberang Jaya oleh pembantu peribadi Wan Azizah yang bernama Norul..

Nampaknya skrip Anwar masa dalam penjara Sg Buloh dulu dah berulang kembali.. Dulu mungkin ada orang percaya.., tapi sekarang ni zaman dah berubah beb..

Anwar dan kroninya nak bohong sapa sebenarnya sekarang ni? Anwar ingat rakyat bodoh kot?

Baca laporan Dr MiM kat bawah ni untuk penjelasan lanjut pasal suntikan yang dikatakan beracun tu...


Sebagai doktor perubatan, MiM tergelak besar apabila membaca twitter di atas. Si penulis itu sudah pasti tolol dalam perubatan kerana morfin tidak boleh dimasukkan ke dalam badan hanya sekadar 'terasa dicucuk jarum' sahaja!

Picagari diperlukan dan jika sampai nazak, ianya bermakna dose morfin yang digunakan tinggi.

Dan sepanjang pengalaman MiM sebagai doktor perubatan, tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!

Hanya jika Fayyad merelakan diri beliau disuntik sahaja maka proses menyuntik segala cecair di dalam picagari itu akan dapat dilakukan dan sudah tentu amat mustahil ketika bersesak di depan orang ramai!

Manakala, tempoh kehadiran morfin di dalam plasma darah adalah kira-kira 20 minit. Maka, segala simptom morfin tidak mungkin akan berlaku secara tiba-tiba!

GEMPAR!!!! Cubaan BUNUH Wan Azizah di P.Pinang sebentar tadi..


Ada cubaan untuk "bunuh" Wan Azizah semasa berceramah di Cherok To'Kun sebentar tadi dengan menggunakan suntikan beracun.. Kononnyaa lahh...

Tapi yang malang ialah Fayad, pembantu peribadi Anwar Ibrahim apabila dia terkena "suntikan beracun" tersebut semasa mengiringi Wan Azizah.

Sekarang ni Fayad ada di wad kecemasan Hospital Seberang Jaya.. Berita lanjut akan gua muatkan besok pagi pukul 8..

Bagi gua.., ini adalah satu usaha terdesak Anwar dan Pakatan untuk tarik simpati rakyat.. Korang ingat lagi pasal racun Arsenik? Ingat lagi pasal suntikan HIV?

Sekarang ni ada 'suntikan beracun' lah pulakkk.. Macam keling betul lah Anwar ni kann...

Ustaz Azhar Idrus KUTUK Cikgu Shida.. Panas bebb!!!


Sebelum apa-apa, gua nak clearkan disini.., gua tak ada masalah dengan Ustaz Azhar Idrus.., gua juga terhibur dengar keletah Cikgu Shida.., dan gua suka dengar lagu Yuna..

Tapi walau minat macammanapun, yang salah tetap kena tegur jugak kann.. Jangan lah pulak taksub membuta tuli macam pengikut Nik Aziz..

So.., kali ni gua nak sentuh sikit pasal komen Ustaz Azhar Idrus tentang lakonan 'miming' Cikgu Shida didalam Youtube.. Baca kat bawah ni kenyataan dari Azhar Idrus..


Gua setuju bila Ustaz Azhar Idrus kata sebagai seorang pompuan, mereka kena ada rasa malu.. Tak kiralah artis ke.., lawyer ke.., bini Perdana Menteri ke.., kena ada sifat malu beb..

Kalau pompuna tak reti malu.., lawa macam manapun tak guna baii.. Tambahlah yang huduh banget.. Dah la huduh.., tak reti malu pulak tu.. (Tak ada kena mengena dengan hidup dan mati ye..)

So.. sepatutnya Cikgu Shida tu kenalah terima dengan hati yang terbuka.. Orang kata.., bila ada lagi insan yang sudi nasihatkan kita tu.., tandanya masih ada yang sayang..

Janganlah meroyan sangat bila kena tegur.. Kalau teguran untuk kebaikan, apa salahnya ye takk?

Jadi.., jom kita baca luahan hati Cikgu Shida.. Gua prinstcreen khas untuk bacaan korang..

Renung-renungkannn.., dan selamat tidur... Have a sweet dream Maya Karin.. Hehehehe...



About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online