BREAKING NEWS

Cubaan Anwar untuk menipu Tuhan di Pmtg Pauh..


Orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi bagi mendoakan kesejahteraan anak-anak pelajar di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang baru memasuki ke sekolah awal bulan ini.

Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri beberapa kepimpinan PKR negeri dan keluarganya.

Selesai solat hajat Anwar Ibrahim diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh.

Pihak UtaraNews difahamkan, ramai pemerhati politik di P.Pinang melihat kehadiran Anwar ke majlis solat hajat ini hanyalah untuk meraih publisiti serta menumpang populariti Madrasah An-Nahdhoh.

Madrasah ini memang terkenal dikawasan utara dan sentiasa dikunjungi oleh pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira parti bagi mendengar kuliah agama pada setiap pagi Sabtu.

Seorang jemaah yang ditemui oleh UtaraNews tidak menolak kehadiran Anwar ke majlis solat Hajat ini bagi menunjukkan kepada masyarakat kononnya rakyat Permatang Pauh menyokong beliau didalam kes liwatnya.

Walhal, ramai yang tak menyedari solat hajat yang dilakukan itu bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak.- UtaraNews



p/s: Apalah Anwar nih.. Dalam solat Hajat pun still nak menipu lagi ke? Makin kronik nampaknya Papa Izzah ni kann.. Bukan takat rakyat je dia tipu, Tuhan pun dia nak kelentong sekali..

Liwat atau tak.., I Love my Papa.. - Nurul Izzah


Nurul Izzah pula merenung bapanya yang sedang berucap di atas pentas yang mungkin antara ceramah terakhir jikalau situasi paling buruk berlaku.

"Kita semua terpegun dengan semangat beliau, kerana apa yang beliau lalui bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah tidak menyelindung kebimbangannya terhadap ayahnya, yang kini mengalami kesakitan bahagian belakang tubuhnya, pada usia 65 tahun.

Pengalaman silam antara sebabnya, apabila dikhabarkan Anwar diracuni arsenik ketika berada dalam penjara. Kegelisahan sedikit pun tidak terhakis, melihat kepada sistem pada hari ini, yang tidak diyakini Nurul Izzah.

"Saya merenung kembali, cuba menahan rasa takut, rasa sedih. Kerana pada saya, apapun, bila kita berbuat sesuatu, kita kena ikhlas, termasuk bila ayah berbuat sesuatu.

Ayah ada semangat dan sebab musababnya sendiri," kata Nurul kepada MerdekaReview, selepas ceramah umum di Dewan Gasing Indah, Lembah Pantai, semalam.

Untuk seorang anak, tiada pengganti untuk bapanya, biar apapun yang dipertikaikan untuk tujuan perkiraan politik.

Pertarungan politik terdedah kepada pelbagai kemungkinan dan risiko, dan ada sebab untuk ahli parlimen Lembah Pantai ini gusar terhadap keadaan bapanya - yang akan berdepan dengan ketidaktentuan pada 9 Januari 2012.

"Semua perjuangan kita setakat ini memberi lebih banyak sebab kenapa kita mesti terus melawan Barisan Nasional.

Kerana selagi tidak digantikan pimpinan yang dapat mengembalikan kewibawaan sistem kehakiman, pihak polis, media, selagi itu kita akan berhadapan dengan perkara-perkara sedemikian," katanya.

Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini tidak melihat keluarganya sahaja yang mengharungi penderitaan ini, ketika ditanya perasaan beliau selaku ahli keluarga Anwar Ibrahim.

"Bukan soal Anwar Ibrahim sahaja, saya nampak begitu ramai keluarga, keluarga Ahmad Sarbani, Aminulrasyid, Teoh Beng Hock, yang merana kerana tidak mendapat keadilan. Maka, mereka tahu ada campur tangan luar dalam penghukuman, dalam penghakiman."

Beliau mengambil kesempatan membuat seruan, "Harap kita jangan terlepas peluang dalam PRU 13 kerana tidak banyak peluang yang akan datang lagi."

Sebelum tamatnya wawancara yang singkat ini, Nurul Izzah ditanya apakah yang paling ingin diucapkan kepada bapanya, sebagai seorang anak, "Beliau tahu, apa yang saya rasakan untuk beliau, bagaimana saya ambil berat dan sayang kepada beliau.

Dan beliau tahu cinta dan sayang saya untuk beliau disokong dengan prinsip, dan kerana apa yang beliau perjuangkan untuk rakyat."

"Itu bukan hanya kerana beliau bapa saya. Kerana saya membesar, melihat apa yang beliau lakukan. Dan saya ingin berterima kasih kepada papa," luahan Nurul Izzah.


p/s: Wohaa!!! Cayalah Nurul.. Inilah yang dikatakan sayang seorang anak kepada Papanya.. Tapi malang.., inilah yang dikatakan sayang tak bertempat..

901 : Makin ramai penyokong Pakatan dihinggapi sawan..


Kerana Anwar, ramai dah jadi sawan..

Kerana Anwar, ramai pencacai Pakatan meroyan..

Puak-puak Pakatan tu kalau meroyan bukan nak ingat Tuhan beb..

Korang tengok je lah perangai dorang yang dah hilang akal tu..


TERKINI!!! Hadi Awang KONAR BARING sokong Najib..


Seluruh rakyat Malaysia tahu, negara ni diperintah oleh pemimpin Islam yang menerajui Barisan Nasional.. Dan seluruh rakyat Malaysia juga tahu bahawa Islam tu adalah tunggak agama rasmi dalam negara ni..

Benda ni bukan baru beb.., pentadbiran pemimpin Islam di Malaysia dah berlanjutan selama 50 tahun lebih.. So far.., semuanya berjalan lancar dan tak ada masalah..

Semua kaum dalam negara hidup dengan makmur bahkan ada kaum minoriti yang mampu berjaya lebih dari kaum majoriti dalam negara.

Itulah indahnya pentadbiran Islam beb.., siapa yang sanggup berusaha memajukan diri serta bangsa disamping mempertahankan imej agamanya, dia akan berjaya..

Islam tu terbukti adil beb..

Bagi gua.., inilah yang cuba dimaksudkan oleh Hadi Awang. Pemimpin Islam mentadbir lebih baik dari pemimpin Kafir..

Cuma yang kecoh sikit sekarang ialah, ada puak-puak Islam yang menolak sunnah baginda Rasul supaya mentaati pemerintah Islam di sesebuah negara..

Puak-puak ni pulak berkolobrasi dengan kafir harbi bagi menjatuhkan kepimpinan Islam. Semua orang tahu pasal ni..

So.., gua rasa Hadi Awang dah mula berkias pasal hala tuju kepimpinan negara.. Dan Hadi juga secara tak langsung menolak kepimpinan kafir di negeri-negeri Pakatan sekarang..

Kesimpulannya, gua berpendapat Hadi Awang dah mula sokong Najib untuk terus kekal jadi PM di Malaysia..

Mungkin ini amaran awal kepada kafir DAP yang cuba nak rampas kuasa pentadbiran di Tanah Melayu.. Cuma Hadi tak berani luahkannya secara direct.. Tapi OK lah buat permulaan ni...

Yuna berpakaian tetapi telanjang..


Korang tahu tak apa maksudnya legging? Legging tu dalam bahasa ringkas ialah pakaian dalam yang melekat dekat tubuh badan sehingga menampakkan kaki kurus keding serta bontot yang selambak bagi pompuan..

2-3 hari ni.., kita sibuk tengok gambar Nur Amalina yang seksi atas katil tu.. Seluar yang dia pakai tu adalah dalam kategori legging..

Macam tu jugak Yuna yang baru-baru ni keluar gambar dia sedang menggayakan legging jugak.. Mungkin bagi dorang ni kalau pakai macam tu nampak lawa..

Tapi bagi gua.., ia sebenarnya nampak huduh banget beb..



So jom kita tengok apa kata Yuna dalam hal ini?

“Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu.

Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan.Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka.

Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,” ujar Yuna


Dan ni pulak kenyataan dari Nur Amalina?

“’Legging’ itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris.

“Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya,” jelasnya.

Ni pulak kata Ulamak serta Ilmuan dalam Islam..

Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya.

Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Dan ini pula kata gua..., pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali dalam agama kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang.

Nak berfesyen tu tidak salah. Tapi yang salah adalah memilih cara berfesyen yang sekaligus membuatkan diri dimurkai.

Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

Apa pulak kata korang??

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online