BREAKING NEWS

Ekslusif dari MPP : 10 ekor anak ikan Anwar berdemo di USM..


Gua ingat di UPSI saja ada bebudak mahasewel yang menyokong perjuangan Anwar Ibrahim.., rupanya di USM Penang ni pun ada saki baki spesis mahasewel tu..

Mulanya dengar macam ramai.., nak buat candle light vigil lah bagai.. Last-last cuma 10 orang je timbul..

Tu pun dorang tak berani nak buat vigil beb.., just duduk sambil berdiskusi kononnya..

Apa yang gua dapat tahu, bebudak 10 ekor tu adalah hasil reproduksi DAP dalam USM.. Group dorang diberi nama Dema Malaysia..

Inilah bebudak kebanggaan Guan Eng sebenarnya..

Gua malas nak cerita panjang.., korang layan je gambar ekslusif dari gua kat bawah ni..









Hasan Ali taknak GAY jadi Perdana Menteri..


Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali tidak menyokong perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini dan tidak akan menghadiri demonstrasi itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan.

Sehubungan itu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya Selangor menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

"Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) suapaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai.

"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

Hasan, bekas ahli akademik dan bekas ketua Biro Tatanegara, berkata sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar.

"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

“Tumpukan pada peperiksaan dan lakukan yang terbaik.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Hasan berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan yang dicadangkan untuk menyokong Anwar selepas keputusan perbicaraan liwat diumumkan.


p/s: Gua teringat wawancara Raja Petra baru-baru ni.. Dia kata.. "kalau Anwar nak jadi Perdana Menteri, boleh pergi bertanding di Australia sebab GAY tak diterima di Malaysia.." Hahahahaha...

WARNING!!! Benda ni Haram lagi Menyesatkan!!


Seorang penceramah muda, Ustaz Idris Sulaiman semalam telah menyifatkan Kempen Bebaskan Anwar pada tarikh 9 Januari 2011 depan adalah haram dan juga sesat bagi umat Islam.

Ini menurut beliau, umat Islam yang menentang pemerintah (khuruj) adalah terkeluar dari sunnah baginda Rasulullah saw bahkan ia akan membawa kepada kesesatan.

Ustaz tersebut juga mendakwa, umat Islam yang mati didalam keadaan khuruj, dikhuatiri ia akan mati didalam keadaan jahiliyah kerana perbuatannya menentang pemerintah.

Bagi beliau, demonstrasi itu sendiri adalah satu perbuatan yang menentang pemerintah/kerajaan disesebuah negara.

Dan menurut beliau lagi, tiada satupun dalil yang dinyatakan didalam Islam bagi menghalalkan perbuatan berdemonstrasi selain ianya hanya tipu daya kafir untuk menjatuhkan pemimpin Islam disesebuah negara.

Baca Seterusnya DI SINI...



P/S: Sapa lagi yang suka buat benda-benda haram dan sesat kalau bukan puak-puak Pakatan.. Ketua umum dorang buat benda haram pun dorang sokong.., so takde hal lah kann...

Zua XPDC bakal join PAS..


Gua dikhabarkan anggota kumpulan XPDC iaitu Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zuar, akan mengikut jejak langkah Bob Lokman menyertai PAS..

Berita ni dikukuhkan lagi dengan penampilan beliau sewaktu Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ni.

Makin bertambahlah pengikut PAS nanti yee.. Kalau Zuar masuk PAS, ia akan mendorong peminat-peminat XPDC di seluruh negara akan join PAS jugak..

Tapi gua rasa Zuar takkan dapat gelaran ulamak walaupun dia masuk PAS nanti.. Sebab Zuar cuma pandai main gitar, tapi tak pandai berceramah sambil buat lawak macam Bob Lokman..

Rugilah Zuar yee.. Kalau Bob Lokman dapat tiket VVIP ke syorga PAS.., Zuar cuma layak dapat tiket kelas ekonomi je beb..

Sapa kata Anwar tak berani bersumpah laknat?


Sapa kata Anwar tak berani bersumpah? Sapa yang gatal mulut sangat tuduh Anwar takut dimakan sumpah kalau dia bersumpah laknat?

Anwar mana pernah takut bai.. Depan belakang pun dia sanggup redah.., inikan pula setakat nak bersumpah..

Anwar selalu kata dalam ceramah.., dia dah puas dimaki, ditumbuk, diterajang, dibogelkan.. So apalah sangat dengan sumpah laknat.. Tak heran laaa..

Sebenarnya, Anwar tu cuma ikut cakap para ulamak je beb.. Jadi jangan salahkan Anwar.., salahkan lah para ulamak yang nasihatkan Anwar tu..

Gua tak tahu pulak ulamak mana yang nasihatkan Anwar, tapi itulah yang Anwar cakap.. Anwar tak salah.., ulamak-ulamak tu yang salah beb..

Korang tak percaya? Baca kenyataan akhbar Anwar pasal bersumpah tu kat bawah yee..

“Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah,” tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan beliau akan mengangkat sumpah laknat, Ahad ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama.

Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam.

Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini.

Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama.

“Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah.

“Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar,” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online.

Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam.

“Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah.

“Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam,” katanya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku “Qazab” untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah.

Lagi Selebriti TV pakai tudung...Tak payah susah-susah masuk PAS..


Selama ni puak-puak PAS kata hanya parti dorang yang bawa Islam tulen. Parti lain hanya bawa ke neraka khususnya UMNO.. Itu Nik Aziz punya statement beb, bukan gua cipta sendiri tauuu...

Sebab tu lah kononnya.., kalau nak berubah jadi baik dan islamik, kena join PAS dulu.. Alaaaa..., macam Ostad Bob Lokman tuuu...

Tapi pengacara TV3, Teh Syuhadah dah buktikan tak perlu masuk PAS kalau semata-mata nak berhijrah kepada kebaikan..


Teh Syuhadah memulakan tahun baru 2012 dengan imej bertudung.. Memang manis dan semakin cun laa anak dara tu..

Nasib baik gua setia pada Maya Karin.., kalau takkkk, sure gua dah mengorat Teh Syuhadah ni..

Nanti gua nak suruh Maya pakai tudung pulak.. Memang gua teruja bila tengok dia pakai tudung dalam filem Ombak Rindu..

Bergelojak rasa didada... Wohaaaa!!

Ibu restu Nur Amalina berpakaian seksi?


Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.

Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online