BREAKING NEWS

Pengakuan Berani !!! Bangga dapat menantu mahasewel yang kaki penipu...


"Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak."

Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital.

Ketika bercakap kepada media, Safwan berkata, dia ditumbuk sekali di bahagian muka dan ditendang dengan lutut oleh anggota polis.

Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba membebaskan rakannya yang sedang diheret oleh polis di malam tahun baru 2012 di Univerisiti Perguruan Sultan Idris.

"Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul.

"Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam.

"Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain.

"Walaupun kita rasa agak sedih dengan kejadian yang berlaku....menyebabkan kecederaan dan sebagainya.

"Kita sangat kesal dengan tindakan polis terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi sebaliknya berlaku begitu...itu sahaja," kata Puan Mariam.

Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu....."



p/s: Bangga dapat menantu macam anak hantu???? Apalah punya teruk mak mertua macam tu? Patutnya dia nasihatkan supaya menantu dia belajar pandai-pandai.., bukannya jadi kaldai..

Mak mertua macam tu pun ada ke dalam dunia ni? Gua ingat mak mertua arwah P.Ramlee dalam filem ibu mertuaku tu dah teruk dah.., rupanya ada lagi teruk... Hahahahaha...

Ulamak muda UMNO belasah Mahasewel penjilat Anwar..


Salute pada Ustaz Fathul Bari Mat Jaya!! Beliau langsung tak buyers dalam berikan pendapat pasal kejadian mahasewel-mahasewel penjilat Anwar berdemo depan UPSI 2-3 hari lepas..

Gua setuju dengan Ulamak muda UMNO nih bila dia kata sepatutnya pelajar-pelajar tu semua tak payah nak berdemo kalau setakat nak mansuh AUKU..

Dan berapa ramai manusia terpelajar dalam negara ni lahir dari Universiti yang menggunapakai AUKU didalamnya.. Dulu dorang tak ada masalah pun nak berdemo sampai gaduh dengan Polis..

Dan semua kena ingat.., mahasewel-mahasewel termasuk SMM tu BUKANLAH suara majoriti mahasiswa.. Dorang tu cuma bebudak sewel yang perasan bagus dan langsung tak sedar diri.

Ada 1.5 juta pelajar-pelajar di Universiti di seluruh negara.., tapi kenapa 30 orang je yang sibuk berdemo kononnya mewakili suara mahasiswa?

So.., korang teliti apa yang Ustaz Fathul Bari kata dalam video di bawah ni.. Moga-moga bermanfaat untuk kita semua.

Nur Amalina pakai SEKSI..., UMNO jugak yang salahhh...


Memang dah biasa dahh.. Dan seluruh rakyat Malaysia pun dah tahu sangat dahhh.. Puak-puak penyokong PAS tu semua dah jadikan UMNO sebagai ucapan zikir harian dorang..

Asal ada benda tak kena saja, semuanya disalahkan UMNO. Sampaikan kes Nur Amalina pakai seksi di UK pun UMNO juga yang salahh..

Sebab tu lah gua kata kat korang, perkataan bangang tu diciptakan untuk puak-puak jumud tu semua.

Korang baca je luahan hati penyokong PAS kat bawah ni.. Suka-suka hati mak bapak dia je nak salahkan UMNO beb..

Bagi puak-puak tu, UMNO dah jadi macam tuhan pulak sebab mampu ubah segala takdir dan nasib seseorang.. Kesian kat puak-puak PAS tu kann?

Salahnya , dasar kerajaan UMNO dan UMNO

1. Kerajaan UMNO melalui Kementerian Pelajaran sentiasa mahu keputusan cemerlang setiap kali menteri bertukar. Apabila , keputusan diperolehi kurang memuaskan maka diturunkan markah lulus.

Jika kurang dapat A, diturunkan markah untuk dapat A sehingga 70 markah pun dah dapat A. Sedangkan di sekolah ,markah untuk mendapat A adalah 80. Tak caya ka, tanya la cikgu2 kat sekolah

Kesannya, ramai yang dapat A markah rendah. Ramai yang boleh masuk U, kerajaan UMNO terpaksa buka lebih banyak U. Tapi, bila terlalu ramai yang keluar U dengan ijazah, kerja tak ada. Contoh pelajar UPSI yang ada ijazah guru tapi tak diterima jadi guru.

Kesan lain, apabila pelajar A markah rendah ni masuk U luar negara contohnya Oxford, markah lulusnya tetap tak ikut Menteri. Pelajar yang tak betul2 belajar, dok bebas bersosial akan gagal. Tak kira la pelajar tu dapat 20 A kat Malaysia pun.

2. Kerajaan UMNO juga menetapkan pelajar yang hendak keluar negara mengikuti kursus BTN. Tahu apa yang ditanam kepada pelajar? Antaranya, bila pergi luar negara jangan ikut kumpulan-kumpulan Islam. Jangan join usrah dan aktiviti agama dianjur kumpulan Islam kat kampus.

Kenapa? takut pelajar tu balik tak sokong UMNO sebaliknya sokong Islam, bila sokong Islam sokong PAS la.

Habis disuruhnya join apa? Kena join Kelab UMNO la di luar negara.

Bila , pelajar2 ni sampai diluar negara. MSD pula ambil peranan ugut pelajar jangan masuk kumpulan Islam. Jangan join IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM, MISG dan lain2.

Kesannya, pelajar yang takut tak berani join kumpulan Islam walaupun sebenarnya kumpulan Islam ini bukan ajar ajaran sesat.

Pelajar ini join Kelab UMNO. Apa aktiviti Kelab UMNO, banyak nya program bersosial . Menyanyi, menari , fesyen .Kurang sangat program agamanya. Akhirnya, pelajar ini hanyut dan ada diantaranya gagal dalam pelajaran.

Pelajar yang join kumpulan Islam , pasti ada yang akan memberi nasihat jika mereka melakukan aktiviti maksiat. Ini menyebabkan mereka tidak hanyut sebab hidup berjemaah.

Tak caya ka, tanya la pelajar yang pi luar negara....

Jadi sah salah dasar UMNO dan tindakan ugut UMNO....

Tanya juga dua orang pelajar yang gay kahwin baru2 ini. Dua2 tu join Kelab UMNO atau kumpulan Islam? Anda tahu jawapannya.........- SUMBER

TERKINI !!! Azmin BERIKRAR akan bawa 100 RIBU penyokong pada 9 Januari.


Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang).

Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan PKR akan terus menerajui agenda rakyat," kata dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, semua ahli parlimen dan ADUN PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

Mengulas lanjut berhubung perhimpunan itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata PAS juga memberi jaminan dan pengakuan bahawa parti itu akan menggerakkan penyokongnya dalam perhimpunan pada hari tersebut.

Katanya, jaminan tersebut diberikan selepas beliau berkomunikasi dengan setiausaha agung PAS Datuk Mustaffa Ali, yang tidak dapat hadir ke talimat tersebut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini.

Ditanya berhubung sokongan DAP pula, Azmin berkata Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Md Akin sedang berkomunikasi dengan pemimpin DAP.


P/S: Azmin kata PKR & PAS setuju nak join.., tapi DAP still tak bagi jawapan.. Biasalahhhh... PAS dan PKR tu pencacai jalanan saja.. DAP mana boleh join sebab dorang kan bos dalam Pakatan... Hahahahaha

Tukang Gunting rambut seluruh Malaysia akan BOIKOT UMNO!!!


Gua terbaca pasal rungutan seorang tukang gunting rambut dalam satu blog lembu PAS.. Kononnya, pendapatan dia merudum akibat dari program gunting rambut percuma sempena buka sekolah.

Dan lebih menyayat hati gua, kononnya UMNO lah jadi punca pendapatan tukang gunting rambut tu merudum sebab dorang kata UMNO saja yang buat program gila macam tu..

Korang baca cerita dibawah ni pasal rungutan tukang gunting tersebut..

Beberapa orang tukang gunting di sekitar bandar Teluk Intan merungut kerana pendapatan mereka pada penghujung cuti sekolah kini merosot begitu banyak. Ini adalah akibat daripada program seorang pemimpin UMNO bahagian Teluk Intan yang telah mengadakan program gunting rambut percuma kepada murid-murid sekolah yang tanpa disedari telah menjejaskan periuk nasi sesetengah tukang gunting di sekitar bandar Menara Condong ini.

Menurut sumber, program gunting rambut tersebut adalah ditaja sepenuhnya oleh 'orang nombor dua' UMNO Teluk Intan yang mana beliau sendiri mengaku bahawa telah menggunakan kewangannya sendiri di mana orang ramai melihat ia adalah sebagai satu usaha mempromosi supaya beliau menjadi calon di DUN Changkat Jong.

Menurut salah seorang tukang gunting yang ditemui yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi berkata, semenjak program tersebut dijalankan, pendapatan hariannya telah terjejas teruk. Biasanya, pada penghujung cuti sekolah ini, saya akan mendapat ramai pelanggan terutamanya murid-murid sekolah dan memperoleh purata pendapatan RM200 sehari.

"Namun amat menyedihkan bagi saya dan rakan-rakan tukang gunting yang lain. Semenjak program gunting rambut percuma dijalankan, saya hanya mendapat pendapatan sekitar RM40 sehari sahaja. Sedangkan saya sendiri seperti ibu bapa yang lain memerlukan wang lebih untuk persiapan anak-anak ke sekolah nanti," keluh beliau.

Menurut Hadi lagi, mereka bukan tidak bersetuju dengan program kebajikan itu tetapi biarlah pelaksanaannya memberi manfaat kepada semua pihak. - Intan Hijau

Gua syak si tukang gunting rambut tu memang penyokong PAS totok.. Sebab tu lah dia hanya tau tuduh UMNO saja..

Padahal.., dah 2-3 tahun PAS buat kerja yang sama iaitu program gunting rambut secara percuma kepada budak-budak sekolah.. Apasal dorang tak bising masa tu?

Tengok gambar kat bawah ni.., siap gunting sendiri lagi tanpa gunakan tukang gunting rambut biasa.. UMNO kira oklah jugak sebab dorang upah tukang gunting profesional..




So.., kesimpulan yang gua dapat disini ialah.., definasi bangang tu memang tercipta untuk puak-puak penyokong Nik Aziz..

Siang malam dorang asyik berzikir nama UMNO untuk dipersalahkan.. Padahal rezeki tu ditangan Tuhan beb.. Dah lupa tuhan ke bila rezeki tak datang macam biasa?

Mati nanti, kalau malaikat tanya dalam kubur, semuanya puak-puak ni akan salahkan UMNO.. CONFIRM!!!

VIDEO mahasewel yang tak akan disiarkan oleh media Pencacai Anwar!!


Video ni tak akan disiarkan oleh mana-mana media kaldai upahan Pakatan mahupun dalam blog pencacai penjilat Anwar..

Inilah kejadian sebenar yang membuktikan bahawa semua mahasewel-mahasewel tu berdemonstrasi atas upah yang diterima dari Pakatan.

Maki Najib.., maki UMNO/BN.. Tapi hari tu SMM bermati-matian kata tak berpihak kepada mana-mana parti politik.. Lu nak tipu sapa beb?

Nak jadikan Malaysia sepertimana Tunisia dan Mesir? Niamakahai lah lu mahasewel-mahasewel semua.. Lu trylah kalau lu berani beb..


p/s: Ada cubaan nak hack blog gua ni oleh penyokong Imam Mahadi dan Nabi PAS.. Hahahahaha...

Samsul ketot suruh Polis dan Menteri KDN mintak maaf pada mahasewel..


Ketua AMK PKR, Samsul Iskandar Md Akin mengingatkan Najib agar mengambil iktibar dari Arab Spring yang bermula apabila mahasiswa bangkit menentang penguasa yang galak dan rakus menindas mereka.

“Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim menindas anak muda dan mahasiswa.

“Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional,” kata Shamsul.

Beliau turut menggesa anggota polis yang memukul mahasiswa sehingga patah tulang rusuk Sabtu lalu disiasat dan didakwa di mahkamah.

“AMK menuntut siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Shamsul dalam satu kenyataan.

Bercakap lanjut, Shamsul menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang bertanggungjawab terhadap pasukan polis meminta maaf kepada Safwan Anang dan keluarganya.

“Kami menuntut supaya Menteri Dalam Negeri memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka,” kata Shamsul.

Beliau mewakili AMK turut menawarkan khidmat guaman kepada mana-mana mahasiswa yang mahu mendakwa polis yang mengasari mereka dalam kejadian Sabtu lalu.

Menyifatkan peristiwa itu sebagai tragedi hitam dalam gerakan mahasiswa, Shamsul berkata ia bukti jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebenarnya tidak serius dalam meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Nur Amalina.. Pelajar cemerlang, belum tentu boleh jadi pelajar solehah..


Gua memang tak berkenan langsung bila tengok aksi seksi pelajar cemerlang Malaysia di UK yang dimuatkan dalam Fesbuknya.

Dulu, dia ni adalah merupakan pelajar yang buat kita bangga.. Bayangkanlah.., bukan senang beb nak dapat 17A1 dalam result SPM macam yang Nur Amalina buat tu.

Hanya dengan usaha yang tekun dan doa ibu bapa saja yang mampu hasilkan keputusan sedemikian.

Baru-baru ni, kita disajikan dengan berita pelajar melayu di Ireland berkahwin sesama lelaki. Hari ni, kita terpaksa pulak tengok aksi seksi pelajar wanita melayu di UK.

Gua tak tahu lah gambar tu palsu atau gambar ori, harap tuan punya badan boleh jelaskan semua kekeliruan yang timbul.

Andai kata gambar tu betul, gua suka sangat nak tahu pasal apa dia boleh jadi macam tu? Kan sebelum ni elok je pemakaian dia masa di Malaysia. Takkan kena culture shock kot di UK tu dik oii?

Kalau setakat buang tudung bila di UK tu.., itu kira ok lagi sebab di Malaysia sendiri ramai wanita yang still tak tahu hukum dedahkan aurat dorang.

Tapi bab yang berpeluk dengan Mat Saleh tu yang gua tak boleh blah.. Duduk di negeri Mat Saleh, bukan wajib kena peluk dorang dik oii..


Apapun, gua still harap Nur Amalina sedar tentang amanah yang mak bapak dia sandarkan. Sesungguhnya maruah mak bapak tu lagi penting daripada kengkawan Mat Saleh tu..

Dan semua peristiwa ni membuatkan gua faham satu perkara.. Pelajar yang cemerlang belum tentu boleh menjadi pelajar yang solehah.

Semoga Amalina mampu mengatasi semua dugaan yang diberikan.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online