Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.
Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.
Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.
Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.
Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.
Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.
Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.
Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.
bermacam2 alasan pelik kan? sure tak nak mengaku punye..ada tak depa kata itu semua konspirasi umno?
BalasPadamsama kes la dengan ostad kaunseling 3pagi tu..bermacam2 alasan pelik dikeluarkan. dan si pencacai otak bebal kat bawah tetap percaya dgn alasan bodoh dia tu..siap salahkan umno dan jabatan agama lagi tu...celaka punya org!
ustazah pun kalah dengan nafsu..
BalasPadamTiap-tiap hari Jumaat khatib berpesan untuk bertaqwa kepada Allah. Bertaqwa kepada Nya dengan membuat yang disuruh dan menjauhi yang dilarang. Yang menggerakkan kita untuk bertaqwa kepada Allah adalah rasa takut/cinta. Adakah kita takut akan terbakar dengan seksaan api Neraka? Dan adakah kita cinta akan keselesaan di Syurga nanti? Bolehkah kita benar-benar rasakan keseksaan ATAU keselesaan ini? Bagaimana kita hendak menggerunkan diri kita dengan seksaan Neraka? Dan bagaimana pula kita hendak membuat hati kita rindu akan keselesaan Syurga? Ada jawapan? Jadi dengan ilmu sahaja belum tentu dapat membenteng seseorang dari godaan syaitan/nafsu. Ilmu mesti diterjemahkan kepada taqwa dulu. Ilmu senang dicari; taqwa?... Sudah bertaqwakah ustazah kita?
BalasPadamPandai la cakap..Berilah guide macamana nak takwa...Cakap senang nak tunjuk diri tu dah bagus. Takwa senang nak dinasihat..Persoalannya implimentasi..ajar lah kat sini..sekadar nak kupas persoalan ni macam budak tak habis belajar post graduate berlagak macam pandai..semua yang dicakap tu ramai dah tahu..soalannya bagaimana nak konsisten nak buat
BalasPadamala lelaki perempuan pown bernafsu jugak...bukan x pernah ade cerita ustaz kantoi....y penting kawal diri
BalasPadamustazah parti mno????puteri ....????
BalasPadamnaik bole,turun x ble? hahaha
BalasPadam