Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kekesalan terhadap insiden keganasan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak semalam.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini beliau berkata, ia tentunya angkara pihak-pihak tertentu yang semakin terdesak.
"Pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini pasti akan ditolak oleh rakyat yang pastinya tidak dapat menerima budaya samseng seperti ini," kata beliau.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas serangan terhadap ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 Gombak semalam yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya dua orang penyokong Pakatan Rakyat dilaporkan cedera.
Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.
pork nick bodoh..
BalasPadam