Pas dinasihatkan diam pasal Hudud...

Eloknya PAS dan pemimpinnya diamkan saja tentang hudud dan ada lebih baik tumpukan dalam lain-lain isu yang perlu masyarakat ketahui.

Jangan layan sangat sakatan UMNO mengenainya yang tujuannya adalah demi mengelirukan orang ramai dan memerangkap PAS.

Hudud adalah program PAS bagi mengabdikan diri kepada Allah dan agamanya. Ia tidak mungkin dilaksanakan selagi PAS tidak berada dalam kerajaan baik ia memerintah sendiri atau kerajaan yang disekutuinya.

Sudah cukup setakat ini dengan pendiriannya yang sudah diketahui umum. Bahawa hudud itu sebahagian dari cita-cita politik.

PAS sudah nyatakan cita-citanya dan sebagai tanda kesungguhannya dengan cita-cita itu ia sudah meluluskan enakmen mengenainya di Kelantan dan Terengganu.

Kedudukannya sekarang ialah seperti kenderaan yang berada di simpang lampu trafik. Ia berhenti kerana isyarat lampu merah. Ingin kenderaan tidak dihenti. Ia menunggu lampu hijau. Bila datang lampu hijau, ia boleh berjalan.

Oleh itu jika ada orang menyakat PAS tentang hudud itu, kerana kononnya PAS munafik dengannya dan sudah melupakannya, maka tidak perlu dilayan dan dijawab. Politik menuju ke Putrajaya boleh celaru dan keliru sama sendiri apabila ia dipolemikkan.

Cita-cita PAS itu sudah diketahui oleh semua sama ada ia diulang atau didiamkan. Tidak perlu dinyatakan lagi. Semuanya tahu jika PAS bersama memerintah negara, ia akan berusaha sedaya mungkin untuk menyempurnakannya.

Tidak ada makhluk yang percaya PAS melupakannya. Kalau dasar PAS berketul dapat dilihat dengan mata, kiranya perut iblis dapat dibelah, nescaya kita dapat lihat ketul itu ada dalam hatinya.

Ia tahu PAS tidak melupakannya hinggalah ia dapat menjadikan PAS sama seperti lawannya iaitu UMNO.

Selama 66 tahun usia UMNO, sudah 55 tahun ia memacu negara merdeka, jika dibelah perut, ketul hudud tidak ada dalam hatinya. Yang ada dalam hatinya hudud PAS.

Akan iblis tadi, kurus kering ia kerana dalam hatinya ada ketul hudud yang tersimpan rapi dalam cita-cita politik PAS. Baik PAS bercakap tentangnya atau PAS berdiam saja, ia lihat dan ia rasa ketul itu ada. Ia seperti kanser baginya. Lalu ia berusaha untuk memadamkannya, menghasut PAS supaya melupakananya. Kesnernya itu akan sembuh apabila dapat menjadikan PAS sama dengan seteru politiknya.

Walaupun UMNO sudah menyakat PAS, dikatakannya cita-cita hudud PAS itu sudah jadi cacamarba apabila ia bersekongkol dengan DAP dan PKR, dan DAP terang-terang menyatakan ia menolak hudud, tetapi tetap MCA, Yahudi, Amerika dan lain-lain, jika perut masing-masing dibelah, ada dilihat ketul cita-cita PAS dalam hati mereka.

Dan katakanlah ketika menunggu 100 haru PRU13 ini tiba-tiba PAS membuat pengumuman betapa ia tidak lagi menyimpan cita-cita politiknya, tidak lagi ia mahu meneruskan ibadatnya itu, ia tidak bercadang untuk meneruskan hudud, tiada ahli MCA yang percaya, tiada seekor Yahudi dan Amerika yang percaya.

Jika selepas ia mengumumkan mahu melupakan hudud, dibelah perut MCA dan perut Yahudi, tetap ketul hudud itu dijumpa dalam hati mereka. Mereka tidak akan percaya PAS sudah melupakannya sekalipun PAS betul-betul melupakannya.

Begitu juga iblis. Ia pun tak percaya PAS melupakannya. Sekalipun PAS betul-betul melupakannya, ia tetap curiga bahawa PAS mungkin taubat dan kembali kepada cita-citanya. Selagi PAS tidak mati, ia tidak percaya PAS benar-benar melupakannya.

Atas kedudukan itu PAS tidak perlu lagi melenting atas isu hudud itu. Buat saja kerja yang patut hingga sampai ke Putrajaya.

Oleh Subky Latiff..

2 ulasan:

  1. Oghang dah lama cam tu.pas baru terkial2 dipersimpangan jalan berlampu trafik merah? alahai naifnya. cakap sajaalah pas memang berribu2 langkah terkebelakang malah tak diperlukan pon.

    BalasPadam
  2. Demi ke putrajaya, persetan sahaja apa sahaja isu yang boleh menyekat kemaraannya. Isu kalimah Allah, arak, murtad, Amanat Haji Hadi, BN KO 3x, peliwat menjadi perdana menteri, bersetongkol dengan kafir harbi, perpecahan sesama ummat Islam, gugurnya hasrat negara islam, gugurnya hudud, dan segala kerosakan akidah ummat Islam tanahair. Itu semua tolak tepi dulu. Yang penting, undi, undi dan undi hingga dapat ke putrajaya. Apa nak jadi, jadilah, termasuk melacurkan agamapun OK, janji dapat undi. Itulah fikrah pas puspuss.

    BalasPadam