Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahlulu.
Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.
Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam.
Syarat kedua, jelas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Dan syarat ketiga, katanya, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri.
"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.
Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.
"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya.
Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.
Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa.
Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara.
Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)
"Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.
banyak gak jasa nabi Nik Ajis kat budak2 Puteri UMNO ye..??
BalasPadam"Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu."
BalasPadamHabaq kat nik azis apa kena mengena dengan syarat tu. Buka ka depa dah tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan pulak.
PAS itu KESESATAN yg NYATA !
BalasPadamorg tua ni da nyanyukla..
BalasPadamTu namanya perpaduan nik aziz..melayu..cina..india y berhimpunan di persidangan umno...bukan nk maki hamun..bukan mcm pas..dap..x sehAluan...mcm mana parti ni nk tubuhkn kerajaan..andai x de persefahaman antara parti tuk tubuhkn parti utama pkr
BalasPadamTu namanya perpaduan nik aziz..melayu..cina..india y berhimpunan di persidangan umno...bukan nk maki hamun..bukan mcm pas..dap..x sehAluan...mcm mana parti ni nk tubuhkn kerajaan..andai x de persefahaman antara parti tuk tubuhkn parti utama pkr
BalasPadamKrn PAS la,,makihamun , mncerca dan mmfitnah dah jadi macam budaya hidup esp dari puak pembangkang...sbb semua itu dah di halalkn....
BalasPadamYg bertudong litop dan yg berjubah meleret pon sgp bermaksiat krn nnt bole di sucikan atas dasar politik...
xgitu n ajis??????
rosak betol niky ajis ni...
BalasPadamberlagak sungguh... Rasullullah tidak mengajar menyombong begitu...
malahan pemimpin UMNO tidak menyombong, riak & takbur.... malahan merendah diri... siap mohon maaf lagi tu... syabas NAJIB....
Jangan layan lah orang tua tu....
BalasPadambagus jugak cadangan Nik Aziz tu...manalah tahu ALLAH perkenankan doa dia..last2 UMNO/BN yg laksanakan dasar Islam. Bila dah laksanakan nanti..jgn pula Nik Aziz 'meroyan' pulak dan mengaku dia yg tarbiah UMNO. Pastu..bila pulak Nik Aziz nak mintak maaf sbb kafir dan murtad org UMNO/Islam??Keluarga aku yg dah mati..sanggupkah dia dtg mintak maaf dan pergi kat kubur keluarga aku yg di tuduh kafir dan murtad??...memberi maaf adalah lebih mulia..kerana itu dpt menenangkan hati kita...Tentu Nik Aziz ni org nya 'tak tenang'..sbb dia mmg tak suka maafkan org dn memberi maaf.
BalasPadam