Pernahkah anda cuba untuk membeli hartanah di Pulau Pinang? Saya pernah, dan ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Anda hanya akan mampu memiliki hartanah di Pulau Pinang sekiranya ada seorang jutawan!
Rumah teres bersaiz sederhana di George Town kini mencecah RM600,000 dan ada juga yang dijual pada harga RM1 juta – sangat mahal berbanding lima tahun yang lepas!
Anda juga boleh menjenguk di kawasan yang kurang dibangunkan seperti Balik Pulau yang mana saya juga telah membuat perbandingan. Rumah-rumah di sana juga kini mencecah RM400,000.00!
Pulau Mutiara adalah sebuah destinasi pelancongan tumpuan pelancong-pelancong antarabangsa tetapi kini secara perlahan telah menjadi sebuah kawasan eksklusif untuk golongan berada sahaja.
Dalam kerakusan kerajaan negeri Pulau Pinang membangunkan hartanah untuk pembinaan kondominium mewah dan projek mega, saya dapat rasakan bahawa kerajaan pimpinan DAP ini telah mengenepikan nasib rakyat biasa seperti saya.
Semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan Pulau Pinang, mereka telah berjanji untuk membina sejumlah 11,500 buah rumah mampu milik pada harga sekitar RM150,000.
Janji tersebut jelas hanya taburan janji-janji manis kerana mengikut Laporan Audit Negara 2011, rancangan tersebut masih belum dilaksanakan, malahan saya juga ingin tekankan kekurangan rumah di dalam lingkungan harga RM150,000 - RM350,000.
Hakikatnya, tidak wujud perumahan bagi rakyat berpendapatan sederhana seperti saya di Pulau Pinang.
Ini adalah sebab utama mengapa saya di antara ribuan rakyat yang telah beratur panjang memohon perumahan di bawah inisiatif PR1MA.
Lawatan Perdana Menteri ke Pulau Pinang minggu lepas ternyata telah memberikan suntikan semangat kepada ribuan rakyat Pulau Pinang yang kini sangat merasakan tempias pembangunan luar kawalan di bawah seliaan DAP.
Perdana Menteri telah meyakinkan kami bahawa sejumlah 20,000 buah rumah akan dibina, dan separuh daripadanya adalah di bawah rancangan PR1MA. Sebagai rakyat jati Pulau Pinang, saya sangat mengalu-alukan inisiatif ini.
Sesiapa sahaja yang mempunyai pendapatan isirumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 layak untuk mendaftar dalam program ini dan diberi pilihan untuk membeli rumah dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM400,000.
Pada pendapat saya Kerajaan Persekutuan jelas prihatin dengan permasalahan rakyat dan isu masalah rumah mampu milik di Pulau Pinang ini ternyata akan menjadi isu hangat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Nampaknya setakat ini hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat menyakinkan saya bahawa mereka mendengar segala keluhan dan permasalahan rakyat. Saya telah hilang keyakinan saya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang hanya berminat untuk menjadikan Pulau Pinang satu daerah eksklusif buat golongan berada.
Namun begitu saya percaya kekurangan tanah di Pulau Pinang adalah salah satu sebab mengapa agak sukar untuk menyediakan kawasan perumahan mampu milik di Pulau Pinang.
Tidak keterlaluan juga kiranya saya katakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang seolah secara sistematik sedang mengusir keluar golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang ke tanah besar.
Semua sedia maklum bahawa golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang majoritinya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan India. Adakah DAP berniat untuk menjadikan Pulau Mutiara ini persis Singapura?
Ahmad Zaki
hoi mangkuk UDA dgn BERTAM buat rumah kt tanah besaq! bukan kt pulau mangkuk ! nk jd pncacai pun agk2 la cibai! projek rumah kt pulau bnyk syarikat singaPORK yg buat! harga mmg 300k ke ats ! mana org melayu bepndapatan sederhana mampu nk beli bodoh ! org penang konon piiiirahhhhh ! pncacai pakatan haramjadah cmni la asik nk spin bnda yg betoi. tp ada jgk org2 melayu jahil nk mampuih p jilat tapak kaki kafir harbi mcm Man Leh.
BalasPadammemang tak banyak pun...Laporan audit sendiri mengatakan DAP TIDAK ada membina rumah murah walaupun sebijik di pulau...korang ingat penang tu setakat bertam ka? dekat Bertam itu jelah...tapi dah habis..tempat lain?? kalau ada habaq mai..cam shiyal je komen pencacai PR diatas ni...
BalasPadamTujuan pembinaan rumah mewah dibahagian pulau di Pulau Pinang adalah untuk menghalau kaum melayu dari pulau itu..... akan menjadikan pulau itu seperti Singapura. Jadi umat melayu hendaklah sedar tentang niat DAP ini.... bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh negara. Akan tergadai negara melayu ini kepada Cina DAP...
BalasPadam