KEJAM!! Budak umur 2 tahun mati didera kekasih ibu.. Kedah Sejahtera beb...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Alor Setar.

Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada kira-kira 3.30 petang ketika mendapat rawatan di sebuah klinik. Dipercayai ada unsur penderaan berdasarkan kesan lebam pada muka dan kecederaan pada testis.

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata dia menerima panggilan daripada anaknya, Norhafiza Osman, 25, yang memaklumkan mangsa terjatuh tangga dan dibawa ke klinik berhampiran.

Padzilah berkata dia percaya cucu pertamanya itu meninggal dunia bukan disebabkan jatuh tangga tetapi didera teman lelaki anak perempuannya yang tidak bekerja.

"Dua hari lepas, cucu saya ada telefon ibu saudaranya dan beritahu dia sering dipukul. Dia juga cakap nak balik rumah saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Isnin.

Padzilah juga berkata dia menjaga kanak-kanak itu sejak lahir lagi, dan ibubapa mangsa berpisah ketika mangsa berusia lima bulan.

Difahamkan ibu mangsa mengambil anaknya seminggu atau dua minggu sekalisejak beberapa bulan lepas.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha, 23, berkata dia dan ibu Muhammad Faiz, yang bekerja di sebuah kedai makan, pernah membuat laporan polis berhubung kes kanak-kanak itu didera teman lelaki ibu mangsa Ogos lepas setelah melihat kesan lebam, gigitan dan calar pada anggota badan kanak-kanak malang itu.

Jenazah Muhammad Faiz dihantar ke HSB untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Akar Peluru di sini lewat malam ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar DSP V.Saravananketika dihubungi berkata pihaknya menunggu hasil keputusan bedah siasat, danjika terdapat unsur dera, lelaki terbabit akan ditahan untuk siasatan lanjut. ~ BERNAMA

2 ulasan:

  1. camana bdk tu bleh ada dlm jagaan balak mak dia tu???atau mungkin kot dorang ni duduk skali satu rumah??

    BalasPadam
  2. Ini bila mak bapak diorang masa menikah dulu, wali atau wali hakim ada ke minta izin dari Allah? Bukankah Allah yang menguruskan jodoh? Adakah korang semua bila menikah dulu, jurunikah minta izin dari Allah?

    Tiada izin dari Allah tiadalah keredhaan Allah dan akan melahir zuriat-zuriat degil dan jahat macam cerita di atas. Jadi ingatkan diri itu, jgn cepat menghina. Adalah pernikahan anda diredhai Allah...

    BalasPadam