Ini bukti bahawa penyokong Pas bahalul semuanya.. Hahahaha...

Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 adalah ajaran sesat yang sengaja disebarkan dan digerakkan untuk menggulingkan kerajaan.

Ketika itu penyebarannya mensasarkan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pejabat kerajaan melalui usrah serta mengajak mereka bersama PAS menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap kafir.

Bekas ahli Dewan Ulama PAS, Prof Madya Mohd Noor Deris yang ketika itu bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggerakkan penyebaran amanat berkenaan mendakwa peristiwa berdarah Memali tercetus akibat amanat itu kerana kumpulan yang berkumpul di kampung itu berjuang menentang kerajaan yang dianggap tidak Islam.

“Malah, beberapa gerakan berhaluan kiri dan militan juga mula digerakkan ketika itu. Bahkan, saya pernah terbabit dengan usrah di dalam hutan di Janda Baik membabitkan pelajar IPT dan kakitangan kerajaan. Kita lakukan untuk menentang kerajaan.

“Saya sudah bertaubat dan berharap Hadi juga segera bertaubat dan menarik balik amanatnya demi kepentingan Islam. Saya menyesal kerana sudah menyesatkan ramai orang dengan amanat itu.

“Bagi saya amanat itu ajaran sesat dengan kita menggerakkan semangat jihad menentang kerajaan,” katanya mendakwa terpengaruh dengan Hadi.

Mohd Noor berkata, amanat itu dakwah songsang yang tidak seharusnya dipandang sepi oleh pihak berkuasa kerana ia membabitkan akidah umat Islam.

Sebelum ini beberapa tokoh agama, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Hadi menarik balik amanatnya kerana ia bukan saja bertentangan dengan Islam, malah mengundang perpecahan umat Islam.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata menjadi tanggungjawab Hadi menarik balik amanatnya dan memperbetulkan keadaan jika ada umat Islam yang sesat akibatnya.

Beliau berkata, untuk menghukum seseorang terkeluar dari Islam bukan mudah, malah Islam mempunyai peraturan dan sebagai seorang ulama, Hadi tidak sepatutnya mengkafirkan sesama Islam.

2 ulasan:

  1. Ekeleh...buang masa layan puak membodek umno yg letak kepala kat lutut ni...bercakap kerana kedudukan dan wang ringgit tanpa mempedulikan dosa dan pahala! Insaflah, pulangkan kembali kedudukan kepala mu di atas leher ya...agar kenal mana yg logik dan sahih?

    BalasPadam
  2. btol tu antirasuah 6:49...buang masa je layan puak kaki bodek UMNO ni kan??berpegang le kpd amanat Hadi Awang utk memmerangi kerajaan BN kerana mati memerangi UMNO/BN adalah mati syahid...moga2 anda diampunkan dosa oleh wali2 agung PAS alaihisalam dan dikonfemkan syorga oleh nye...

    BalasPadam