Sudah ada penyertaan golongan agama (ustaz) ke dalam DAP, demikian menurut kenyataan Dr. Maszlee Malik, Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan baru-baru ini di sebuah laman portal selangorku.com.
Beliau menyifatkan penyertaan golongan agamawan di dalam DAP juga tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang menghairankan kerana DAP hari ini dilihat sebagai sebuah parti sosial demokrat yang memperjuangkan tadbir urus yang baik seperti mana PKR dan PSM.
Tidak mustahil lebih ramai golongan agamawan Islam seperti ustaz menyertai DAP suatu hari nanti kerana parti itu merupakan parti yang berbilang kaum seperti PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
“Sebagai parti yang majmuk mereka perlu ada kepelbagaian wajah, maksud saya bukan sahaja golongan agamawan Islam sahaja, sekarang ini pun dah ada aktivis Kristian dan Buddha, mengapa tidak ada ustaz-ustaz atau aktivis Islam di dalamnya. ujarnya lagi.
“DAP sendiri, setahu saya sudah ada kumpulan ustaz yang dah masuk DAP seperti Abdul Hakim, Mustakim dengan Fakri,” kata Dr Maszlee.
“Dalam PKR dan PSM yang sama seperti DAP nak tegakkan keadilan, ‘good governance’ dah ada golongan seperti Dr Manuaty, Dr Badrol Amin dan lain-lain,”
Beliau turut menambah bahawa sebelum 1998, masyarakat Melayu dilihat seolah-olah ‘takut’ mendekati parti DAP apabila selama lebih 50 tahun media arus perdana berjaya mainkan peranan mereka dengan memberikan gambaran bahawa DAP sebagai sebuah parti perkauman orang-orang Cina.
Bagaimanapun tembok pemikiran lama masyarakat Melayu terhadap DAP mulai runtuh sedikit demi sedikit apabila tercetusnya kebangkitan gerakan Reformasi pada 1998.
ini semua cite nak buat damage control la ni pasal pelantikan CEC tu, sorang melayu pun x layak. Hanya dilantik sorang melayu dan sorang cina nama melayu. Korang percaya ke, "agamawan" dlm erti kata sebenar mahu masuk DAP? Nak tutup la yg DAP ni sebenarnya rasis jadi diwar-warkan yg Melayu 'agamawan" masuk DAP. Pegi mampuih!
BalasPadamSaya mengenali dr maszlee malek. Saya doakan beliau agar mendapat hidayah Allah di atas kekeliruan yg beliau hadapi sekarang dlm menafsir percaturan politik tanahair. Beliau dilihat terlalu naif bila beranggapan dap parti berbilang bangsa dan membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Dan jika benarlah kata2nya bahawa ulama akan menyertai dap, kita tunggu sejauh mana ''ulama" itu dapat diterima dap dan tahap keulamaan mereka. Heheh. Thats interesting
BalasPadamOrang BN tak perlu ikut rentak politik Anuar dan PR dan jangan gembar gemburkan kalimah Allah, orang Islam sembahyang di mesjid orang Kristen sembahyang di gereja, beratus tahun kedua2 ugama ini jadi amalan orang malaysia, kenapa baru sekarang timbul masalah ini, PAS yg mulakan ini dulu tapi OMNO yg teperangkap, hentikan segera jangan di hebohkan BN akan rugi dan PR dapat untung, penyukong BN bukan semua Islam hormatilah rakyat dan rakan yg bukan islam, jadikan Sarawak sebagai contoh
BalasPadamKepada
BalasPadamDr. Maszlee Malik, Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan ..
Amat dangkal ilmu anda..
Adakah anda pernah baca tentang DAP denagn konsep Malaysian Malaysia..
Dimana mereka tidak bersetuju apabila ahama islam dijadikan agama persekutuan, mereka tak bersetuju dengan hak keistimewaan org melayu dan juga tak bersetuju dengan kuasa sultan dan raja-raja...
Kenapa anda terlalu mudah memuji DAP???
Adakah anda tahu gerakan halus dan kerjasama halus antara PAP dan DAP, DAP dan uncle sam dan DAP dgn Yahudi yg ingin menjatuhkan kerajaan islam yg diterajui oleh UMNO/BN???
Anda masih dangkal dlm ilmu biarpun bergelar DR..
Anda tak tahu dlm sebuah kek yg cantik dan manis diluar sebenarnya ada BOM didalammnya..
Semoga anda diberi taufik dan hidayah...