"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai Perdana Menteri.
"Setakat itu sahajakah Perdana Menteri yang mampu dikemukakan oleh Umno, masalah pembantu rumah pun tak dapat diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun berlarutan sehingga tidak henti-henti kedutaan Malaysia di Indonesia terpaksa berhadapan dengan tunjuk perasaan aktivis sosial dan rakyat negara itu," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Tak perlu bawa contoh lain yang besar-besar, masalah pembantu rumah itu pun sudah bertahun-tahun kerajaan Najib tak dapat diselesaikan, tak payah cakaplah soal berdebat dengan Anwar, nampak sangat Najib menikus tak habis-habis dan hanya berani menjerit dari jauh.
"Macam itu Dr Mahathir puas hati?" kata Salahuddin yang merasa amat lucu dengan dakwaan Dr Mahathir hari ini kononnya beliau berpuas dengan prestasi Najib.
Salahuddin juga menyifatkan Najib hanya pandai mengampu sebahagian rakyat untuk menyokongnya dengan istilah "simpanan tetap".
Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, menganggap mana-mana pihak sebagai "simpanan tetap" kepada Barisan Nasional (BN) adalah penghinaan kepada mereka.
"Pihak yang disifatkan sebagai 'simpanan tetap' itu akhirnya akan dilihat oleh rakyat sebagai penyokong buta tuli BN walaupun pemerintahan parti itu dibuktikan penuh dengan skandal dan penyelewengan," kata Salahuddin.
p/s: Dorang dah mula goyang beb bila tahu Najib dapat sokongan kuat dari semua pihak.. Din Pudu dah mula terbayang untuk kalah la tuu.. Hahahaha..
Bukan mudah nak meyakinkan mana-mana pihak sehingga mereka boleh dianggap sebagai simpanan tetap. Pemimpin kena ikhlas dan kuat bekerja baru boleh mendapat kepercayaan rakyat.
BalasPadamPemimpin Pakatan berasa cemas kerana BN dah ada simpanan tetap.
dah tu mcm la hadi tu presiden terbaik dari pas. jangan kata tadbir malaysia atau terengganu, nak tadbir masjid rusila kt marang tu pun haru biru. kotor..lusuh.. at least pm najib berjaya menjadikan malaysia destinasi ke4 terbaik dunia.. kelantan ada?
BalasPadamXpyah malaysialh,kelantan je ckup..knp msih byk yg msih guna air sungai aka yg wrnanye mcm air teh.selangor plak mkin jhanam puak2 pakatan haram ni h buat.mcmni ke yg nk printah mlysia,prgi jahanamlh dgn pktn haram ni!!puiiii!!!!
BalasPadamdin pudu ni sama sengal mcm arbakyah tu...nk ckp xgunakn otak utk brfikir....
BalasPadam