Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.
“Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepadaKeadilan Daily.
“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini,” katanya.
Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.
“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.
“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya.
p/s: Joe bedul ni cari publisiti murahan lagiii... Dulu dia dah kantoi pasal video chinadoll Anwar.., sekarang ni cari pasal dengan blogger lah pulak.. Kurang kasih sayang ke apa mamat bangang ni??
Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya.
BalasPadamPEHHH NAMPAK CAM PATRIOTIK DAN CINTAKAN KEAMANAN TAPI DEMO2 HARAM DIKL SIKIT PUN TAK BERBUNYI..PIIIRAAAAHHHH
pkr makin bengong
BalasPadamHahaha... Kompom kureng kasehhh sayangggg tue,...
BalasPadamSudah sampai masanya parti2 politik di Malaysia mengamalkan Good Political Practices atau Amalan Berpolitik Baik.
BalasPadamRakyat negara ini amat rugi dari masa, sumber serta peluang untuk maju kerana Amalan Berpolitik Baik tidak diamalkan.
Seharusnya politik negara kita telah mencapai kematangannya.
Senario seperti berikut sepatutnya tidak berlaku di Malaysia
1). Ugutan keselamatan
2). Menjatuhkan maruah pribadi
3). Role model yg tidak baik dalam dewan persidangan dikalangan Yang Berhormat.Kurang mengguna intelek berbanding emosi
4). Memecah belah rakyat pelbagai kaum
5). Memutar belit isu agama pelbagai penganut
6). Tidak ikhlas membantu rakyat
7). Tidak menunaikan janji "The pursuit of high ideals in politics is often scorned as unrealistic and, therefore, undesirable".
8). Tidak berupaya mendidik pengikut2 berakhlak mulia dan berkhemah dalam berpolitik.
2013 menjelang tiba, sudah tiba masanya kita matang dalam berpolitik.
Kriteria ahli politik generasi seharusnya berpegang kepada prinsip2 berikut:
1). Mengutamakan keselamatan/ketenteraman negara
2). Tidak menjatuhkan maruah pribadi lawan
3). Menjadi Role model yg baik kepada rakyat.Banyak mengguna intelek berbanding emosi
4). Menjaga kesatuan rakyat pelbagai kaum
5). Tidak memutar belit isu agama pelbagai penganut
6). Jujur & ikhlas membantu rakyat bukan semata ada hajat lain di hati.
7). Tunaikan janji "The pursuit of high ideals in politics is often scorned as unrealistic and, therefore, undesirable".
8) Berpegang kepada prinsip diri yang murni dan tidak boleh memperdagangkan diri.
9). Berupaya mendidik pengikut2 berakhlak mulia dan berkhemah dalam berpolitik.
Saya percaya setiap individu negara ini, inginkan kemakmuran. Dengan pelbagai kaum dan agama serta kekayaan sumber negara yang ada di anugerah oleh Yang Maha Esa sedarilah Yang Berhormat itu semuanya Ujian Dunia bagi anda. Tadbirlah Amanah yang dipertanggungjawab Yang Maha Esa dengan sempurna. Ketahuilah bahawa AMANAH DUNIA yang dipertanggungjawab itu amat berat.
Semuga disampai dan diamalkan agar bumi Malaysia mendapat berkat.