Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.
Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.
“Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.
“Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.
Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.
“Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu.
“Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
“Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki,” ujarnya.
Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.
p/s: Gua kesian kat mak pelakon ni.., mesti mak dia tak sangka anak pompuan dia tu sanggup utamakan laki dari mak sendiri...
apapun skrg mmg dia kena PENTINGKAN suami dia dahulu daripada emaknya. kita pun bukan tahu hujung pangkal cerita.
BalasPadamPerkahwinan tanpa restu ibu bapa biasanya akan kecundang di pertengahan jalan... Masa tu baru tahu tinggi rendahnya langit...
BalasPadam