Berdiri bulu kerandut Mahfuz bila Shahrizat buka mulut...

PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

8 ulasan:

  1. PAS itu satu kecelakaan pada umat ISLAM

    BalasPadam
  2. Salam bro... Mohon linkkan blog saya.. Tq bossss

    BalasPadam
  3. Memang betul laa peringatan Shahrizat tu..

    BalasPadam
  4. Ana heran macamana oran macam ni boleh dipilih sebagai pemimpin dalam pas. Ahli pas ni bahlul sanagt ke?

    BalasPadam
  5. Mahfuz nampak salah Melayu saja. Cina DAP yang buat himpunann hijau lebih bahaya kerana provokasi mereka ditujukan kepada bangsa Melayu. Kenapa pemimpin PAS bersekongkol dengan mereka untuk menjatuhkan pemimpin Islam?. Kalau sabelum PRU 2008 bolehlah tipu rakyat. Sekarang ramai yang celik mata dan tidak akan sokong PR lagi dalam PRU 13.

    BalasPadam