Awang hitam mati dibelasah lepas cabul Makcik Cleaner..

Seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

“Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu.

Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Ab Rashid berkata, kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

“Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu. – Bernama

4 ulasan:

  1. Bila lgi nak hambat depa ni kuar Msia? Kemasukan depa tak mendatangkan sebarang peningkatan ekonomi negara. Sila bandingkan duit yuran belajar yang depa bayar dengan duit mangsa keldai depa songlap bw balik negeri depa. Tambah pula dengan masalah sosial yg depa bawa. Kerajaan ni kalau nak menang PRU 13, sila masukkan dlm manifesto nak halau depa.
    Pendatang Indon, bangla, myammar etc datang bekerja dan bantu menjana ekonomi negara kita disamping depa bw balik wang ke negara masing2. Apa kejadah umur 35 menyamar sbg student?

    BalasPadam
  2. kerajaan BN.. lakukan sesuatu sebelum terlewat... pengundi atas pagar hanya menunggu sapakah yang akan membela rakyat yang sebenarrr..

    BalasPadam
  3. PR membela rakyat ke? PAS berpuluh tahun memerintah Kelantan pun xmampu nk membela nasib rakyat sendiri. Alasan tak dapat royalti minyak. Puii! Kerajaan negeri yg xpandai nk tingkatkan pendapatan, infra menyedihkan, jalan raya teruk, bekalan air bersih pun gagal, pemuda semua lari keluar dari negeri untuk mencari kerja. Lari pun ke negeri yg BN memerintah. Malu la. Duk pancing dengan kebajikan. Sampai bila nk bagi? Dh la xpandai nk cari pendapatan, nk janji bagi itu bagi ini. Memang muflis la. Tu bukan membela. Tu membunuh namanya.

    BalasPadam
  4. admin hang tolong sat sampaikan hasrat rakyat kt PM psl isu nih.

    BalasPadam