Artis wanita melayu pakai baju lambang salib?

Aktres Tasha Shila dikatakan telah memakai gaun labuh rekaan Hazwani Omar yang jelas menampakkan simbol salib di bahagian hadapan.

Apabila ditanya tentang isu berkenaan oleh pihak media, Tasha Shila menunjukkan reaksi terkejut…

“Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu,”

“Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut.

Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,” katanya menyalahkan orang lain berfikiran negatif seperti dilaporkan OhBulan.

Nampaknya Hazwani, pereka pakaian tersebut lebih cerdik menangangi kontroversi ini.

“Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut.

“Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai.

“Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,” kata Hazwani.

4 ulasan:

  1. Lain kali tali tue ikat kuat2...

    BalasPadam
  2. apa bingai la orang yang cakap tu lambang salib, kan tu riben yang bermua dari leher kebawah, kan ada dua keping riben panjang tu.. kalau nak provoke kemain lagik.. laju jer..

    BalasPadam
  3. Dulu Nora pakai baju ada salib tu.

    BalasPadam
  4. adakah maya karin penyebab remy putuskan hubungan dgn. tiq. kesian tiq jadi mangsa

    BalasPadam