Tugu patung Ketua Menteri akan dibina di setiap pintu masuk negeri.


Satu monumen berbentuk patung menyerupai Ketua Menteri akan dibina disetiap pintu masuk ke negeri bagi menyemai rasa hormat rakyat terhadap pemimpin, dan memberitahu rakyat negara bahawa negeri kini ditadbir oleh pemimpin tersebut.

Patung setinggi 5 meter yang diperbuat dari simen tersebut diharap akan mampu menunjukkan siapa sebenar memerintah negeri kerana selama ini rakyat dalam negeri dan juga negara masih kabur tentang hal itu.

Difahamkan, kos pembinaan patung Ketua Menteri itu dibiayai sepenuhnya oleh pihak Polis negeri melalui kutipan derma khas yang dijalankan dikalangan setiap anggota.

Perancangan awal, pihak terbabit mahu menghasilkan patung Ketua Menteri yang dibina dari emas, tetapi memandangkan kutipan derma tak mencukupi, maka simen terpaksa digunakan.

Cadangan membina tugu ini tercetus apabila seorang wartawan bersara telah mempertikaikan kenapa tiada gambar Ketua Menteri di sebuah balai Polis sewaktu dia berkunjung ke sana.


Tak cukup melabelkan anggota Polis di balai terbabit sebagai kurang ajar, bekas wartawan cina terbabit menggelarkan Polis sebagai anjing kerajaan kerana tak menggantung gambar Ketua Menteri pujaannya.

Terkesan dari kutukan serta maki hamun wartawan cina tersebut, satu mesyuarat khas peringkat negeri telah diadakan bagi menangani kemarahan penyokong tegar Ketua Menteri itu.

Maka, disitulah tercetusnya idea membina tugu patung disetiap pintu masuk negeri kerana jika hanya menggantung gambar, ia tak akan memberi kesan yang besar.

Dalam satu kenyataan melalui telefon, pihak tersebut mengharapkan pembinaan tugu patung Ketua Menteri itu nanti akan membuatkan penyokong tegar Ketua Menteri akan berpuas hati.



p/s: Ok tak berita sarkastik dari gua? Daripada dorang bising pasal gambar Ah Beng tu, baik buat patung terus ye tak? Baru best... Hahahahahaha....

1 ulasan:

  1. Kat Roundabout Air Itam dah ada tugu gambaq Lori Ah Eng nih.. Hahahahah..

    Varto Loc0s..

    BalasPadam