Rodziah tawarkan RM10 ribu untuk satu kepala BABI.. Banyaknya duit diaa..
Kerajaan Negeri Selangor menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberikan maklumat mengenai penemuan satu kepala babi di Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang awal pagi semalam.
Perkara itu diumumkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail ketika sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di bangunan SUK di sini petang ini.
Beliau berharap orang ramai dapat membantu polis dengan memberi maklumat untuk menangkap individu yang tidak bertanggungjawab tersebut dengan menghubungi talian di 1-800-888-2824.
“Ini bukan kali pertama perkara ini timbul dan kesan dari itu kita tak mahu ramai pihak jadikan ia isu sensitif.
“Malangnya yang lepas tiada tangkapan. Mungkin dengan usaha orang awam membantu polis maka akan membawa mereka yang lakukan hal ini dengan secepat mungkin. Itu objektif kita,” kata Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri (Adun) Batu Tiga.
Menurut Adun Rawang Gan Pei Nei, satu kepala babi ditemui di perkarangan masjid berkenaan pada jam lima pagi semalam oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama untuk membuat persiapan solat Suboh.
nampak sangat sekarang ni duit sangat berkuasa...
BalasPadamcuba korang pikir kijang ekor panjang or pendek???
logo binatang bersama bulan dan bintang mirip lebih kepada anjing...
harap dengan nilai duit ni ada la individu nak memberi kerjasama dgn PDRM...
lebih berkat kalau info diberi dgn seikhlas hati...
pejuang hamas...
Puak PAS dah tak kisah dah pasai ni.. Depa sangguh pi masuk gerai babi yg diasingkan bg sesuatu pasar untuk pi bg angpow kat peniaga babi.. awat kalau nak bg angpow tak bleh pi cari ka penduduk cina yg miskin ka atau rumah org tua tua.. aku pun taktau nak cakap apa dah dgn mentalilty pemimpin pemimimpin pas lani.. nanti kita dengaq apa plak fatwa nik ajis
BalasPadamAryan Brotherhood