MEMALUKAN!!! Pelancong asing kata pantai di Penang sangat KOTOR..
Seorang pelancong asing dari Switzerland menegur pencemaran lumpur yang berlaku di sepanjang Pantai Persiaran Gurney, P.Pinang.
Berren Rene berkata, dia menggesa supaya kawasan pantai Persiaran Gurney segera dipulihkan kerana keadaannya begitu kotor.
“Tempat ini betul-betul kotor, seharusnya kerajaan perlu ambil tindakan dengan segera kerana kekotoran ini semakin hari semakin teruk,” katanya ketika dikerumuni wartawan selepas menegur tindakan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan kain rentang haram di hadapan sebuah kelab di Gurney.
Berren berkata, seharusnya kain rentang berkenaan tidak perlu ditanggalkan sebaliknya isu pencemaran perlu dipandang serius.
Menurutnya, ia kerana setiap hari orang ramai akan memandang pantai ketika melalui Pantai Persiaran Gurney.
“Kami bukannya melihat kain rentang, jadi buat apa membuang kain rentang yang diletakkan di luar-luar premis.
“Kerajaan perlu memandang serius isu pencemaran laut kerana bagi saya memang pantai ini sangat kotor,” katanya.
Berren yang sering kali mengunjungi negeri ini berkata, Persiaran Gurney adalah satu kawasan yang kerap dikunjunginya.
“Bukan saja tertarik dengan pemandangan, malah di sepanjang kawasan ini juga terdapat kedai-kedai makan, jadi bagi saya sememangnya pengindahan pantai lagi perlu dipandang serius,” katanya.
p/s: Macam mana ni kepimpinan gaya Khalifah Umar? Nak jaga kebersihan pantai negeri pun tak boleh, ada hati nak ambil alih negara? Podahh!!
Penang memey kotor!.... memet rr kotor !
BalasPadam